"Betul ni tak nak Mummy ikut sekali?" Safiyah yang sedang duduk menunggu Fetty di atas kerusi luar rumah dipandang redup oleh Puan Raishah.
Safiyah mengangguk bersama senyuman manis yang tidak lekang dari bibir munggilnya. "Betul Mummy, Fiya pergi dengan kawan Fiya." Jawabnya lembut.
"Baiklah kalau macam tu, tapi betul ke Fiya nak masak banyak-banyak untuk Ray? Nanti dia marah kalau kamu buat kerja rumah. Mummy pergi tolong ya?"
"Tak apa, Mummy. Lagipun doktor cakap Fiya kena bergerak jugak sebab nanti senang proses bersalin. Harini Ray balik jadi tak apa Mummy. Mummy datanglah rumah Fiya. Kita makan sama-sama." Tangan ibu mertuanya itu diraih lembut.
Puan Raishah hanya tersenyum nipis seraya mengusap lembut puncak kepala Safiyah yang dibaluti shawl berwarna biru itu. "Beruntungnya anak Mummy dapat isteri macam Fiya. Jangan kata hati Ray, hati Mummy pun cair tau kalau dengan Fiya ni. Lembut saja. Tak apalah kamu berdating saja dengan suami kamu tu. Nanti bising pulak dia kata orang ganggu momen romantik dia dengan kamu."
Safiyah tertawa kecil. Rayden ni dengan mak sendiri pun nak dicemburunya. "Okay Mummy. Terima kasih jaga Fiya selama empat hari ini. Halalkan makan minum Fiya ya Mummy. Fiya minta maaf kalau ada terkasar bahasa atau perbuatan dengan Mummy sepanjang Fiya jadi menantu Mummy. Nanti dah balik sana mesti Fiya rindu masakan Mummy, lagi-lagi asam pedas Mummy."
"Ishh! Apa cakap macam tu pulak? Dah kamu tu menantu kesayangan Mummy, kamu nak duduk sini terus dengan Mummy pun Mummy tak kisah. Mummy lagi suka, adalah teman nak borak lagi satu Mummy boleh jagakan Fiya. Nak harapkan si Ray tu, kerja je memanjang suami kamu tu. Ni nanti kalau Fiya nak makan apa-apa, tak larat nak masak, bagitahu Mummy ya? Mummy boleh masakkan."
"Baik Mummy. Nanti apa-apa Fiya teringin nak makan masakan Mummy, Fiya bagitahu Mummy okay?"
"Yalah. Hati-hati dekat luar nanti. Jaga diri okay? Lagisatu jangan buat kerja berat sangat. Kamu kena banyak berehat. Nanti barulah kamu dengan cucu-cucu Mummy sihat." Pesan Puan Raishah.
"Baik Mummy. Mummy pun jaga kesihatan jugak tau. Nanti Ray ada masa Fiya mintak dia bawa Fiya ke sini lagi."
"Ha cakap dekat dia, jangan sibuk bekerja sangat. Sampai lupa bini tengah mengandung."
Safiyah hanya tersenyum nipis seraya mengangguk faham.
Pin! Pin!
"Mummy, itu Fetty kawan Fiya dah sampai. Fiya pergi dulu ya? Nanti tolong sampaikan salam Fiya dekat Daddy tau. Fiya sayang Mummy dengan Daddy sangat-sangat." Tangan Puan Raishah dikucup lembut seraya tubuh tua itu dipeluk mesra.
Dan Puan Raishah turut membalas pelukan itu dengan mesra. "Baik sayang. Mummy dengan Daddy pun sayang sangat dekat Fiya. Kami dah anggap kamu macam anak sendiri. Nani pesan dekat Fetty, hati-hati memandu. Jangan laju-laju okay?"
"Okay Mummy, Fiya pergi dulu, assalamualaikum." Pamit Safiyah sejurus melangkah perlahan menuju ke kereta Fetty.
"Waalaikumussalam." Jawab Puan Raishah perlahan dan menunggu sehingga kereta itu berlalu pergi.
Dadanya diurut perlahan bersama wajah yang risau. "Kenapa aku rasa tak sedap hati ni? Ya Allah, lindungilah anak dan menantuku dari sebarang musibah."
Puan Raishah perasan akan wajah Safiyah yang sangat berseri seolah-olah itu kali terakhir dia akan melihat wajah menantunya itu. Hatinya mula berasa bahawa sesuatu yang tidak baik akan menimpa rumahtangga anak dan menantunya itu. Namun dia cuba menyangkal perasaan itu dan cuba bersangka baik.
YOU ARE READING
❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]
RomanceStreeeetttttt...... bamm!!!! "Ya Allah benda apa la pula hentam kereta aku ni?" ~𝐒𝐀𝐅𝐈𝐘𝐀𝐇 Tok tok tok..cermin tingkap Myvi milik gadis tersebut diketuk dengan penuh kemarahan. "Alamak aku nak buat apa ni dia main ketuk-ketuk la pula ke aku ke...