Markas yang tersembunyi di tengah-tengah hutan itu direnung tajam oleh sepasang mata helang milik Rayden. Pantas sahaja mereka sukar untuk menjejaki Safiyah dek kerana lokasi markas ini yang berada jauh di tengah hutan dan dikawal rapi oleh anak-anak buah Khairil Ukasyah.
Dia yang berpakaian serba hitam pada malam itu berselindung di sebalik sebuah pohon yang besar bagi mengaburi mata pihak musuh.
Nafas ditarik dalam sebelum dihembuskan semula. Earpiece yang dipakai pada telinga kirinya dibetulkan sedikit sebelum dia mula bersuara.
"Ikut plan. Dapat arahan baru gerak. Team A ikut aku ke arah selatan dan Team B ikut Alan ke arah utara. Fakhrul, keep alert dengan setiap pergerakan dan update apa-apa yang kau dapat. Faham?" Arahan disampaikan sekali lagi olehnya kepada sahabat dan anak-anak buahnya agar masing-masing sudah bersedia untuk menggempur pihak musuh.
"Faham, boss." Jawab mereka juga melalui earpiece yang dipakai.
"Move." Arahnya sepatah dengan nada yang dingin dan mendatar.
Isyarat turut diberikan kepada Nufail dan Raihan yang berada tidak jauh darinya. Rayqal pula diarahkan untuk membantu Khairul bersama anak-anak buahnya di bahagian belakang markas tersebut untuk menjadikan ianya dikepung oleh mereka dari setiap arah.
Mereka bergerak perlahan menelusuri pohon-pohon yang besar itu sambil masing-masing dilengkapi dengan peralatan dan senjata yang lengkap.
Dua orang pihak musuh yang sedang berkawal di hadapan pintu utama markas itu diperhati terlebih dahulu sebelum isyarat diberikan kepada Alan yang turut memandang ke arahnya.
Dengan gerakan yang cekap, leher pihak musuh dipeluk kemas dari arah belakang lalu dikilas ke sisi sehingga dua lelaki itu tidak berupaya untuk meronta atau melawan.
Ktak! Kedengaran bunyi tulang yang retak dan patah seiring dengan kepala yang terkulai ke sisi dan jatuh rebah ke bumi.
Dua jasad yang sudah tidak bernyawa itu ditolak menggunakan kaki oleh Alan. "Idiot! Ambik anak buah yang tak tahu berlawan langsung!" Bebel Alan seraya meludah kasar ke lantai.
Manakala Rayden hanya memandang sepi seolah-olah jiwanya juga kosong dibawa pergi oleh Safiyah.
"Ray?" Bahu tegap Rayden ditepuk lembut oleh Alan.
"Hmm." Sahut Rayden perlahan.
"Everything is gonna be okay." Semangat dititipkan buat sahabatnya itu bersama senyuman yang nipis.
"I hope so." Rayden membalas perlahan.
'Abang dah datang, sayang. Tunggu abang.'
💘💘💘
"Baby...I want more..." Rengek seorang wanita yang dilanggan oleh Khairil Akasyah pada malam tersebut. Leher lelaki itu dipaut kemas sambil kedua kaki wanita itu melilit erat kedua sisi pinggang Khairil Akasyah. Dadanya yang terdedah sengaja digesel menggoda ke arah dada bidang lelaki itu yang turut tidak berbaju. Khairil Akasyah ternyata sangat dominan dan ganas ketika di atas ranjang yang menyebabkan wanita itu ketagih akan sentuhan lelaki itu lagi.Khairil Akasyah hanya tersenyum senget mendengar rengekan yang baginya langsung sama sekali tidak dapat menggodanya. Wanita itu hanya dijadikan tempat dia melempiaskan nafsu sahaja. Wanita yang dibawa datang dari kelab malam yang selalu dilangganinya. Malah, hampir semua pelacur di situ pernah disetubuhinya namun tiada seorang pun yang akan pulang ke tempat itu semula kerana akan dibunuh olehnya setelah dia mencapai titik kepuasan di dalam tubuhnya.
YOU ARE READING
❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]
RomanceStreeeetttttt...... bamm!!!! "Ya Allah benda apa la pula hentam kereta aku ni?" ~𝐒𝐀𝐅𝐈𝐘𝐀𝐇 Tok tok tok..cermin tingkap Myvi milik gadis tersebut diketuk dengan penuh kemarahan. "Alamak aku nak buat apa ni dia main ketuk-ketuk la pula ke aku ke...