Rayden merenung satu persatu wajah nakal sahabat-sahabatnya dengan pandangan yang tajam dan membunuh. Mengenangkan yang jika tiada Safiyah di sini sudah tentu lelaki-lelaki itu semua akan menemui ajal di dalam pejabatnya tika ini juga.
Kacau line betul!
Kacau sahaja orang nak berasmara dana.
Dasar member ngak punya adab!
Diri dia tidak apa dia tidak kisah. Tapi yang dia kisahkan sekarang ialah isterinya ini. Terpaksa dia menyembunyikan wajah Safiyah pada dada bidangnya. Pasti wanita itu sedang menahan malu yang amat.
Manakala Safiyah pula menggigit kuat bibir bawahnya menahan malu yang menyelubungi diri. Air matanya ditahan sedaya upaya agar tidak tumpah. Sumpah dia betul-betul malu. Sangat-sangat malu sampaikan mahu menangis. Mahu mengangkat wajah pun dia tidak mampu. Bagaimana dia mahu berdepan dengan lelaki-lelaki itu selepas ini?
Ini semua salah Rayden!
Salah Rayden seratus peratus!!!
Ya, salah Rayden!
Rayden Rafiqi yang bersalah dalam hal ini! Setiap masa tahu hendak menggatal sahaja lelaki itu!
"Bro, agak-agaklah beromen dalam office?" Tegur Alan memecahkan kesunyian. Matanya melirik nakal ke arah belakang tubuh Safiyah. Bibirnya juga tersenyum sinis.
Rayden menjeling tajam kepada Alan lalu menepuk lembut belakang tubuh Safiyah yang menggigil kecil. Mesti wanita itu sudah menangis lagi-lagi mendengar usikan Alan tadi.
"Sayang..." Dia memanggil Safiyah lembut.
"Wuuuuuu bersayang-sayangan, bercium-ciuman." Celah Fakhrul nakal. Raihan yang di sebelahnya juga turut tertawa sebelum mereka melakukan high five.
"Diam babi! Berambus sebelum aku campak kau orang keluar!" Ujar Rayden dingin.
"Hak alah mamat ni. Kau tu yang tak pandai kawal nafsu nak marah kitaorang pulak. Lain kali kunci dulu pintu tu sebelum nak buat apa-apa pun. Bodoh." Rayqal yang duduk bersebelahan Nufail pula mencelah.
"Entah kau ni, kesian sikitlah dekat Safiyah asyik nak melayan kau je. Dari rumah sampai ke pejabat." Sambung Raihan pula yang menyokong kata-kata Rayqal. Mereka berdua berlaga penumbuk di udara sebelum memandang sinis ke arah wajah tegang Rayden.
"Apa fungsi tangan korang kalau tak reti nak ketuk pintu dulu sebelum masuk? Babi pun pandai ketuk dulu sebelum masuk." Bidas Rayden garang. Mahu sahaja dia membelasah budak dua ekor itu sekarang ini. Adik tak adik kalau dah menyakitkan hati memang kena balun.
"Babi pun pandai kunci pintu dulu sebelum nak beromen." Jawab Fakhrul selamba sebelum kata-katanya disambut dengan tawa yang kuat dari Raihan dan Rayqal. Manakala Alan pula tersenyum kecil sambil menggeleng kecil. Nufail? Lelaki itu sibuk membelek dokumen yang dipegangnya tanpa mempedulikan apa yang berlaku di sekelilingnya.
Makin lebat air mata Safiyah menuruni pipi gebunya mendengar usikan-usikan nakal itu. Malunya dia sekarang ini! Rasa seperti mahu sahaja dia menjadi halimunan dan melarikan diri dari situ.
"I said enough! Bini aku dah menangis bodoh!" Herdik Rayden kasar. Pen yang berada di atas meja kerjanya dicampak kasar ke arah Rayqal, Raihan dan Fakhrul yang masih tertawa suka hati.
Pap!
Pen tersebut betul-betul mendarat di atas kepala Rayqal yang tidak sempat mengelak. Terus mati tawanya melihat bahu Safiyah yang terhinjut.
Alamak! Kakak ipar dia menangislah pulak!
"Syhhh dah dah diorang bergurau je sayang." Pujuk Rayden lembut. Rayqal yang sedang menggosok kepalanya sambil menjeling tajam ke arahnya tidak dihiraukan.
YOU ARE READING
❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]
RomanceStreeeetttttt...... bamm!!!! "Ya Allah benda apa la pula hentam kereta aku ni?" ~𝐒𝐀𝐅𝐈𝐘𝐀𝐇 Tok tok tok..cermin tingkap Myvi milik gadis tersebut diketuk dengan penuh kemarahan. "Alamak aku nak buat apa ni dia main ketuk-ketuk la pula ke aku ke...