"Assalamualaikum umi, tengah buat apa tu?" Ujar Safiyah yang baru sahaja selesai menunaikan solat Isyak.
Telekung yang tersarung di kepala ditanggalkan dan disangkutkan di penyidai.
"Waalaikummussalam kakak..Tak ada buat apa ni ha baru lepas menjahit. Eloklah kakak call umi ni..tadi pagi kenapa? Apa jadi kakak? Kakak tak apa-apa kan?" Soal Puan Samsiah bertalu-talu.
Seharian dia menunggu satu-satunya anak perempuan nya itu menelefon semula. Hati ibu manakah yang tidak risau apabila terdengar jeritan anak nya ketika memandu tadi.
"Hahaha umi tak ada apalah tadi, kakak 'teraccident' sikit je hehehe."
"Ya Allah! Budak ni! Teruk tak? Ada luka dekat mana-mana tak? Ya Allah macam mana boleh accident? Nak umi pergi tengok kakak tak? Dah pergi klinik ke belum ni?"
"Tak ada apalah umi..accident kecik je, kakak tak luka apa-apa pun. Umi jangan risau okay?"
Ceh accident kecil la sangat padahal accident dengan Audi tu bukan Proton Wira.
"Alhamdulillah nasib tak jadi apa-apa..lain kali hati-hati memandu jangan bawa laju-laju. Faham?" Pesan Puan Samsiah.
"Ye umi, kakak faham..lagipun kakak accident tadi pun sebab umi tau."
"Eh sebab umi pula? Kamu yang bawa kereta kenapa umi pula jadi penyebabnya?"
"Umi lupa ke? Sebab umi kata nak kahwinkan kakak dengan anak kawan abah tu lah kakak tersilap tekan brek sebab terkejut." Ujar Safiyah.
Bila difikirkan balik lawak juga tadi ye lah dia pergi jalan masa lampu merah tapi lampu hijau dia pergi berhenti hahaha tapi spoil sebab owner Audi tu sombong dah tu dingin tak nak terima maaf orang. Muka je hensem.
"Ouh ha..umi nak cakap sikit..abah dengan umi dah setuju nak jodohkan kakak dengan anak kawan abah. Jadi minggu ni abah nak kakak balik sebab nak bincang dengan kakak." Terang Puan Samsiah dengan nada teruja.
"Tapi umi, kakak tak sedia lagi lah nak kahwin. Kakak muda lagi kan baru 25 tahun. Lagipun kakak tak kenal siapa bakal suami kakak tu. Kakak tak nak lah ada istilah kahwin terpaksa dalam hidup kakak." Terang Safiyah bersungguh-sungguh.
"Tak apa. Balik dulu kampung minggu ni bincang dengan abah. Kalau cakap dekat telefon susah."
"Hurmm, umi..abah ada tak dekat situ? Tolong pass kan fon dekat abah. Kakak nak cakap dengan abah."
"Ha ye lah kejap umi panggil abah."
"Abang! kakak nak cakap. Pasal hal kahwin tu."
"Ha? Ha ye ye." Lantas telefon tersebut bertukar tangan dan ditekapkan di telinga.
"Assalamualaikum kakak. Ha nak cakap apa dengan abah ni?" Soal Encik Azman di hujung talian.
"Waalaikummussalam abah. Abah betul ke apa umi bagitahu kakak? Betul ke abah nak kahwinkan kakak dengan anak kawan abah?" Soal Safiyah sedikit manja. Ya, dia manja dengan abahnya kerana hanya dia seorang anak perempuan dalam keluarga itu. Adik-adiknya yang lain semua lelaki.
"Ya betul lah tu apa umi bagitahu kakak. Memang abah nak kahwinkan kamu dengan anak kawan abah pun dan abah nak kakak balik minggu ni bincang dengan abah." Jawab Encik Azman sedikit tegas. Kalau tak tegas nanti banyak benda yang anak perempuannya itu akan tanya.
"Tapi abah, kakak muda lagi. Kakak tak kenal pun siapa anak kawan abah tu. Kakak tak sedia lagi kakak takut abah." Lirih Safiyah perlahan.
Hampir menangis Safiyah apabila abahnya masih bertegas mahu menjodohkan dia.
YOU ARE READING
❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]
RomanceStreeeetttttt...... bamm!!!! "Ya Allah benda apa la pula hentam kereta aku ni?" ~𝐒𝐀𝐅𝐈𝐘𝐀𝐇 Tok tok tok..cermin tingkap Myvi milik gadis tersebut diketuk dengan penuh kemarahan. "Alamak aku nak buat apa ni dia main ketuk-ketuk la pula ke aku ke...