💘BAB - 45

30.6K 888 180
                                    

"So, Fiya dah tahu belum yang kau ni mafia?" Soal Alan seraya vape di tangan disedut lalu dihembus ke udara. Berkepul-kepul asap yang terbebas memenuhi ruang pejabat milik Rayden itu.

Rayden memincingkan matanya menatap tajam ke arah Alan yang tersengih tidak bersalah. Dah dipesan berulang kali agar tidak menghisap benda itu di dalam pejabatnya tetapi seolah-olah menyiram air ke daun keladi. Semua kawan-kawan dia memang jenis tak akan dengar cakap orang. Main bantai sahaja.

"Belum." Jawab Rayden ringkas dan mendatar. Belakang tubuhnya disandarkan penuh pada sofa yang didudukinya.

"Baik kau bagitahu awal-awal. Jangan sampai dia dapat tahu dari mulut orang lain." Pesan Fakhrul mendatar sambil jari jemarinya lincah menaip pada papan kekunci laptopnya.

Jejaka itu nampak segak dengan pakaian pejabatnya. Kemeja berwarna biru muda yang tersarung pada tubuh tegap jejaka itu di mana lengan bajunya disinsing sehingga ke paras siku menyerlahkan lagi ketampanan jejaka muda itu.

Rayden menghela berat nafasnya. Bukan dia tidak mahu memberitahu kepada Safiyah akan sisinya yang satu lagi itu, tetapi dia risau akan penerimaan wanita itu. Mampukah wanita itu menerimanya? Apakah reaksi Safiyah? Takut? Atau terima?

"Aku cuma risau. Dia boleh ke terima kalau aku ni mafia? Aku tak nak hilang dia." Perlahan sahaja suara Rayden ketika itu. Jujur dia tidak sanggup kehilangan wanita itu.

"Lambat-laun kau kena bagitahu jugak dan kau kena terima reaksi dia. Tak semua orang boleh terima mafia. Tapi itu isteri kau. Banyak cara kau boleh gunakan untuk dapatkan kepercayaan dia." Nasihat Alan lembut. Dia juga sama seperti Rayden. Dia faham perasaan lelaki itu. Dia juga tidak sanggup kehilangan Fetty tetapi dia beranikan diri memberitahu perkara sebenar kepada gadis itu. Yang pasti dia ada caranya yang tersendiri.

"Kau bagitahu awek kau jugak ke?" Rayden menyoal hairan.

Alan mengangguk sekilas sebelum vape di tangan kembali disedut.

"Dia terima?" Soal Rayden inginkan kepastian.

"Yes." Jawab Alan ringkas.

"How?"

"I have my own way." Jawab Alan bersahaja. Mahu sahaja dia tergelak melihat wajah tidak puas hati Rayden.

Kedua keningnya diangkat tinggi ke arah Rayden bersama senyuman sinis di bibir merahnya.

Smirk.

"Baik tak payah cerita, bodoh. Aku pun tertunggu-tunggu jugak macam mana kau bagitahu. Kot-kotlah aku boleh try dekat bakal awek aku pulak." Omel Fakhrul geram. Fake hope betullah mat salleh ni. Manakala Alan hanya tertawa jahat sahaja tanpa membalas kata-kata itu. Seronok dapat bagi fake hope dekat orang.

"Dia isteri kau mesti dia akan terima setiap kelebihan dan kelemahan kau. Lagipun bini kau tu baik, lemah lembut orangnya. Biar dia dengar sendiri dari mulut kau dari dia dengar dari mulut musuh kau. Masa tu jangan nak kecoh sebab bini kau lari. Terang dekat dia elok-elok jangan tahu nak bernafsu je setiap masa. Masa terang tu tangan dan mulut jangan gatal nak merayap sangat, barulah boleh explain betul-betul." Nufail yang sedari tadi mendiamkan diri akhirnya bersuara dengan hujah yang panjang lebar. Ayat yang paling panjang dia pernah bertutur dalam hidupnya mungkin.  Sekali dengan sindiran dia bagi. Sekali buka mulut boleh sentap orang dibuatnya.

Alan dan Fakhrul memandang Nufail dengan wajah yang berpura-pura terkejut dan mulut yang sengaja melopong luas.

"Weh Fakhrul bodoh! Si bisu ni bercakap lah! Panjang lebar pulak tu." Sindir Alan pedas.

❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]Where stories live. Discover now