Rambut basah Rayden dilap lembut oleh Safiyah dengan menggunakan tuala. Mereka kini sudah berada di dalam bilik di mana Rayden duduk di birai katil dan Safiyah pula berdiri di antara dua kaki lelaki itu dan kedua tangan Rayden memeluk kemas sisi pinggang Safiyah.
Sejak dari tadi, sepasang anak mata hazel milik Rayden tidak berkelip dari terus merenung dan meneliti seraut wajah yang sering menjadi igauannya saban hari.
"Abang?" Suara gemersik Safiyah yanh menghentam gegendang telinganya mematikan lamunannya.
"Ya sayang?" Balasnya kembali dan mengucup penuh kasih tangan mulus Safiyah.
"Fiya rindu abang." Tutur Safiyah ikhlas. Pandangan Rayden dibalas redup olehnya.
Pandangan yang tersirat dengan penuh cinta.
Rayden menghadiahkan sebuah senyuman yang nipis sebelum mencuit lembut hidung kecil Safiyah.
Dia bergerak ke arah kepala katil lalu bersandar pada tempat itu dan tubuh Safiyah diangkat dengan mudah olehnya dan diletakkan di atas riba.
"Abang nak peluk sayang." Ujarnya sekilas lalu menyembamkan wajah pada leher yang bersih itu.
"Fiya pun nak peluk abang." Serentak itu lengannya dibawa melingkari leher Rayden dan menepuk lembut belakang tubuh suaminya itu.
Beberapa ketika, kedengaran esak tangis Rayden dan lehernya mula terasa basah dengan air mata lelaki itu.
Dengan cemas, dia menjarakkan tubuh mereka lalu menekup pipi Rayden dengan kedua telapak tangannya.
"Abang, kenapa menangis ni?" Dia menyoal lembut. Air mata yang tersisa di pipi Rayden dihapuskan olehnya.
"Kenapa sayang baik sangat? Kenapa sayang tak marah, tak pukul dan tak bencikan abang meskipun abang dah seksa sayang. Abang tak percayakan sayang, abang pukul sayang, abang paksa sayang dan abang dah bunuh baby kita. Tapi sayang tetap layan abang dengan baik. Abang rasa diri abang ni teruk. Sangat teruk. Abang tak layak untuk jadi suami sayang dan abang tak layak untuk berdampingan dengan sayang. Tapi abang ego. Abang tak nak lepaskan sayang. Abang terlalu cintakan sayang." Luah Rayden dengan penuh sesalan yang membelenggu di jiwanya.
Safiyah tersenyum nipis lalu tanpa diduga, bibirnya menindih lembut bibir Rayden. Sungguh lembut dan membuaikan namun tidak dibalas oleh Rayden.
"Abang?" Tanya Safiyah hairan saat lelaki itu mendiamkan diri dan langsung tidak memberikan sebarang reaksi kepadanya.
"Abang takut. Abang takut kalau abang sakitkan sayang lagi. Abang takut abang tak mampu kawal diri abang. Abang tak nak sakitkan sayang." Balas Rayden jujur. Dia sendiri masih ragu-ragu dengan dirinya kerana dia seorang yang kasar.
Safiyah hanya tersenyum kecil. "Abang pandanglah Fiya." Dagu Rayden dipaut lembut oleh ibu jarinya agar mendongak memandangnya.
"Fiya ikhlaskan maafkan abang. Riyyan Syahid Zayyhder pun pasti sentiasa maafkan Daddy dia. Dan dia juga pasti sedang tunggu kita di sana sambil ditemani bidadari-bidadari yang cantik dan penyayang untuk jaga dia. Jadi kita di sini, yang masih diberi peluang oleh Allah untuk teruskan kehidupan, perlu gunakan peluang ini dengan sebaik yang mungkin. Dan kita masih ada tanggungjawab yang perlu kita laksanakan untuk adik Riyyan yang masih Fiya kandung. Apapun yang terjadi, abang masih suami dan Daddy yang baik untuk kami. Allah uji kita sebab Allah sayang kita. Kita tak boleh nak persoalkan takdir Dia. Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang sebab itu Dia masih bagi kita peluang untuk menjadi Mummy dan Daddy. Dan abang jangan risau sebab Fiya akan sentiasa ada di sisi abang. Fiya takkan tinggalkan abang. Sebab Fiya cintakan abang." Tutur Safiyah dengan lembut dan romantis.
YOU ARE READING
❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]
RomanceStreeeetttttt...... bamm!!!! "Ya Allah benda apa la pula hentam kereta aku ni?" ~𝐒𝐀𝐅𝐈𝐘𝐀𝐇 Tok tok tok..cermin tingkap Myvi milik gadis tersebut diketuk dengan penuh kemarahan. "Alamak aku nak buat apa ni dia main ketuk-ketuk la pula ke aku ke...