Alan yang masih bengang dengan Rayden menyumpah seranah sahabatnya itu sambil tangannya ligat menekan skrin Iphonenya.
Tanpa dia sedar dia terlanggar seorang gadis yang sibuk mengambil gambar disekeliling nya.
"Auch! Oh no my baby Huawei! Wei walawei mata mana mata tak nampak ke orang tengah berdiri dekat sini?!" Fetty segera menunduk mencapai Huawei nya yang skrinnya sudah retak akibat terjatuh tadi.
Membulat matanya melihat keadaan baby kesayangannya yang dah retak. Sudah lah telefon tu hadiah pemberian daripada satu-satunya abang kesayangan dia sempena hari jadinya tahun lepas. Bukan senang abang dia nak bagi hadiah dekat dia.
'Ha sudah apa aku dah buat ni?' Alan mula panik apabila gadis tersebut masih menunduk memandang telefonnya.
"I'm sorry miss, I tak sengaja tadi, I'm really sorry. I akan gantikan telefon yang baru untuk you okay?" Soal Alan sambil menunduk mencari wajah gadis tersebut.
Sebaik sahaja Fetty mendonggakkan kepalanya melihat makhluk yang telah melanggarnya dia terpaku dan terdiam. Tak jadi nak hamun lebih-lebih.
'Omo, hensemnya mat salleh ori ke apa ni?' Getus Fetty yang tergamam melihat wajah tampan jejaka barat tersebut yang mempunyai sepasang mata berwarna biru lembut.
Alan juga terpaku melihat kecantikan gadis yang memakai shawl berwarna hijau lembut tersebut. Warna tersebut sangat sesuai dengan pemilik wajah tersebut yang kulitnya putih gebu.
Lama mereka bertentang mata sebelum Alan berdehem mematikan lamunan mereka.
Merah padam muka Fetty malu kantoi usya anak teruna orang.
"Emm, I'm really sorry miss. I betul-betul tak sengaja tadi. But don't worry I'll replace the new one for you as my apologize." Ujar Alan lagi sambil apabila melihat gadis tersebut masih mendiamkan diri sambil memandangnya.
"Ouh ha it's okay. Never mind. Sikit je retak." Ujar Fetty tersipu-tersipu.
Fake nya lah si Fetty ni tadi bukan main marah lagi. Mentang-mentang mamat yang langgar dia tu hensem plus mat salleh pula senang-senang je kata never mind.
"Eh it's okay miss. I yang salah so I patut ganti semula. Okay macam ni esok or lusa I free, nanti kita pergi kedai telefon sama-sama okay?" Soal Alan sambil merenung tepat wajah comel yang sedang terkebil-kebil memandangnya.
Geram dia melihat pipi tembam tersebut rasa nak cium-cium je.
Eh eh anak dara orang tu sesuka hati kau je nak cium dia Alan.
"Jangan risau, I tak buat apa-apa. Kita pergi asing-asing nanti I tunggu you dekat kedai. But, before that, can i know your name and perhaps your phone number too." Soal Alan tanpa terus berselindung. Sebenarnya dia nak mengetahui perihal gadis ini dengan lebih lanjut. Haih inilah yang dikatakan love at first sight.
"Erm, kalau encik kata macam tu okaylah. Nama saya Fatimah Aqilah and here is my number." Dah orang offer macam tu takkan dia nak tolak pula. Business card yang tersimpan di dalam beg tangannya lantas dikeluarkan dan dihulur kepada jejaka bermata biru tersebut.
Lantas business card tersebut bertukar tangan.
"Fatimah Aqilah? Hurm, nice name. Sama macam tuannya. Beautiful. By the way, I'm Alan Benjamin." Puji Alan bersama mengukirkan senyuman yang mampu mencairkan hati para wanita di luar sana sambil menghulurkan juga business card miliknya.
Fetty yang sedang menyambut huluran tersebut mula terpaku dengan senyuman jejaka tersebut lalu segera menggelengkan kepalanya.
"Ya Allah hindarilah aku dari zina mata. Kuatkanlah imanku ini." Tutur Fetty perlahan sambil mengembungkan kedua belah pipinya.
YOU ARE READING
❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]
RomanceStreeeetttttt...... bamm!!!! "Ya Allah benda apa la pula hentam kereta aku ni?" ~𝐒𝐀𝐅𝐈𝐘𝐀𝐇 Tok tok tok..cermin tingkap Myvi milik gadis tersebut diketuk dengan penuh kemarahan. "Alamak aku nak buat apa ni dia main ketuk-ketuk la pula ke aku ke...