💘BAB - 71

29.6K 920 158
                                    

Kaki panjangnya melangkah laju memasuki ruangan hospital itu semula. Dirempuh semua manusia yang menghalang laluannya tanpa menghiraukan sedikitpun pandangan hairan dan tidak puas hati mereka terhadapnya.

Sedari tadi, air matanya juga tidak henti-henti mengalir. Terasa jiwanya turut direntap pergi dari tubuhnya.

Di dalam hati, dia mengharapkan apa yang dikatakan Alan sebentar tadi adalah tidak benar. Tolong katakan bahawa semua itu adalah tidak benar.

"Alan..." Panggilnya perlahan setelah dia tiba di ruang kecemasan itu. Dapat dilihat semua yang berada di situ sedang menangis pilu dan sedih.

Bersama langkah yang lemah dan perlahan, kakinya mengorak ke arah Alan yang sedang duduk bersandar di atas kerusi menunggu itu.

Sebaik sahaja mendengar suara Rayden menyapanya, jejaka Inggeris itu lantas berdiri bersama wajah yang sedih dan kepalanya digeleng berkali-kali memandang ke arah Rayden. "Ray, Fiya dah tak ada."

"Korang tipu kan? Korang tipu aku kan? Ini semua helah korang nak pisahkan aku dengan Fiya semata-mata kan?! Korang tipu! Isteri aku hidup lagi! Fiya hidup lagi!!!" Suaranya yang pada mulanya perlahan dan sayu kini meninggi bersama wajah yang merah padam. Urat-urat hijau mula kelihatan timbul di dahi dan lehernya. Tangan dikepal erat di sisi tubuhnya. Satu per satu wajah yang berada di situ dipandang bengis olehnya.

"CAKAPLAH YANG KORANG TIPU!!!" Dia melengking kuat lantas kolar baju Alan dicekak kasar.

"Tak, Ray. Kitaorang tak tipu. Fiya dah tak ada. Isteri kau dah tak ada. Noah tak dapat selamatkan Fiya..." Alan membalas perlahan kata-kata Rayden. Tangan Rayden yang mencekak kolar bajunya dipegang dan diturunkan.

Tidak semena-mena tubuh Rayden melorot lemah ke lantai yang sejuk itu dan lantas tangisan yang sangat menyayat hati.

Apa yang sudah dia lakukan kepada isterinya sendiri?

Mengapa mesti begini hukuman yang harus diterimanya?

Mengapa Safiyah mesti pergi dari hidupnya di saat hatinya sudah dimiliki oleh milik wanita itu sepenuhnya?

Dia hilang tulang belakangnya.

Dia hilang bidadarinya.

Dia hilang permata-permatanya.

Dia hilang wanita yang berjaya memiliki cintanya.

Dia hilang Nurul Safiyah Delaila.

Rayden Rafiqi Zachary hilang Nurul Safiyah Delaila dari hidupnya.

"Sayang..." Esakan yang meruntun hati bagi sesiapa sahaja yang mendengar itu semakin kuat dan tidak terkawal.

Bahunya diusap lembut oleh Puan Raishah yang tidak sanggup melihat keadaan anak sulungnya itu. Tubuh Rayden ditarik masuk ke dalam dakapannya. Dakapan seorang ibu.

Puan Raishah juga turut menangis. Dia juga sudah kehilangan satu-satunya menantu yang sudah dianggap sebagai anak kandungnya sendiri. Menantu yang sangat baik dan penyayang. Sungguh berat dan besar ujian yang menimpa dua jiwa itu.

"Allah lebih sayangkan Fiya. Biarkan dia berehat di sana dengan anak-anak kamu berdua. Lepaskan mereka pergi dengan ikhlas supaya mereka tenang di sana." Pujuk Puan Raishah lembut.

Rayden pantas menyembamkan wajahnya di sebalik bahu Puan Raishah sambil dia merapat sedih.

"Ray tak nak hilang Fiya..Ray cintakan Fiya..Ray sayangkan Fiya..kenapa Allah ambil Fiya dari hidup Ray? Kenapa? Kenapa hukum Ray begini? Ray tahu Ray salah tapi kenapa perlu ambil isteri Ray? Mummy, Ray nak Fiya..Ray nak Fiya..Ray nak Fiya..Ray banyak berdosa dengan Fiya..Ray cintakan Fiya..." Rayden mengongoi lemah di dalam dakapan Mummynya.

❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]Where stories live. Discover now