"Awak pergi outstation berapa hari?" Soal Safiyah kepada Rayden sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke dalam Audi R8 milik lelaki itu setelah selesai menghabiskan makan malam mereka apabila semua barang kahwin telah siap dibeli.
"I'm not sure. Depends on situation." Jawab Rayden tenang sambil tangannya cekap mengawal stereng keretanya untuk mengundur keluar dari kotak parking itu.
"Ouh." Balas Safiyah sepatah sebelum pandangan dihalakan ke luar tingkap kerana badannya sudah letih setelah beberapa jam berjalan di dalam mall untuk mencari persiapan perkahwinan mereka.
Pesanan sudah dihantar kepada Kak Ayu bahawa dia tidak akan masuk semula ke tadika kerana perlu membeli persiapan kahwinnya.
Rayden menoleh sekilas ke arah Safiyah sebelum bibir merahnya menguntum sebuah senyuman yang nakal.
"Kenapa tanya? Takut aku pergi cari awek lain ke dekat sana nanti? Ke takut tak boleh tidur malam sebab rindu aku nanti?" Sengaja lengan Safiyah disenggol gedik sebelum tawanya dilepaskan melihat renungan tajam gadis itu.
"Perasan." Jawab Safiyah dengan nada yang kasar lalu tubuh dianjakkan sedikit rapat ke arah pintu kereta lalu kepalanya disandarkan di tingkap gelap Audi itu.
"Siapa entah nak rindu dia. Perasan. Pergi jelah nak pergi mana pun." Omel Safiyah perlahan namun telinga lintah Rayden masih mampu mendegar omelan itu.
Lantas kepala ditoleh ke arah Safiyah dan membuntang matanya melihat gadis itu yang bersandar rapat di pintu kereta sambil memejamkan mata.
Haishhh budak ni rapat bukan main dengan pintu tu.
Dengan tangan kanan cekap mengawal stereng kereta, manakala sebelah lagi tangan yang bebas menarik lembut lengan Safiyah yang berlapik baju kurung itu. Ditarik tubuh kecil itu agar sedikit jauh dengan pintu keretanya.
Safiyah lantas mencelikkan matanya apabila terasa tubuhnya ditarik menjauh dari pintu kereta yang menjadi tempat dia bersandar.
Belum sempat dia bersuara Rayden pantas memintas terlebih dahulu.
"Nak mampus ke sandar rapat dekat pintu macam tu? Kalau tiba-tiba terbukak pintu tu tadi masa kereta bergerak macam mana? Melayang kang nanti. Even dah lock pun tetap bahaya. Kena jaga-jaga. Kalau dah tahu letih turunkan je lah seat tu ke belakang. Apa function engineer reka seat tu boleh ke belakang kalau tak reti diguna." Bebel Rayden panjang namun matanya masih fokus memandang ke hadapan.
Terkedu Safiyah apabila Rayden membebel panjang sebegitu rupa.
'Dia caring pasal aku ke? Awhhhhh so sweet.' Monolog Safyah di dalam hati.
"Aku bukan caring. Nanti jadi apa-apa kang dekat kau apa aku nak jawab kalau umi dan abah kau tanya. Aku cuma nak mengelak dari kena marah bukannya caring pasal kau. Plus, i'm not a sweet guy." Sambung Rayden lagi seakan-akan tahu apa isi hati Safiyah.
Terus tercebik bibir Safiyah mendengar ayat yang meniti keluar dari bibir Rayden. Terbantut proses hatinya yang mahu mencair itu.
'Ingat Fiya! Korang berkahwin bukannya atas dasar cinta jadi jangan berharap yang dia nak jadi sweet macam lelaki yang lain.' Pesannya kepada diri sendiri di dalam hati.
Manakala Rayden pula sengaja berkata begitu kerana dia masih tidak pasti akan perasaannya terhadap Safiyah. Dia masih keliru bagaimana dia boleh menjadi caring apabila bersama dengan Safiyah walhal sebelum ini jika ada perempuan yang terjatuh di hadapannya sekalipun akan dibiarkan sahaja tanpa ada niat mahu membantu. Tetapi jika gadis itu adalah Safiyah dia akan berubah serta merta. Dia tidak tahu kenapa dia perlu melalui perasaan ini semua. Mungkin kerana gadis itu bakal menjadi sebahagian dari hidupnya sebab itu dia perlu menjaga gadis itu walaupun dia tahu cara dia sedikit kasar.
YOU ARE READING
❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]
RomanceStreeeetttttt...... bamm!!!! "Ya Allah benda apa la pula hentam kereta aku ni?" ~𝐒𝐀𝐅𝐈𝐘𝐀𝐇 Tok tok tok..cermin tingkap Myvi milik gadis tersebut diketuk dengan penuh kemarahan. "Alamak aku nak buat apa ni dia main ketuk-ketuk la pula ke aku ke...