💘BAB - 2

32.9K 1.2K 99
                                    


Streeeeeeetttt.........bammmmm!!!

"Arghhhh umi!!!!!!!!!!!!" Jerit Safiyah apabila sesuatu menghentam belakang kenderaannya.

"Fiya?? Fiya apa jadi nak? Fiya?! Jangan buat umi risau! Ya Allah Fiya!"
Jerit Puan Samsiah yang terkejut mendengar bunyi dentuman yang kuat serta jeritan anaknya.

"Adoiii dahi aku urghhh sakitnya." Gumam Fiya sambil menggosok dahinya yang terhantuk di stereng keretanya.

"Hello, umi nanti kakak call umi balik ye bye assalamualaikum." Lantas panggilan diputuskan.

"Hello? hello? ishhh budak bertuah ni bukan nak bagitahu apa jadi boleh pula matikan telefon." Gumam Puan Samsiah.

"Ya Allah..benda apa la pula hentam kereta aku ni.. time macam ni lah nak accident bagai." Ujar Safiyah perlahan.



💘💘💘


"Shit! Gila ke apa kereta Myvi ni?! Elok-elok lampu hijau pergi berhenti..lampu merah tadi kau jalan pula bodoh! Tak pasal-pasal dah terlanggar..tunggu kau." Marah Rayden seraya melangkah keluar dari Audi r8 miliknya menuju ke kereta yang telah dilanggarnya tadi.

Tok!! Tok!! Tok!!

Cermin tingkap Myvi milik gadis tersebut diketuk dengan penuh kemarahan.

"Alamak aku nak buat apa ni dia main ketuk-ketuk la pula ke aku kena buat-buat pengsan?" Gumam Safiyah apabila pemilik Audi r8 yang menghentam belakang Myvi nya sedang mengetuk cermin tingkap kenderaannya bertalu-talu.

"Hoi! Kau keluar sekarang sebelum aku pecahkan cermin kereta kau yang buruk ni! Keluar! Dah buat salah tak nak keluar pula!" Jerit Rayden sambil tangannya tidak berhenti mengetuk cermin tingkap Myvi itu.

"Fuhh relax Fiya..kau yang salah jangan nak lari..bincang elok-elok..fuhh tarik nafas hembus."

Dengan lafaz bismillahh, Safiyah membuka pintu keretanya perlahan dan melangkah keluar dengan beraninya walhal dalam hati rasa macam nak marathon sebab takut punya pasal.

Safiyah masih menunduk memandang ke bawah dengan menggenggam tangan yang sejuk dan terketar-ketar kerana merasakan bahawa aura lelaki di hadapannya ini amat menakutkan dan menyeramkan.

"Hoi! Kau memang tak reti nak minta maaf ke? Asal? kau buat salah dekat jalan tu ke yang tak nak pandang aku ni?" Soal Rayden dengan wajah kemerahan kerana geram dengan gadis di hadapannya ini yang tidak bersuara langsung.

Serentak itu, Safiyah mendongak melihat gerangan yang berdiri di hadapannya.

'Masya Allah kacaknya bidadara dari syurga ke apa ni? Tapi garang gila.' Bicara Safiyah di dalam hati tatkala dia melihat pemilik Audi yang melanggarnya itu tersangatlah kacak.

"Hoi perempuan! Bisu ke apa? Kau boleh tatap muka aku tapi tak cakap apa pun?! Memang sah gila kau ni!" Jerkah Rayden yang semakin berang dengan reaksi gadis di hadapannya ini.

Jikalau yang di depannya ini lelaki, sudah pasti akan di belasah olehnya terlebih dahulu.. nasiblah perempuan.

Sekejam-kejam Rayden pun dia bukanlah seorang yang akan naik tangan dekat kaum wanita kecuali yang betul-betul buat dia rimas dan naik angin atau pun musuh.

'Blushhhh.' Merah muka Safiyah kerana tersedar merenung wajah anak teruna orang.

"Ermm assalamualaikum encik ada apa ya ketuk cermin kereta saya? Encik yang langgar kereta saya lepastu encik nak marah-marah pula.. where's your manners encik?" Soal Safiyah dengan sekali nafas akibat terlalu gugup.

❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]Where stories live. Discover now