"Betul ke kau pecat pekerja aku, Rayqal Rizqi?"
Rayqal yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam pejabat Rayden hanya menayangkan wajah yang malas apabila dia tiba-tiba sahaja diterjah dengan soalan itu. Dan di belakangnya pula ada Raihan dan Safiyah yang sedang berjalan sambil berbual.
Ketiga-tiga mereka melangkah ke arah sofa sebelum masing-masing mengambil tempat duduk kecuali Safiyah yang lengannya tiba-tiba disambar Rayden sehingga dia jatuh terduduk di sebelah suaminya itu. Kus semangat ditarik begitu. Apa hari ini memang hari tarik tangan sedunia ke apa? Tadi dekat kafe kena tarik tangan, sekarang dekat pejabat pun kena tarik tangan.
Rayden menarik rapat sisi tubuh Safiyah sehingga melekap penuh pada tubuh sasanya dan memeluk erat pinggang ramping wanita itu. Wajah-wajah sahabatnya yang menayangkan riak menyampah dan meluat ke arahnya tidak dihiraukan sebaliknya dia melabuhkah sebuah ciuman pada puncak kepala Safiyah yang berlapikkan tudung bawal itu.
Fakhrul tiba-tiba sahaja bangun dari tempat duduknya dengan membawa komputer ribanya bersama dan berlalu ke arah meja kerja Rayden sebelum melabuhkan punggung di atas kerusi lelaki itu tanpa segan silu. Sesuka hati dia sahaja duduk di tempat CEO.
Komputer ribanya dibuka dengan kasar dan wajahnya dijengulkan sedikit dari sebalik komputer ribanya dan memandang tajam ke arah Rayden sebelum dia menjerit kuat.
"Hormat sikitlah orang yang single ni bodoh!!! Menyampah aku!!! Eeeeeee!!!"
Sejurus itu dia terus menyambung kerjanya dengan wajah yang bengang.
Dia sendu tahu tak?! Rayden faham tak?! Korang faham tak?!
Rayden hanya membiarkan sahaja Fakhrul yang sendu tiba-tiba itu sebelum dia kembali merenung Rayqal dengan pandangan membunuhnya itu. Safiyah di sebelahnya pula hanya mengecilkan diri merenung ke lantai sambil meramas jari jemarinya apabila tangan Rayden mula mengelus lembut sisi pinggangnya.
"Aku tanya kau betul ke kau pecat Encik Irfan? And why?" Ulang Rayden tegas.
"Betul nak tahu?" Rayqal menyoal sinis.
"Don't ask me back, Rayqal." Tutur Rayden tegas. Anak mata hazelnya tajam merenung anak mata dark hazel adiknya.
Rayqal dan Raihan berpandangan sesama sendiri sebelum mereka memberikan sebuah senyuman yang sinis kepada Rayden.
"Ask your wife." Rayqal mula bermain tali. Yang sebenarnya dia malas mahu membuka mulut.
"Aku tak main-main, Rayqal."
"Ya, aku pun tak main-main. Tanya isteri kau sebab dia tahu punca aku pecat jantan sial tu." Ujar Rayqal bersahaja. Belakang tubuhnya disandarkan penuh pada sofa yang didudukinya sambil kaki disilangkan gaya bossy.
"Raihan---" Giliran Raihan pula disoal. Jejaka itu juga turut bersandar dengan gaya yang sama seperti Rayqal.
"Tanya kakak ipar. Kitaorang pecat jantan tu pun sebab dia jugak. You should thank to us." Jawab Raihan mendatar.
Rayden menoleh ke arah Safiyah yang masih menunduk bermain jari sebelum dia memanggil wanita itu dengan nada yang tegas. Apa yang terjadi? Kenapa melibatkan Safiyah?
"Sayang." Panggilnya keras.
Safiyah yang mendengar dirinya dipanggil, perlahan mengangkat wajahnya memandang ke arah Rayden yang sedang merenung tajam ke arahnya.
Liurnya ditelan kesat. Bimbang jika Rayden mengamuk.
"Apa maksud Rayqal dan Raihan yang pekerja abang dipecat sebab sayang?" Rayden menyoal tegas.
YOU ARE READING
❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]
RomanceStreeeetttttt...... bamm!!!! "Ya Allah benda apa la pula hentam kereta aku ni?" ~𝐒𝐀𝐅𝐈𝐘𝐀𝐇 Tok tok tok..cermin tingkap Myvi milik gadis tersebut diketuk dengan penuh kemarahan. "Alamak aku nak buat apa ni dia main ketuk-ketuk la pula ke aku ke...