💘BAB - 10

32K 1K 78
                                    

Seorang lelaki yang diikat kemas di atas sebuah kerusi yang terletak didalam sebuah bilik yang gelap meringis kesakitan akibat dipukul oleh anak-anak buah Rayden.

Darah mula keluar dari kepalanya mengalir sehingga ke dagunya dan bibir yang pecah akibat ditumbuk dengan kuat serta lebam yang berwarna ungu di kedua-dua belah matanya menunjukkan bahawa lelaki tersebut diseksa tanpa belas kasihan.

Tiga orang anak buah Rayden masih lagi tidak berhenti menyeksa lelaki tersebut.

Pintu yang terbuka luas dari arah luar juga tidak dihiraukan oleh mereka kerana mereka diarahkan untuk membuat lelaki tersebut memberitahu hal sebenar namun jika lelaki tersebut masih berkeras mereka dibenarkan untuk menggunakan cara kasar.

Empat orang jejaka kacak dan berbadan tegap melangkah masuk kedalam bilik seksaan tersebut dengan gaya yang tersendiri. Masing-masing mempamerkan riak wajah yang dingin dan bengis kecuali dua orang jejaka dibelakang yang sedang bercerita sambil bergelak tawa.

"Stop." Arahan dikeluarkan oleh jejaka dihadapan sekali yang menggayakan jaket kulit dan seluar jeans berwarna hitam selaku boss kepada ketiga-tiga anak buahnya itu.

Hanya dengan satu patah perkataan sahaja mampu membuat ketiga-tiga lelaki yang berbadan besar dan tegap tersebut berhenti dari terus menyeksa mangsa yang sudah kelihatan seperti nyawa-nyawa ikan itu.

"Leave." Ujar suara garau itu lagi.

Auranya yang dingin dan tegas mampu membuatkan kesemua anak buahnya menunduk hormat kearahnya lalu melangkah keluar dari bilik seksaan tersebut.

Lelaki yang diikat diatas kerusi masih mengerang kesakitan dengan darah yang keluar membuak-buak dari mulutnya.

Rayden selaku ketua kumpulan tersebut mula mengambil sebuah kerusi kosong yang terletak di sudut bilik itu lalu diletakkan di hadapan mangsanya sebelum melabuhkan duduk diatas kerusi tersebut dengan kaki kanan disilangkan diatas kaki kirinya sambil badan disandar di kerusi tersebut dan merenung kearah mangsanya dengan tatapan yang tajam dan bengis.

Sebatang rokok yang dihulurkan oleh Nufail yang sedang berdiri sambil bersandar di tepi dinding berdekatannya diambil lalu dinyalakan sebelum rokok tersebut disedut dalam dan asapnya dihembus ke arah si mangsa.

Lelaki tersebut mengerutkan dahinya kerana asap rokok yang kuat memasuki rongga hidungnya. Tangan yang diikat kemas dan ketat dari arah belakang cuba dirungkaikan namun tubuhnya terlalu lemah.

Rayden tersenyum sinis melihat si mangsa cuba merungkaikan ikatan kemas yang diikat oleh anak-anak buahnya.

"Aku tak suka buang masa untuk layan anjing macam kau ni. Aku tanya sekali saja kalau kau tak nak jawab jangan salahkan aku kalau jadi apa-apa nanti." Rokok yang dikepit di antara jari telunjuk dan jari hantunya disedut dan dihembuskan lagi asap ke arah si mangsa.

"Tak payah cakap banyak, cincang je buat sushi terus." Celah Rayqal yang sedang duduk bersila di atas lantai sambil bermain game di dalam telefonnya.

"Dari kau buat sushi baik kau buat rendang je nampak melayu sikit." Sampuk Fakhrul pula yang bersila di sebelah Rayqal sambil matanya juga tertumpu ke arah telefonnya.

Manakala Nufail yang diam bersandar sambil menghisap rokok di tepi dinding hanya menggeleng kecil mendengar suara kawan-kawannya yang sentiasa bercakap sesuatu yang tidak masuk akal.

Rayden pula tidak mengendahkan apa yang mereka cakapkan. Pandangannya masih lagi tertumpu kearah lelaki yang bergelar anak buah musuhnya itu. Melihatkan tattoo bercorak labah-labah hitam yang terukir di lengan kiri lelaki tersebut dia sudah dapat mengagak bahawa lelaki tersebut ialah anak buah Black Spider.

❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]Where stories live. Discover now