Rayden yang sedang tersandar lemah pada dinding hospital milik Noah tersentak saat rahangnya ditumbuk kuat oleh Tuan Rasyidi tanpa sempat dia mempertahankan dirinya.
"Daddy---"
"Puas hati kau sekarang?! Puas?!" Lantang jerkahan Tuan Rasyidi bergema memenuhi ruangan itu. Puan Raishah yang berdiri di sebelahnya mengusap perlahan belakang tubuh suaminya agar bertenang.
Tangis Rayden semakin kuat dan semakin hiba. Tubuhnya yang terasa sakit langsung tidak terasa kerana Safiyah adalah keutamaannya sekarang ini.
Dia menggeleng perlahan bersama air mata yang semakin deras mengalir membasahi wajah tampannya.
"Abang sudahlah, kita dekat hospital sekarang." Puan Raishah memujuk lembut suaminya. Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan dan dalam masa yang sama dia kasihan melihat Rayden seperti ini. Jujur dia katakan, hati ibu mana yang tidak sedih dan pilu melihat rumahtangga anaknya diuji sebegini rupa. Ditambah lagi dengan situasi menantunya yang sedang bertarung nyawa di dalam sana. Runtun sekeping hatinya melihat dua jiwa yang diuji itu.
"Kalau budak ni tak belasah isteri dia dengan teruk, pasti semua ni tak akan terjadi! Sekarang keluarga Safiyah dah nak sampai. Kau nak jawab apa dengan keluarga dia?! Kau pukul Safiyah, tinggalkan dia separuh nyawa dekat rumah sampai dia kena pergi ke hospital sendiri lepastu tiba-tiba kena culik dengan musuh kau?! Dan lepastu dia kena tembak sebab nak lindungi kau?! Itu yang kau nak jawab?! Kau fikir lepas apa yang kau dah buat dekat anak diorang, semudah tu diorang akan maafkan kau?! Hah?!" Hampir sahaja dia mahu memukul Rayden buat kesekian kalinya namun sempat ditahan oleh Rayqal dan Raihan yang turut berada di situ. Bahkan Alan dan Fakhrul juga turut berada di situ menemani Rayden. Hanya Nufail dan Khairul sahaja yang tiada kerana mereka masih bersama Khairil Akasyah sekarang ini.
Rayden masih tidak bersuara malah dia langsung tidak mempertahankan dirinya. Kerana dia sedar semua ini berpunca dari khilafnya sendiri.
"Assalamualaikum." Tegur Encik Azman yang baru tiba di situ. Puan Samsiah dan adik-adik Safiyah turut serta.
Jantung Rayden semakin berdebar laju saat keluarga Safiyah sudah tiba. Dia tidak kisah jika mereka mahu memarahinya cuma yang menjadi kerisauan di hatinya ialah bagaimana jika mereka memisahkan dirinya dengan Safiyah? Bagaimana jika mereka mengambil Safiyah darinya? Bagaimana? Sungguh dia tidak sanggup jika perkara itu berlaku.
"Waalaikumussalam." Jawab mereka semua yang berada di situ serentak.
Puan Samsiah yang bersama juraian air mata segera mendakap erat tubuh Puan Raishah. Dia hampir pengsan saat mendengar khabar berita mengenai Safiyah yang dikejarkan ke hospital. Apa yang sudah terjadi sebenarnya? Allah. Luluh hatinya saat ini.
"Abah..." Suara serak Rayden yang memanggil Encik Azman menggamit perhatian semua yang berada di situ.
Dengan pantas, dia meluru ke arah ayah mertuanya lalu didakap erat tubuh tua itu.
"Ray minta maaf..Ray minta maaf, Ray mungkir janji Ray untuk jaga Fiya dengan baik..Ray pukul dia..Ray dera dia..Ray buat macam-macam dekat dia..Ray gagal jadi suami yang baik..Ray tinggalkan dia sorang diri bertarung nyawa cuba selamatkan anak kami..Ray minta ampun..Ray minta ampun abah.." Bertalu-talu kata maaf yang disebut olehnya diiringi dengan esak tangis semakin tidak terkawal.
Encik Azman jelas tergamam dengan apa yang baru didengarnya sebentar tadi. Malah ibu dan adik-adik Safiyah juga turut tergamam dan seakan-akan tidak percaya dengan apa yang baru diluahkan oleh Rayden.
Dengan riak wajah yang mula berubah, tubuh Rayden ditolak menjauh oleh Encik Azman. Wajah bersalah Rayden direnung dalam olehnya.
"Kamu tipu abah kan Ray? Cakap yang semua benda ni tak betul."
YOU ARE READING
❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]
RomanceStreeeetttttt...... bamm!!!! "Ya Allah benda apa la pula hentam kereta aku ni?" ~𝐒𝐀𝐅𝐈𝐘𝐀𝐇 Tok tok tok..cermin tingkap Myvi milik gadis tersebut diketuk dengan penuh kemarahan. "Alamak aku nak buat apa ni dia main ketuk-ketuk la pula ke aku ke...