💘BAB - 20

33.1K 1K 62
                                    

Wajah yang manis itu bertambah manis dengan senyuman indah yang terukir di bibir merah jambu itu.

Rindunya dia dengan kanak-kanak comel, tembam, kecil, gebu, dan bulat yang sedang sibuk dengan urusan masing-masing.

Ada yang sedang sibuk mengunyah, sibuk melukis, sibuk bermain, sibuk membaca, sibuk berceloteh dan yang paling menghiburkan hati apabila ada yang sedang sibuk tertidur bersama teddy bear yang lagi besar dari tuan empunya badan.

Dengan mulut yang ternganga luas, kaki pula menghempap perut sang teddy bear dengan baju yang terselak menampakkan sebahagian perut montel kanak-kanak tersebut.

Geram tengok rasa nak digomol-gomol sahaja kanak-kanak tembam yang bernama Adam itu.

Kepala digeleng kecil sebelum sehelai selimut bercorak kartun Super Wings diambil dari dalam sebuah almari kecil yang terletak berdekatan lalu tubuh montel pelajarnya itu diselimut kemas.

Diusap perlahan rambut si tembam itu sebelum melangkah bangun menuju ke dapur bagi menyediakan biskut dan susu untuk kesemua pelajar-pelajar di tadika miliknya.

Tadika Cahaya Intelek.

Namun langkah kakinya terhenti saat matanya terpandang seorang kanak-kanak lelaki duduk berseorangan di sudut berasingan dari rakan-rakannya yang lain.

Senyuman nipis diukir lalu tempat di mana kanak-kanak lelaki itu berada dituju.

Punggung dilabuhkan bersebelahan dengan budak lelaki itu sebelum dagu comel itu dicuit lembut bagi menyedarkan kanak-kanak itu yang masih dalam dunianya sendiri tanpa menyedari kehadirannya disitu.

Kanak-kanak lelaki yang berambut perang itu tersentak lalu menoleh ke arah gerangan yang mencuit dagunya itu sebelum senyuman comel diukirkan.

"Hey, Alif buat apa dekat sini sorang-sorang? Kenapa tak duduk dengan kawan-kawan?" Tegur Safiyah lembut bersama tangan yang mengelus lembut rambut berwarna perang asli milik Alif.

"Alip windu ibu, tadi masa cerita tentang hari ibu tawan-tawan semua syeronok sebab tawan-tawan ada ibu. Alip aje tak ade ibu." Lirih sahaja suara kanak-kanak itu bersama air mata yang bertakung di kolam mata bulat itu.

Tiada banyak kenangan yang dia dapat ciptakan bersama ibunya. Hanya beberapa kenangan indah sahaja yang mereka sempat ukirkan.

Dia cemburu melihat rakan-rakannya mempunyai ibu yang setiap hari menggosok pakaian mereka, memandikan mereka, memakaikan baju untuk mereka, memeluk dan mencium mereka sebaik sahaja mereka bangun dari tidur dan menghantar serta mengambil mereka pulang dari tadika bersama senyuman yang ceria.

Manakala dia hanya mampu memeluk dan mencium frame gambar ibunya pada setiap malam.

Kehidupannya sangat berbeza dengan kanak-kanak yang lain. Memang dia kehilangan seorang ibu tetapi dia masih mempunyai babah. Tetapi babah dan ibu berbeza.

Hanya kadang-kadang sahaja babahnya akan bermain atau menghantar dan mengambilnya pulang dari tadika kerana lelaki itu selalu sibuk dengan pekerjaannya. Pakaian, kasut, makanan, mandian dan dodoian sebelum tidur hanya pembantu rumahnya sahaja yang melakukan itu buat dirinya. Kadang-kadang dia melakukannya sendiri kerana berjauh hati dengan sikap babahnya yang selalu bekerja. Bahkan waktu malam juga lelaki itu banyak menghabiskan masa di dalam pejabat kecil di rumah mereka kerana sibuk menyiapkan kerja.

Oleh itu dia lebih gemar berada di tadika Cahaya Intelek ini kerana di sini sahaja dia dapat merasakan belaian lembut dari Safiyah. Di sini juga dia sangat rapat dengan pembantu tadika ini iaitu Nina yang selalu menemaninya sehingga babah atau pemandunya datang mengambilnya pulang. Di sini dia menjadi kanak-kanak yang riang dan aktif tetapi di rumah dia merupakan seorang yang pasif dan pendiam.

❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]Where stories live. Discover now