💘BAB - 48

29.3K 842 115
                                    

Dahi mulus Safiyah yang dipenuhi dengan manik-manik peluh itu diusap lalu dikucup lembut. Rambut panjang wanita itu yang sedikit berserabai turut dirapikan.

Bibirnya melorekkan senyuman yang sinis melihat wajah polos yang sedang tertidur setelah aktiviti panas mereka yang agak lama.

Setelah pulang dari pejabat, sekali lagi isterinya itu 'dibelasah' sehingga wanita itu menangis kepenatan.

Dari pejabat sehingga ke rumah. Puas hati dia dapat menjamah setiap inci kulit gebu itu.

Dicium sekilas bibir wanita itu dan leher yang sudah dipenuhi dengan kesan lebam berwarna ungu itu turut dicium dan disedut perlahan menambahkan lagi kesan lebam di leher jinjang itu. Menandakan bahawa wanita itu adalah hak miliknya. Miliknya seorang.

"Ermmm." Safiyah yang terasa pedih di lehernya mula merengek kecil.

"Syhhhh." Rayden menepuk lembut punggung Safiyah seakan-akan mendodoi anak kecil.

Perut kempis Safiyah diusap lembut dan turut dilabuhkan sebuah ciuman hangat pada kawasan tersebut.

"Abang tak sabar nak tunggu bukti cinta kita wujud dekat sini."

Sejurus itu, tubuh langsing Safiyah diangkat dan diletakkan di tengah katil dengan gerakan yang perlahan bagi mengelakkan wanita itu terjatuh. Kedudukan isterinya diselesakan terlebih dahulu dan dia menyambung menepuk punggung wanita itu dengan lembut.

Setelah memastikan wanita itu sudah tidur, Rayden menarik duvet lalu menutup tubuh kecil itu sehingga ke paras bahu.

Dia melihat jam di skrin Iphonenya.

Pukul 1 pagi.

Dia mencium sekilas dahi Safiyah sebelum bangun dari tempat tidur mereka lalu baju yang bersepah di lantai bilik dikutip dan dimasukkan ke dalam bakul.

Tualanya dicapai dan dililit pada pinggangnya lalu berjalan masuk menuju ke bilik air.

Hampir 20 minit berada di dalam bilik air akhirnya dia keluar dan menyarungkan sehelai trackshuit dan sehelai t-shirt putih pada tubuh sasanya.

Dia perlu menyiapkan segala kerjanya yang tergendala sebentar tadi.

Sebelum dia keluar, sempat lagi dia mencium sekilas bibir merah jambu Safiyah yang sedikit bengkak dan berdarah kerana ciuman rakusnya sepanjang aktiviti panas mereka tadi.

"Sleep well, tesoro."

Duvet yang membaluti tubuh Safiyah dibetulkan sedikit lalu dia melangkah keluar menuju ke bilik pejabatnya di tingkat atas.

Terpaksalah dia bersengkang mata malam ini. Mujur dia masih belum mengantuk dan penat. Dia rasa dia yang kerja keras tadi, tetapi Safiyah yang tertidur penat. Hahaha.




💘💘💘


"Ermmm."

Safiyah yang sedang tidur terjaga kerana tekaknya terasa haus dan kering. Bahagian katil di sebelahnya dipandang dan diraba. Kosong. Rayden tiada di situ.

Mungkin sedang berada di bilik pejabatnya. Fikir Safiyah.

Dengan sisa tenaga yang masih ada, dia cuba bangun walaupun terasa agak payah dan ngilu pada bahagian bawah dan seluruh tubuhnya.

❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]Where stories live. Discover now