💘BAB - 74

32.2K 917 216
                                    

Wajah pucat Safiyah dibasahkan dengan kain yang bersih. Sambil membersihkan tubuh Safiyah, tidak henti-henti kalimah zikir yang dialunkan oleh Puan Samsiah. Tangan dan jari jemari anak perempuannya itu juga dilap dan dibersihkan dengan lembut dan perlahan. Sedikit bedak berjenama Baby Johnson dituangkan di atas telapak tangan lalu disapu pada wajah yang lembut itu. Biarpun anaknya itu masih tidak sedarkan diri, tetapi dia sangat menjaga kebersihan diri Safiyah agar sentiasa berseri. Dan dia juga tidak sanggup untuk melihat wajah pucat Safiyah yang sentiasa menyebabkan air matanya gugur.

Setelah selesai menghiasi Safiyah, dia melabuhkan punggung di kerusi yang disediakan bersebelahan pada katil anaknya itu.

Sepanjang tempoh sebulan ini, dia asyik berfikir dan mencari cara bagaimana untuk dia memberitahu kepada Safiyah mengenai salah seorang bayinya yang tidak dapat diselamatkan dan bagaimana juga untuk dia menerangkan kepada  Safiyah bahawa Encik Azman telah membuat keputusan untuk memisahkannya dari Rayden.

Sejujurnya dia kasihan dan jauh di lubuk hatinya, dia tidak sanggup untuk melihat perpisahan itu berlaku. Namun itu adalah keputusan suaminya, jadi dia tidak boleh membangkang atau menghalang penceraian itu dari berlaku.

"Fiya sayang, bila kakak nak bangun? Kakak dah lama sangat tidur. Bangunlah nak. Umi rindu kamu. Semua orang rindukan kamu. Bangun ya sayang?" Puan Samsiah bertutur lembut. Setiap hari dia berbual dengan Safiyah meskipun dia tahu Safiyah tidak akan membalas.

Senaskhah kitab suci Al-Quran yang berada di dalam beg yang dibawanya, dibuka dan kalimah-kalimah suci yang terkandung di dalam kitab agung itu mula dialunkan dengan merdu.

Sedang Puan Samsiah mengalunkan ayat-ayat suci itu, tiba-tiba jari Safiyah mula bergerak perlahan. Namun masih belum disedari olehnya.

Kelopak mata Safiyah bergerak-gerak perlahan sebelum terbuka separuh kerana sinaran cahaya lampu yang menusuk ke retina matanya. Bibirnya bergerak mahu menuturkan ayat namun terbatas. Oleh itu, jarinya digerakkan semula untuk memanggil uminya.

Sedang Puan Samsiah mengalunkan ayat-ayat suci itu, tiba-tiba dari hujung matanya, dia mula sedar akan jari jemari Safiyah yang sedang bergerak-gerak.

Pantas kitab suci itu ditutup dan diletakkan ke atas meja.

"Kakak? Kakak dengar suara umi tak?" Tanyanya cemas. Dahi Safiyah diusap lembut dan perlahan.

"Uu--ummii..." Perkataan pertama yang diungkapkan Safiyah setelah retina matanya menangkap jelas wajah Puan Samsiah.

Tidak semena-mena air mata Puan Samsiah mengalir laju bersama lafaz syukur yang tidak henti-henti diucapkan di dalam hatinya.

"Ya sayang, umi dekat sini. Alhamdulillah anak umi dah sedar." Dicium pula dahi mulus Safiyah.

Safiyah mengukirkan senyuman yang lemah buat uminya.

"Umi panggil doktor ya sayang?" Butang merah di tepi kepala katil ditekan oleh Puan Samsiah.

"Ummii..." Panggil Safiyah lemah.

"Ya sayang? Kakak nak apa-apa ke? Ke rasa sakit dekat mana-mana?" Soal Puan Samsiah prihatin. 

"Bbaby?" Wajah gelisah Puan Samsiah ditatap dengan penuh harapan. 

Wanita tua itu terkedu beberapa saat sambil cuba mencari ayat yang sesuai untuk diberitahu kepada anaknya itu.

"Kakak rehat dulu ya? Tunggu doktor datang." Dalihnya.

Namun Safiyah menggeleng lemah. Dia cuba menyentuh perutnya namun pergerakan tangannya terbatas. "Umi?" Tanyanya lagi. Hatinya mula diselubungi dengan perasaan yang tidak enak. 

❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]Where stories live. Discover now