Fifi's POV :
Keretaku diparkirkan di sebelah Audi merah milik Ary sebaik sahaja tiba di perkarangan sekolah. Tidak lama kemudian, baby Porshe milik Nia pula yang mengambil tempat di sebelahku diikuti dengan Rina.
Sudah seminggu berlalu sejak kejadian di kelas bersama Knightz.
Kami semua dikenakan denda dan diasingkan dari pelajar di kelas sepanjang waktu persekolahan.
Yup, principal RGH betul-betul mengamuk haritu.
Kami semua diberikan bimbingan dan juga kaunseling dari para guru di RGH. Tidak kurang juga dengan hiburan dari Quinns yang turut menyertakan diri mereka dalam 'menceriakan' hari-hari Darkrose dan Knightz selama seminggu di sekolah.
Tajam mataku memerhati sebuah kereta mewah berwarna putih yang baru sahaja memasuki perkarangan sekolah, sebelum bergerak ke kawasan parkir pelajar.
Kereta putih inilah yang sedang ditunggu kami sejak tadi.
Knightz.
Empat pelajar lelaki yang baru sahaja melangkah keluar daripada kenderaan tersebut aku perhatikan dengan penuh minat.
Kereta tersebut dipandu oleh ketua mereka, Rayyan. Namun sasaran Darkrose bukanlah tuannya tetapi kereta itu sendiri.
Rancangan diatur untuk memulakan serangan.
Kami semua sepakat bahawa rasa sakit hati dan amarah yang disimpan selama seminggu ini perlu ditebus semula.
Ary turut serius kali ini.
Hanya aku seorang sahaja yang tidak mengambil bahagian.
Just... not in the mood.
Sebaik sahaja Knightz meninggalkan kawasan parkir, aku terus melangkah keluar dari kereta lalu menghampiri kenderaan milik Nia di sebelah.
Cermin di bahagian pemandu diketuk perlahan.
Nia terus keluar dari kenderaannya dengan membawa bermacam-macam warna penyembur di tangan.
Senyuman sinis gadis itu terpamer. Rina turut keluar dari kenderaannya dengan senyuman yang serupa.
They're all too ready for this.
Tanpa sedar, senyuman sinisku turut terukir memikirkan akibat yang bakal ditanggung oleh Knightz selepas ini.
Aku mengatur langkah ke bahagian belakang kereta lalu mengeluarkan sebatang kayu besbol berwarna pastel pink.
My lil monster.
Gadis berambut merah turut keluar dari kenderaannya sebelum menghampiri kami bertiga. Kayu besbol pink yang berada dalam peganganku terus dilemparkan ke arah gadis itu.
Wajah Nia dan Rina dia pandang saat bersuara.
"We're gonna make this quick. Since Fifi doesn't want to join us, so dia cover area sini. I don't give a shit if we get caught after the job's done. But not before that. Got it?"
Gadis berambut merah itu bersuara serius, mengingatkan kami semua.
Rina dan Nia mengangguk tanda mengerti.
Aku perhatikan keadaan di sekeliling dengan teliti.
Cun!
Memang takde sesiapa pun dekat sini kerana sesi pembelajaran sudah bermula.
Tiga rakanku terus menghampiri kereta BMW berwarna putih yang dinaiki Knightz.
Aku kekal berjaga-jaga di tepi kawasan parkir yang paling hampir dengan tangga blok pelajar.
ANDA SEDANG MEMBACA
Young Blooded Mafia
Mystery / ThrillerWARNING : This story contains very strong language, drug abuse, and little torturing that might not be suitable for those who are underage. Read at your own risk though, you've been warned. ***** "There's still some time left for you to take a step...
