6 | Scared

261 28 1
                                        

Fifi's POV :

Beberapa jam di atas jalan raya dengan pemanduan Ary, akhirnya kami semua tiba di Ipoh.

Aku lihat gadis merah itu mendail nombor seseorang lalu meletakkannya ke dalam mode loudspeaker.

Aku melirik nama yang tertera di situ dan ianya adalah Nana.

Gadis itu mengangkat sebaik sahaja deringan pertama kedengaran.

"Nana?"

"Ye sa..ya..boss.." nafas gadis itu kedengaran tercungap-cungap.

"Huh..boss dah sam..pai ma..na?"

Wajahku serta-merta berkerut.

Dah kenapa pulak dia ni?

Aku terperasankan raut wajah Ary yang turut mempamerkan ekspresi sama.

"Aku dah sampai sini. On the way rumah."

Suara gadis merah itu kedengaran serius.

"Kau kenapa?"

"Huh..tu..jap, boss."

Talian di hujung sana berubah senyap secara tiba-tiba.

Hanya bunyi nafas kasar yang ditarik dan dihembus beberapa kali sahaja yang kedengaran.

Beberapa saat selepasnya barulah suara Nana kembali seperti sedia kala.

"Boss, sorry. Tadi Alex dengan Jack."

Nafasnya dihembus kuat lagi.

"DIORANG LEMASKAN SAYA!"

"What?!"

Rina di sebelahku menempik terkejut.

"Saya baru nak call boss tadi. Diorang campak saya dalam pool!"

Nia terus ketawa.

"Habis tu, kau okay ke tak ni?"

Gadis itu tetap menyoal keadaan Nana meskipun dalam tawanya.

Semakin lama semakin kuat.

"Nia ke tu?"

Nana mendengus di hujung talian. Kini nada suaranya berbaur dendam dan tidak puas hati.

"Tak guna kau gelakkan aku."

Semakin rancak Nia ketawa.

"Dah kenapa kau tak berenang naik je?"

"Haah yelah, memang aku ni pandai berenang kan?"

Penuh sarkastik Nana membalas.

"Dah lah dalam gila kolam tu, kau tahu tak?!"

Mendengarkan itu, aku dan Rina turut ketawa. Ary juga sudah tergelak kecil.

Memang di antara kami, hanya Nana satu-satunya manusia yang tidak pandai berenang.

"Siapa suruh kau tak pandai berenang kan?"

Nia membalas tidak mahu kalah saat sudah reda dari tawanya.

"Whatever."

Tanpa melihat wajah gadis itu aku sudahpun dapat mengagak reaksi wajahnya yang meluat.

Menghiraukan Nia yang masih mengusik, gadis itu berdehem beberapa kali sebelum kembali bersuara.

"Boss dah sampai sini kan?"

Ary yang masih memandu terus menjawab.

"Iya. Budak-budak ni dah siap ke belum?"

"Semua dah ready, boss. Barang-barang boss pun dah siap."

Young Blooded MafiaCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang