10 | Fire Against Fire

218 25 0
                                        

Nia's POV :

"APA?!"

Suara Darkrose bergabung memenuhi ruang tamu rumah penginapan kami itu.

Wajah mereka terkejut dan tidak percaya saat mengetahuu hal yang sebenarnya mengenai diri Ben.

Aku?

Fikiranku masih sedang memproses semua perkara yang baru sahaja disampaikan oleh Ary.

Semua mata kini terarah padaku. Beberapa daripada mereka beriak simpati.

She's lying..right?

Tak mungkin Ben pengkhianat.

Tak mungkin Ben..tipu aku...

"K-kau ti-pu kan...Ary?"

Akhirnya mata gadis itu bertemu denganku.

This can't be true.

Tubir mataku sudah mula bergenang dengan cecair jernih namun dikeraskan juga hati agar ianya tidak mengalir jatuh.

Namun di saat mataku menangkap gelengan kecil dari gadis berambut merah itu, terasa seperti satu objek yang tajam menikam tepat ke dalam jantungku.

Mataku terus dipejamkan rapat.

Segala perasaan kini bercampur baur menjadi satu. Peritnya hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Betapa sakitnya apabila kepercayaan itu dikhianati. Pedihnya apabila diberi janji namun akhirnya dimungkiri. Perasaan sebak mula mengambil alih tubuh dan emosiku.

Tidak menunggu lama, aku terus bangun mengatur langkah ke luar.

Setiap langkahku laju untuk menenangkan perasaan yang bercelaru. Gazebo sederhana besar yang berada di laman rumah tersebut menjadi tujuanku.

Tepat saat aku memijak permukaan rumput segar yang tumbuh di kawasan sekeliling gazebo itu, airmataku terus mengalir turun dengan laju tanpa mampu ditahan.

Mencurah-curah ianya jatuh seakan tidak mahu berhenti.

"Ke-napa kau.." aku teresak-esak sendiri. "...buat ma-cam ni?"

Tangisku menjadi-jadi.

Tangan kananku dibawa naik mencengkam dada, tepat di mana jantungku berada.

Berdetak laju, penuh dengan pelbagai rasa.

Hatiku yang sedia retak semakin retak. Tangan yang dibawa ke dada itu aku kepal sekuat hati hingga tubuhku menggeletar menahan perasaan.

Dan?

Menangis.

Ya, lagi dan lagi tanpa henti.

Akhirnya aku terduduk lemah di situ.

Nafasku ditarik perlahan lalu dihembus keluar dan rentak itu diulang beberapa kali. Berusaha untuk menenangkan diri sendiri namun malangnya tidak berjaya.

Aku mendongak memandang bulan dan bintang yang setia menemani di atas sana.

Mataku kembali berkaca-kaca lalu mutiara jernih itu mengalir lagi.

Kuat pada luaran tidak semestinya kuat pada dalaman.

Tidak hairan kenapa lelaki itu sering menghilangkan diri dari villa.

Ben jarang menyertai misi kerana terlalu banyak alasan yang diberikannya. Ary dan Alex juga sudah beberapa kali menyuarakan rasa pelik dan ketidakpuasan hati masing-masing.

Aku pula?

Aku yang selalunya menjadi penyelamat lelaki itu.

Aku yang akan menerangkan keadaan sebenar dia, bahkan memujuk baran Ary demi dia.

Young Blooded MafiaCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang