83 | Scars

36 6 0
                                        

3rd's POV :

Knightz dan Darkrose masih kelihatan gelisah.

Masing-masing menyendiri saat ini menantikan kepulangan si gadis merah. Mereka semua hilang dalam tanggapan yang bercampur baur.

Ary sudah ke tempat High Council pada awal pagi lagi. Orang kanannya dibawa bersama. Jadi tinggallah mereka yang masih berteka-teki tentang keadaan gadis itu.

Sejak pagi mereka menunggu dan sekarang sudah hampir senja namun bayang kedua-duanya masih tidak kelihatan.

"Dalam rumah ni memang takde dessert ke eh?" suara si gadis ungu kedengaran merungut perlahan.

Tangannya ligat membuka satu persatu drawer di dapur namun apa yang diinginkan tidak dijumpai.

Ketukan tiba-tiba di pintu dapur mengejutkannya yang sedang fokus menyelongkar.

"Raiz! Terkejut aku!"

"Kau rasa lama lagi ke kita kena tunggu?"

Gadis itu mengeluh lalu melabuhkan duduk. Penat mencari sejak tadi.

"Aku tak tahu."

"Semua orang taknak bercakap Rin." Raiz mengeluh. "Aku nak naik gila dah."

Si gadis ungu hanya mengangguk kecil. Dia tahu kerana dia juga begitu sejak Ary pergi.

Disebabkan gelisah yang dirasakan hampir membuatkan dia hilang akal juga lah yang membuatkan si gadis ke dapur mencari makanan. Berharap dapat berhenti daripada memikirkan perkara yang sedang dilalui rakan baiknya saat ini.

Bunyi pintu hadapan yang tiba-tiba kedengaran dibuka menyentakkan mereka berdua. Membulat mata si gadis ungu memandang Raiz sebelum berlari ke luar bersama.

"Jack?" Raiz menyoal seraya memperlahankan langkah saat sudah melihat gerangannya.

Bukan sang ketua yang diharapkan tetapi Jack rupanya yang membuka pintu. Si gadis ungu terperasankan kunci kereta di tangan lelaki itu saat dia berpaling.

"Kenapa? Aku nak keluar kejap ambik angin. Korang nak ikut?"

"Kau taknak tunggu boss?" Raiz menyoal.

"Aku nak tunggu. Tapi otak aku dah serabut. Aku nak keluar pusing area rumah ni je." langkahnya kembali diatur untuk ke luar saat menjawab.

Rina bersetuju tanpa berkata banyak. Baru sahaja dia ingin keluar diikuti Raiz di belakangnya, suara seorang lagi lelaki kedengaran.

Adam.

"Awak nak pergi mana, Rina?"

Mereka yang menyendiri sejak tadi akhirnya turun memunculkan diri satu persatu. Mungkin mula berasa sudah terlalu lama menunggu.

"Ikut Jack. Saya rasa nak cari dessert."

"Alex tak angkat call ke?" suara Luth pula kedengaran.

"Aku taknak ganggu diorang berdua." suara Fifi yang baru turun juga kedengaran menjawab.

Baru sahaja Luth membuka mulut ingin bersuara lagi, perhatian mereka teralih pada kenderaan yang dipandu Alex pagi tadi masuk ke perkarangan rumah.

Masing-masing terkedu seketika.

Menunggu si gadis merah melangkah keluar namun tiada. Pintu yang dibuka hanyalah di bahagian pemandu.

Alex.

Wajahnya tertekan memandang Knightz dan juga Darkrose yang hilang kata.

"She passed out." lelaki itu bersuara perlahan seraya melangkah ke tempat duduk belakang.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Jul 28 ⏰

Tambah cerita ini ke Pustaka anda untuk dapatkan notifikasi tentang bahagian baharu!

Young Blooded MafiaCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang