Ary's POV :
"SILENCE!"
Kami semua berpaling serentak. Dalam sekelip mata kekecohan dan pergaduhan sebentar tadi terhenti begitu sahaja.
Igor.
Fuck, bukan hanya Igor. Keempat-empat ahli High Council ada di sini.
"What in the hell you think you're doing?!" suara lelaki itu lantang kedengaran ke segenap ruang.
Liar mata keempat-empat atasan itu memandang kami semua. Aku perasan yang lain hanya menunduk sehinggalah renungan empat veteran mafia itu berakhir pada wajahku.
"Arlyssa, what-"
"Well, pardon me." aku memotong seraya mengangkat kedua-dua tanganku ke atas separa dada. "I am not involved in any of this shit."
Ketua Spain dan Thailand akhirnya tiba.
Tidak perlu bertanya banyak untuk mengerti keadaan situasi kami ketika ini.
Pucat wajah dua ketua itu saat melihat keadaan anak-anak buah mereka. Ditambah juga dengan sekujur tubuh kaku di lantai yang sudah bermandikan darah.
"Please, excuse me and my people." aku menunduk kepada keempat-empatnya. "Enjoy your evening."
Selesai aku bersuara, Ediz turut mengambil langkah yang sama.
"I believe only Spain and Thailand made the ruckus. With that, I'll be leaving. Please, excuse all of us, thank you." wanita Turki itu turut merendahkan badannya sedikit tanda hormat.
Hampir serentak, negara-negara lain yang tidak terlibat turut bersuara ingin meninggalkan tempat kejadian. Satu persatu melangkah pergi tanpa berpaling lagi.
Aku tahu masing-masing tidak ingin ikut campur bahkan tinggal lebih lama lagi di sini.
Di saat kakiku baru sahaja bergerak melangkah pergi bersama Darkrose dan juga Knightz, suara salah seorang ahli High Council menyapa pendengaranku.
Aku mengecamnya sebagai Cleo.
"Your punishment by tomorrow morning, Arlyssa." suaranya seperti sedang menahan marah.
Terdengar seperti ingin mengingatkan namun nadanya berbaur amaran.
"I'm aware." dengan itu, aku berlalu pergi.
Terlalu banyak perkara yang mampu mencetuskan kemarahan High Council saat ini ditambah juga dengan keputusan hukumanku sebentar tadi. High Council kurang bersetuju kerana begitu ramai yang bersuara agar hukumanku diringankan.
They had the authority but the final decision was influenced by the voices of other leaders.
Aku memilih untuk tidak menjawab sebarang pertanyaan dari Knightz dan juga Darkrose saat berjalan bersama sehinggalah kami semua melabuhkan duduk di dewan makan.
"Ary, kau memang taknak explain apa-apa?"
Aku mengeluh. I can't avoid the conversations much longer.
"You see..setiap kali meeting, benda macam ni memang akan jadi walaupun kita tahu kita kat tempat High Council. Sebab tu aku tak ambik risiko berlama dekat sini." suaraku yang perlahan menerangkan diterima baik oleh mereka.
Nampaknya Knightz dan Darkrose faham akan situasi saat ini kerana masing-masing hanya mengangguk.
Namun tidak Luth.
"Kenapa, boss? Kita boleh balik dah ke ni?Negara lain pon sama ? Memang semua orang takut ke dengan High Council ni, boss?"
Fifi mengeluh, penuh meluat dengan bebola mata yang sudah ke atas.
ANDA SEDANG MEMBACA
Young Blooded Mafia
Misterio / SuspensoWARNING : This story contains very strong language, drug abuse, and little torturing that might not be suitable for those who are underage. Read at your own risk though, you've been warned. ***** "There's still some time left for you to take a step...
