82 | Last Chance

25 8 0
                                        

Rayyan's POV :

"Siapa DeLuca tu?"

Aku hanya memerhati gadis merahku yang sudah melangkah pergi bersama rakan-rakannya.

Beberapa ahli Darkrose juga sudah mula menyoal Alex.

Aku hanya diam mendengar.

"Diorang nak pergi mana tu? Takpe ke kita biar lady boss pergi sorang?"

"Eh aku risau lah tengok yang mengandung tadi tu. Dia tak takut ke kalau dia tiba-tiba terberanak dekat sini. Perut dia besar betul!" siapa lagi kalau bukan Luth.

"Weh korang nampak tak gigi emas lelaki tadi?"

Si bingai Adam dari tadi sibuk pasal gigi emas lelaki tu.

Macam lah aku tak dengar dia duk bising kat tepi telinga Rina tadi.

"IYA, ADAM. KITAORANG NAMPAK." Nia akhirnya menjawab, kedengaran tertekan.

Tanpa berlengah, kami semua kembali melabuhkan duduk. Aku lihat Rina terus menyambung makan meskipun fokus ingin mendengar.

"Lelaki yang tegur boss awal tadi tu DeLuca. Leader Italy." Alex menjawab secara bersahaja.

Pastinya lelaki itu sudah mengagak yang lain akan menyoalnya selagi tiada jawapan.

"Takpe ke Ary pergi sorang?" Nia menyoal lagi.

"It's fine."

Dalam diam aku menghembus nafas lega.

To say I was restless would be an understatement. I was on the verge of losing my freaking mind thinking about her and everything related to this council.

Aku risaukan dia. Aku takut jadi apa-apa dekat dia.

"Lelaki yang kedua tu Jared Thiago. Abang angkat boss. Leader German."

Abang angkat?

"Abang angkat dia?" yang terlintas di hati terluah dari bibirku.

"Yup, plan asal kita sebenarnya nak pergi tempat dia lah."

"Maksudnya..Isabella tu ada dengan dia? Lelaki tadi tu?"

Alex mengangguk pertanyaan Nana.

"Boss nakkan protection yang secure untuk Isabella. Masa dia tinggalkan Isabella dekat sana, Jared dah lebarkan sayap ke merata tempat. Kumpulan mafia besar dengan beribu pengikut. Boss tahu takde siapa yang berani sentuh family dia."

"Budak kecik tu kenal boss tak Lex?"

Tangan sasa lelaki itu serta-merta di dada. Gayanya seolah-olah terasa dengan pertanyaan Luth sebentar tadi.

Aku tergelak.

Sejak bila Alex suka berdrama ni..

"Of course she knew her mother. Setiap tahun boss tak pernah miss jumpa dia. Setiap kali birthday dia boss akan fly German. Kecuali tahun lepas."

Aku perasan yang lain mengangguk tanda mengerti.

Ary sering ke luar negara. Aku mula belajar bahawa ianya hanyalah satu kebiasaan di dalam kehidupan Darkrose.

Adam yang hanya diam akhirnya menyampuk.

"Habistu yang gigi emas tu siapa pulak? Abang angkat dia jugak?"

"Bukan. Lelaki tu wakil Greece. Konstantin Kouriakis."

"Kukakis? Kuku kaki?"

BINGAI !

Serentak aku dan yang lain ketawa. Jack dan Nana sudah menepuk meja manakala Fadh terus menekan perutnya kerana terlalu galak ketawa.

Bongok lah Adam ni.

Young Blooded MafiaCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang