💘BAB - 13

32.4K 1.1K 64
                                    

"Bila Rayden nak sampai ni bang? Macam mana kalau calon yang dia bawa datang tu perangai tak senonoh? Macam mana kalau yang dia bawa tu jenis yang pakai baju tak cukup kain? Risau saya ni bang." Bebel Puan Raishah yang sejak dari tadi melihat ke arah jam.

Dia cuma risau calon yang Rayden bawa balik tidak menepati ciri-ciri calon menantu pilihannya. Baginya anak kepada sahabat suaminya itu sudah cukup terbaik buat dia. Tetapi mendengarkan nasihat Tuan Rasyidi untuk melihat dahulu pilihan hati Rayden jadi dia terpaksa akur.

Jika memang yang Rayden bawa datang tu jenis yang pakai tak cukup kain akan dia halau dari rumahnya tanpa teragak-agak. Walaupun dia tahu anak lelaki dia seorang mafia yang kejam tetapi dia mahukan seorang gadis yang baik untuk mendampingi anak sulungnya itu.

"Sabarlah yang, kejap lagi sampailah tu. Cuba jangan fikir yang bukan-bukan. Kita tak tengok lagi macam mana rupa pilihan Rayden tu jadi tak boleh nak memandai buat andaian. Dia dah besar dia tahu apa yang terbaik." Balas Tuan Rasyidi tenang sambil menonton berita di kaca televisyen.

"Betul cakap Daddy tu Mummy. Pandai-pandailah Ray tu pilih. Tapi kalau Mummy tak suka dengan yang dia bawa balik tak apa biar Qal yang tolong hantarkan perempuan tu balik. Qal suka jenis-jenis yang pakai tak cukup kain ni. Aumm!" Lantas ketawa dihamburkan apabila melihat Mummy nya memandang tajam ke arahnya.

"Tak apa, Daddy pun boleh tolong hantarkan perempuan tu balik. Lama dah tak dekat-dekat dengan jenis yang pakai macam tak cukup kain ni. Rindunya lah zaman muda-muda dulu." Sambung Tuan Rasyidi yang sengaja mahu mengusik isteri kesayangannya itu.

Rayqal yang sedang tertawa itu semakin kuat mentertawakan Mummy nya yang bila-bila sahaja boleh meletus. Perut yang senak ditekan kuat kerana terlalu banyak ketawa.

Puan Raishah menatap tajam ke arah dua beranak yang sedang berhigh five sambil seronok mentertawakan dirinya.

Dua beranak itu sama sahaja termasuk seorang lagi anak bongsunya yang sedang menetap di luar negara. Ketiga-tiga beranak itu gemar menyakat dia terutama sekali si bapa. Cuma Rayden sahaja yang jarang mengusik kerana anak sulung dia itu lebih gemar bermanja-manja dengan dirinya.

Tak sedar diri yang usia tu dah 50 siri ada hati nak mengorat gadis-gadis yang muda.

'Ouh rindu zaman muda-muda dulu ye.' Getus hati Puan Raishah sambil menahan amarah.

Lantas dua buah bantal sofa diambil lalu dibaling tepat ke arah kepala dua beranak itu. 

Terhenti gelak tawa sang bapa dan anak itu apabila melihat tatapan membunuh dari Puan Raishah.

"Memandangkan abang rindu zaman muda-muda dulu, apa kata malam ni abang tidur luar? Samakan macam zaman muda-muda dulu?" Soal Puan Raishah sinis.

Terus berubah air muka Tuan Rasyidi mendengarkan ugutan itu.

Tidur luar tu bukannya tidur luar bilik, tetapi tidur luar rumah. Begitulah zaman muda-muda mereka berdua dahulu semasa anak-anak masih kecil. Kadang-kadang sampai 2 hari Tuan Rasyidi tidur di pondok pengawal keselamatan di rumahnya apabila dia melakukan kesalahan. Biasalah bekas playboy juga Tuan Rasyidi itu.

Manakala, Rayqal pula sedang mengetap kedua bibirnya mengawal diri dari meletuskan tawa apabila melihat wajah pucat Daddy nya.

Sudah dia lali dengan pergaduhan manja kedua orang tuanya itu. Bergaduh kecil lepastu bermanja-manja di hadapan anak-anak tanpa memikirkan perasaan mereka yang single itu.

"Eh sayang! Alolo abang gurau je. Takkan abang nak buat macam tu. Tahukan abang ni setia orangnya? Janganlah marah-marah nanti cepat tua abang cari yang lain betul-betul kang." Bukan mahu memujuk malah sengaja ditambah minyak kedalam api yang sedang membara.

❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]Where stories live. Discover now