𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐍𝐀𝐋𝐀𝐍

17.1K 304 3
                                    

༘♡ ·˚꒰welcome to my fanfiction꒱ ₊˚ˑ

-ˋˏ✄┈┈ The Patient Husband
His Dazzling Sweetheart ┈ *ੈ𐙚

💌 DEDICATION 💌

His eyes held the endless love for her...

⚠️ PERINGATAN ⚠️

✎ Karya ini adalah karya asli saya. Tiada istilah menciplak atau meniru karya orang lain. Tidak juga berkait dengan mana-mana pihak.

✎ Saya ucapkan kata maaf sekiranya sketsa di dalam karya ini tersama dengan mana-mana karya. Mungkin itu hanya kebetulan. Saya sudah pun sedaya upaya mengolah dan mencari idea sendiri.

✎ 90% karya ini ditulis di dalam bahasa Melayu. Namun masih terselit 10% dalam bahasa asing.

✎ Jangan terlalu mengharapkan standard yang tinggi. Mungkin karya ini tidak menepati citarasa anda. Saya harap anda tidak mudah melatah sekiranya sketsa di dalam karya ini mempunyai unsur clishe, cringe dan spicy yang keterlaluan.

✎ Pembacaan karya ini merupakan risiko dan tanggungjawab masing-masing. Saya tidak memaksa atau mendesak anda memilih karya saya sebagai bahan bacaan. Saya menyarankan pembaca mestilah berfikiran matang dan terbuka untuk memilih karya yang baik buat diri sendiri.

✎ Terima kasih kerana memilih karya ini untuk dibacakan. Di mana baiknya, sila manfaatkannya sebagai pengajaran mahupun iktibar. Di mana buruknya sila buang jauh-jauh ke meteor.

✎ Saya bersuka cita sekiranya anda sudi menambah vote dan komen yang murni bagi menaikkan seri dalam karya ini. Jangan membiarkannya keseduan. Saya memerlukan sokongan anda.

✎ Sebarang kesalahan ejaan dan tatabahasa, sila ketemukan di ruangan komen dengan penuh tatatusila.

*ੈ˚LOVE TROPE

- Childhood Crush
- One Sided Love
- Second Chance

*ੈ˚ GENRE

ROMANCE
(This story have two part. One part when they're teen and second part when they're adult)

*ੈ˚ GARIS MASA

- OLD VERSION -
MULA : 29 / 07 / 2021
TAMAT : 23 / 10 / 2021

- NEW VERSION -
MULA : 10 / 08 / 2022
TAMAT : 30 / 07 / 2023

*ੈ˚ WATAK

(face reveal only at
Pengenalan Part II)

*ੈ˚PERWATAKAN

Lutfi Ukail : Penyabar, Setia, Soft Spoken, Calm, Humble, Tolerant, Kuat ilmu agama, Never give up in love
Haura Adelia : Angkuh, Ego, Degil, Dingin, Demand, Kuat Memberontak, Sarkastik, Narsistik, But she changed finally

If you're willing to follow me on
others social media :
IG : @herabutterfly
TT : @herabutterfly_

ALL RIGHT RESERVE 2021
HERABUTTERFLY ®

▌│█║▌│ █║▌│█│║▌║

*ੈ˚SINOPSIS

Kisah mereka bukan kisah biasa. Hero terlalu tabah dan sabar. Heroin pula bagai tiada hati perut langsung. Tidak pernah ada sekelumit perasaan kesian mahupun hargai pada yang setia menanti dan mencintainya.

Lutfi Ukail. Terdengar indah nama yang diseru. Apatah lagi wajahnya. Juga suaranya yang acap kali memuji kebesaran Ilahi dan mengalunkan kalam Yang Esa. Hero idaman buat para gadis. Lembut bicaranya. Penyabar. Pemaaf. Dipandang sujana oleh semua insan. Tinggi ilmu agama. Namun tika ujian menghambat diri, dia juga insan biasa. Lemah dan terpedaya dengan godaan.

Haura Adelia. Terlihat ayu dan sopan apabila membaca sebaris nama itu? Jauh panggang dari api! Angkuh! Ego! Berlagak! Degil! Sarkastik! Narsistik! Kuat memberontak! Namun masih ada insan yang mengaguminya dalam diam. Dia tidak tahu mengapa insan tersebut suka memerhatikannya dalam diam. Tetapi yang pasti dia amat membenci dan menyampah insan itu! Insan itu acap kali menjadi perhatian semua orang! Konon baik, alim, suci! Entah-entah hipokrit! Munafik! Penunggang agama! Disebabkan kebencian yang mengundang, dia sanggup mencemarkan maruah insan tersebut walau maruahnya juga ikut tercalar.

Suatu saat, mereka ditakdirkan dalam sebuah perhubungan. Dulunya, Haura sekadar gadis dambaan Lutfi. Namun kini Haura adalah tanggungjawab sepenuhnya buat Lutfi. Dia tegarkan hati untuk bersabar dan bertahan demi melayani pelbagai kerenah serta sikap buruk yang sengaja dilakukan oleh Haura. Adakah hati perempuan yang membeku dan egois itu akan mencair kerana seorang lelaki? Adakah hina jika tangisan seorang lelaki ditangiskan untuk perempuan?

 Adakah hati perempuan yang membeku dan egois itu akan mencair kerana seorang lelaki? Adakah hina jika tangisan seorang lelaki ditangiskan untuk perempuan?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
LUTFI HAURAWhere stories live. Discover now