MASIH bercengkrama dengan air mata dan rasa melankolik di jiwa. Itulah Haura selepas pulang dari kapal persiaran kelmarin. Tidak henti dia memikirkan Lutfi yang tampak mesra dengan perempuan itu. Kebetulan pula Haura terbaca di dalam laman sesawang kategori perniagaan negara bahawa ramai sedang menggosipkan tentang Lutfi dengan perempuan itu yang bernama Wardah.
Ada ramai yang memberi komen bahawa Lutfi dan Wardah itu terlihat sepadan ketika di majlis itu memandangkan mereka berada di meja makan yang sama. Tidak dinafikan. Wardah itu juga cantik, berketrampilan wanita solehah dan yang paling penting, Wardah merupakan anak kepada rakan perniagaan Dato Uzair. Ada juga yang menyatakan bahawa Lutfi dan Wardah bakal bertunang pada tahun ini. Itu belum pasti sahih atau tidak.
Haura membelek kotak berwarna putih. Isi di dalamnya merupakan rantai ukiran namanya sendiri dalam tulisan jawi yang pernah dihadiahkan Lutfi dahulu. Namun dia langsung tidak menghargai. Sedikit pun Lutfi tidak membuat muka terkilan dengan sikapnya. Dia sedar dia bodoh. Bodohnya dia yang sudah membuat Lutfi pergi namun dia juga yang menginginkan Lutfi kembali.
Ketukan pintu bilik di luar serta seruan Puan Haslina membuatkan Haura pantas mengesat air matanya. Kesayuan yang membungkam di atmanya segera dibuang jauh. Haura menyahut seruan Puan Haslina sejurus membuka pintu bilik.
"Kenapa mummy?" Terkuntum senyuman Haura yang berselindung dengan wajah yang dilanda kesedihan tadi.
"Lambat buka pintu? Buat apa? Call boyfriend eh?" Puan Haslina seakan curiga. Kepalanya cuba mencuri pandang ke dalam bilik Haura.
"Mana ada mummy. Siapa lah nak jadi boyfriend Haura ni kan?" Haura ketawa palsu di hujung kata.
"Tahu pun" Balas Puan Haslina agak menusuk. Haura sedikit terkedu. Nak marah tapi kena sabar.
"Mummy ingat nak pergi rumah Datin Lydia petang nanti. Haura nak ikut?" Puan Haslina mempelawanya.
Haura agak ceria tatkala mendengarnya namun teringat semula tentang Lutfi membuatkan dia kembali dalam lembah kesayuan.
"Tak nak lah" Haura menolak sementahnya.
"Ikut ja lah. Haura boleh jumpa Lateeq. Ini lah masa dan peluang untuk Haura berkenalan dengan Lateeq" Puan Haslina memberi pendapat. Haura terdiam sejenak.
"Erm mummy kenal Wardah tak?" Haura cuba bertanya kepada Puan Haslina. Mana tahu Puan Haslina lebih mengetahui kan?
"Wardah? Siapa Wardah?" Puan Haslina berkerut dahi.
"Haura pun tak tahu. Haura cuma terbaca dekat media tadi. Wardah tu kawan Lutfi merangkap anak kawan kepada Dato Uzair" Jawab Haura. Puan Haslina memetik jari tanda dia mengenali dan mengingati gerangan yang ditanyakan Haura itu.
YOU ARE READING
LUTFI HAURA
Romance❝𝒕𝒉𝒆𝒓𝒆'𝒔 𝒂 𝒘𝒆𝒊𝒓𝒅 𝒑𝒍𝒆𝒂𝒔𝒖𝒓𝒆 𝒊𝒏 𝒍𝒐𝒗𝒊𝒏𝒈 𝒔𝒐𝒎𝒆𝒐𝒏𝒆 𝒘𝒉𝒐 𝒅𝒐𝒆𝒔𝒏'𝒕 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒚𝒐𝒖❞ 📌 Complete || New Version 📌 known as The Stoical Love Tampak gayanya seperti bermain namun tulus hatinya benar menginginkan insan...