𝟎𝟔𝟐 | 𝐍𝐀𝐅𝐊𝐀𝐇 (𝐍𝐕) ✓

3.4K 74 2
                                    

PERTEMUAN antara Lutfi dan Haura di pantai tadi membawa mereka ke momen bahagia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PERTEMUAN antara Lutfi dan Haura di pantai tadi membawa mereka ke momen bahagia. Mereka saling memaafkan dan melupakan sengketa lama. Lutfi mengajak Haura untuk bermalam dengannya di Dash Resort yang baru saja ditempah Lutfi. Haura yang sebelum ini hanya menetap di bilik hotel kecil itu mengangkut kesemua barangannya untuk mengikuti Lutfi. Begitu juga dengan Lutfi yang meninggalkan Luth seorang diri di hotel. Almaklumlah Lutfi dan Haura sudah berbaik, tentu saja mahu bermalam sekali.

Lutfi menarik tirai bagi menutupi pintu gelangsar itu. Tubuh Lutfi berpaling ke arah Haura yang duduk menantinya di atas katil. Lutfi tersenyum lekas mara ke arah Haura. Wajah Haura ditatapnya penuh candu. Lutfi mengeluarkan kotak baldu berwarna merah dari poket seluarnya. Cincin dari dalam kotak itu turut dikeluarkan. Haura hanya memerhatikan tindak laku Lutfi itu.

"Kenapa awak tanggalkan cincin dari jari awak? Awak tak sudi jadi isteri saya lagi?" Lutfi meraih tangan Haura lalu menyarung cincin emas di jari manis Haura.

Sebelum Haura membawa diri ketika dihalau pulang oleh Lutfi semasa di hospital itu, Haura ada meninggalkan cincin pemberian Lutfi itu di rumah mereka. Mulanya Lutfi tidak perasan Haura menanggalkan cincin itu sehinggalah saat Lutfi mahu bertandang ke Kota Langkawi untuk mencari Haura.

"Saya bukannya tak sudi. Tapi saya rasa tak layak lagi. Cincin ni disarung oleh awak untuk memperisterikan saya bagi penuhi permintaan Lateeq yang inginkan mommy bersama dia. Lagipun awak pernah kata awak kahwin dengan saya sebab mama dan Lateeq. Jadi cincin ni hanya menjadi pengikat asbab mama dan Lateeq. Bukan keinginan awak. Bila Lateeq dah pergi, cincin ni ibarat tak ada makna sebab saya sangka awak akan ceraikan saya nanti" Haura berkata sambil memandang Lutfi di hadapannya itu.

"Saya minta maaf sebab dah sakiti awak dengan perbuatan dan percakapan saya sebelum ni. Saya buat awak seolah tiada istimewa sebagai isteri saya sebelum ni. Saya terlalu ikutkan hati dan ego dalam menguji awak sebelum ni" Lutfi meluah.

"Menguji saya?" Haura berkerut kening tidak mengerti.

"Perkahwinan kedua kita terbina atas kehendak saya. Bukan paksaan dari mama atau permintaan Lateeq. Itu hanya alasan yang diberikan kerana ego. Saya masih sayangkan awak ketika itu, kini dan selamanya. Saya ikhlas memperisterikan awak. Saya yang datang meminang awak. Saya yang minta izin dengan mummy nak berkahwin dengan awak semula. Tapi saya masih ada keraguan dengan awak. Saya sedar tak sepatutnya saya meragui keikhlasan awak dan terperap dalam kenangan silam kita dahulu sehingga menyebabkan saya sengaja menguji awak untuk lihat sejauh mana awak mampu bertahan dalam hubungan kita. Saya sengaja layan awak acuh tak acuh supaya awak rasa apa yang pernah saya rasa. Saya biarkan diri saya memendam dan sakit hati sampai saya sanggup mengabaikan awak. Saya benci diri saya sebab dah sakiti awak dan buat awak tinggalkan saya. Saya minta maaf sayang" Lutfi mengelus kekura tangan Haura di pahanya.

LUTFI HAURAWhere stories live. Discover now