𝟎𝟐𝟏 | 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐈𝐍𝐓𝐀𝐀𝐍 (𝐍𝐕) ✓

1.5K 73 15
                                    

╔═════════ஓ๑♡๑ஓ═════════╗

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

╔═════════ஓ๑♡๑ஓ═════════╗

"Lelaki (suami) itu pelindung bagi perempuan (isteri), kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana mereka (lelaki) telah memberikan nafkah dari hartanya"
- Surah al-Nisa' 4:34

╚═════════ஓ๑♡๑ஓ═════════╝

PENUH girang dan senang hati menjujut hati Haura. Mana tidaknya, hari ini Lutfi membelanjakan segala kehendaknya. Bermula dengan Nike Air Force 1 yang baru seperti janji Lutfi untuk menggantikannya. Namun bukanlah warna yang sama. Haura memilih warna dan reka bentuk yang lebih mahal. Buat apa dia mahu membeli benda yang sama kan? Kasut yang terkena lumpur semalam masih boleh dicuci.

Kemudian, mereka menjejaki ke H&M dan Uniqlo. Pakaian di tubuh dari dua buah kedai berjenama itu hampir memakan nilai sehingga 1000. Bila diberi muka sebegitu, makin menjadi-jadi pula hawa nafsu Haura untuk membeli-belah. Haura juga mengajak Lutfi untuk ke Watson dan Sephora. Dia membeli barang penjagaan wajah serta alat solek. Bukan main melebar sengihan Haura sepanjang detik kerana Lutfi memenuhi kehendakanya.

"Eh kedai BBW lah. Awak nak masuk beli perfume atau body shower tak?" Lutfi menawarkan kepada Haura.

Lutfi tidak kisah pun Haura menghabiskan wangnya. Apa salahnya sekali sekala dia membelanjakan kesemua keinginan Haura.

Langkah Haura terhenti. Mata memandang kedai Bath Body & Work di depan mereka itu. Sudah cukup pembelanjaan hari ini ikutkannya. Lagipun, dia tidak mahu minyak wangi berjenama Bath Body & Work. Dia hanya memakai minyak wangi berjenama Chanel, Dior, Ysl. Setakat Bath Body & Work ini hanya disemburkan di dalam rumah saja.

"Kau nak beli perfume dekat sini ke? Bukan ada bauan lelaki pun" Haura menjongket kening.

"Saya nak beli perfume untuk adik saya. Sebagai hari jadi dia. Haritu saya tak sempat nak beli hadiah untuk dia" Balas Lutfi membangkitkan ketidakpuasan hati Haura.

"Hadiah apa lagi? Bukan haritu kau ada bawa dia pergi makan?" Haura menyoal dengan rasa bengang.

Cukuplah Lutfi sudah membelanjakan Ulyana makan di luar sana. Buat apa mahu menghabiskan duit untuk Ulyana itu lagi? Patutlah Lutfi ada mengambil Tinted Lip Oil berjenama Rare Beauty secara senyap tadi di Sephora. Dia menyangka Lutfi akan memberi kepadanya. Tetapi tentu Lutfi akan memeri kepada Ulyana. Lagipun Ulyana pernah meminta barangan solekan daripada Lutfi.

Urgh! Geram betul dengan Ulyana itu! Menghabiskan duit suaminya!

"Bawa pergi makan tu biasa ja. Macam rutin selalu juga. Ini saya nak belilah sesuatu yang special untuk dia"

"Kau ajak aku keluar ni sebenarnya tak ikhlas kan? Hanya untuk teman kau beli hadiah Ulyana" Haura membuat sangkaan dengan raut wajah yang muram itu.

Haura rasa agak tersinggung dengan Lutfi. Kerana Lutfi sanggup melebihkan orang lain berbanding dirinya sedangkan mereka berdua di kala ini.

LUTFI HAURAWhere stories live. Discover now