𝟎𝟑𝟑 | 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐌 (𝐍𝐕) ✓

2.1K 71 24
                                    

TERIAKAN suara Fatiya memanggil Haura di luar bilik mampu menyedarkan Haura dari beradunya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TERIAKAN suara Fatiya memanggil Haura di luar bilik mampu menyedarkan Haura dari beradunya. Lagipun Haura baru saja injak ke alam mimpi. Belum sepenuhnya. Haura gagahi untuk bangun jua seraya menguak pintu bilik. Tergamam dirinya melihat Lutfi yang dipangku oleh Fatiya penuh cemas itu.

"Kenapa dengan Lutfi ni?" Bersilih ganti mata Haura memandang Fatiya dan Lutfi dengan keliru. Fatiya menolak Lutfi ke Haura.

"Dia ma─macam mabuk" Gugup Fatiya memberitahu. Lantas melarikan dirinya ke dalam bilik tidur.

"Kau mabuk Lutfi? Takkanlah kau minum arak pula?" Haura menutup pintu bilik sambil memandang Lutfi di hadapannya dengan aneh.

Lutfi yang masih diarus khayalan itu menarik pinggang Haura merapatinya. Wajahnya disebamkan ke leher Haura. Semerbak haruman manisan bauan bunga di tubuh Haura itu masuk ke rongga hidung Lutfi. Membuatkan Lutfi makin terangsang. Haura memang sejenis memakai minyak wangi di dalam rumah.

"Lutfi?! Kau okay tak? Kenapa ni?" Haura cuba menolak tubuh Lutfi menjauhinya namun tewas.

Makin kuat Lutfi melingkari pinggangnya sehinga terasa setiap tekanan di wilayah pinggangnya. Rahang Haura juga dicengkam dan dibelai Lutfi.

"Kau dah kenapa Lutfi?" Intonasi Haura mula berubah. Mengendur ketakutan. Debaran di dada juga tidak sekata. Perlakuan Lutfi terlihat asing di matanya.

Haura menolak tubuh Lutfi sekali lagi. Lekas dia berjaya melarikan dirinya menuju ke atas katil. Lutfi mengekori Haura sehingga ke atas katil. Tubuh Haura ditolak Lutfi agar terlentang di atas katil. Lutfi naik menindih di atasnya. Pergelangan tangan kanan Haura dicengkamnya kuat.

"Lepaslah Lutfi! Kau sedar tak apa kau cuba buat ni?!" Haura memukul dada Lutfi dengan tangan kirinya. Juring matanya juga mula membasahi.

Haura masih kuatkan diri untuk melawan. Bantal di tepi kepalanya diambil lalu dilemparkan ke arah Lutfi sehingga tubuh Lutfi jatuh dari atasnya. Haura bangun merangkak untuk turun. Tubuhnya kini di ambang lemah memandangkan demamnya belum kebah sepenuhnya. Dicampur baur emosi yang tidak stabil kerana ketakutan.

Lutfi menarik kaki Haura supaya terlentang semula. Lutfi tidak memberi peluang untuk Haura melepaskan diri lagi. Kedua-dua pergelangan tangan Haura dicengkamnya. Tubuhnya juga berjaya mengunci Haura untuk tidak bergerak lagi.

"Tak nak lah Lutfi! Aku tak bersedia!" Nyaring Haura menjerit dalam tersedu-sedan menelan tangisan.

Bibir Haura menjadi mangsa Lutfi untuk dikucup. Haura mengelak wajahnya dari membiarkan bibirnya bertembung bibir Lutfi namun Lutfi semakin agresif sehingga berdarah bibir Haura dibuatnya. Leher dan lurah dada Haura juga menjadi tempat bibir serta lidah Lutfi bekerja.

LUTFI HAURAWhere stories live. Discover now