𝟎𝟓𝟑 | 𝐏𝐀𝐒𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 (𝐍𝐕) ✓

3.4K 112 9
                                    

LATEEQ merupakan insan yang paling gembira selepas mendengar bahawa ibu bapanya akan kembali bersama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

LATEEQ merupakan insan yang paling gembira selepas mendengar bahawa ibu bapanya akan kembali bersama. Haura sudah memberi jawaban dengan menerima pinangan Datin Lydia itu selepas beberapa hari diberitahui oleh keluarganya pada malam itu. Haura tidak kisah sekiranya Lutfi akan menikahinya dalam keadaan terpaksa. Dahulu, dia juga begitu kerana tidak mahukan Lutfi. Tapi tidak mengapa. Haura pasti sekeras-keras Lutfi yang seakan menolaknya, pasti ada juga tempat untuknya bertakhta di hati Lutfi.

Haura menganggap pernikahan yang bakal terjalin antara mereka kelak sebagai hubungan untuk menebus khilafnya yang lalu dan membaiki ke arah yang lebih baik. Dia berjanji untuk menjadi isteri yang terbaik terhadap Lutfi. Dia mahu Lutfi mendapat kebahagian bersamanya. Dia juga mahu Lateeq mempunyai ibu bapa yang tinggal sekali dalam membesarkannya.

Datin Lydia yang banyak membuat segala persiapan mereka. Dari baju, pelaminan hingga ke jemputan. Namun semua itu ditempah setelah Datin Lydia memastikan citarasa Haura. Jadinya Lutfi dan Haura hanya ke tempat kerja seperti biasa. Tidaklah sibuk sangat mahu mengejar masa mereka. Lagipun mereka akan bernikah setelah 3 bulan menyiapkan segalanya.

Haura keluar dari bilik percubaan pakaian selepas menyarungkan pakaian berbaju kebarung moden berwarna putih di tubuh. Jika ada yang tidak berkenan, pereka fesyen akan membaiki semula. Lutfi yang berada di sofa bersama Datin Lydia menantinya. Terpesona mata Lutfi saat melihat Haura keluar dari bilik percubaan pakaian. Dia tidak sedar betapa dirinya sedang terpukau saat ini.

"Okay tak mama?" Haura menyoal meminta pendapat Datin Lydia setelah meragakan pakaian di tubuhnya.

"Okay sangat. Cantik bila Haura pakai" Datin Lydia menjawab teruja.

"Mestilah cantik. Tengok pengantin lelaki pun sampai tak lepas pandang" Pereka fesyen itu menyampuk setelah memerhatikan Lutfi.

Lutfi yang sedari diperhati itu segera menunduk wajah seolah menyibuk membelek majalah di tangan. Dia segan tatkala diusik begitu. Memerah wajahnya. Haura juga begitu. Datin Lydia tergelak kecil dengan mereka.

ᥫ᭡

TIBA detik yang mendebarkan buat Lutfi mahupun Haura untuk disatukan kembali. Lutfi sudah berada di meja akad nikah bersama wali Haura dan para saksi. Haura pula berada di pelaminan sambil ditemani Puan Haslina di sampingnya. Lateeq berada di bawah bersama Datin Lydia serta ahli keluarga yang lain. Majlis pernikahan mereka diadakan di Glass Hall dengan berkonsepkan Indoor Garden.

Walau awalnya Haura menyatakan dia tidak mahu membuat secara besar-besaran. Cukuplah bersederhana. Namun bagi Datin Lydia, dia tidak kisah mahu melabur banyak wang untuk majlis pernikahan anak dan menantunya. Dia gembira menerima Haura sebagai menantu dan dia mahukan orang lain turut mengetahui kegembiraannya tersebut dalam meraikan majlis pernikahan mereka.

Lagipun mereka hanya mengadakan majlis pernikahan. Tiada majlis resepsi yang dicadangkan selepas itu. Disebabkan itu diadakan dengan bermewah dan bermegah. Padanlah mereka kan mampu menampung segala perbelanjaan tersebut.

LUTFI HAURAWhere stories live. Discover now