𝟎𝟓𝟗 | 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐀𝐋 (𝐍𝐕) ✓

2.4K 72 15
                                    

KELIHATAN canggung dan sendu suasana di situ walaupun melihat banyak kasut melempar di hadapan pintu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KELIHATAN canggung dan sendu suasana di situ walaupun melihat banyak kasut melempar di hadapan pintu. Kereta tersusun di halaman parkir. Dua khemah juga terpacak di halaman rumah itu. Ini bukan acara majlis kemeriahan atau meraikan. Namun acara yang mengayat dan memilukan hati. Tak lama lagi, jenazah bakal dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.

Haura bersama hati yang cukup rapuh ditambah tangisan yang tidak henti mengalir segera melangkah ke dalam rumah. Tubuh kecil terbujur kaku dibaluti dengan kain kafan itu berada di tengah ruang tamu. Mata terkatup rapat. Wajah suci dan mulus. Berseri walau nyawa tidak terisi lagi.

Haura menghampiri di tepi jenazah tersebut. Hampir saja dia terlepas kucupan terakhir kerana pihak yang menguruskan jenazah mahu menutupi wajah jenazah tersebut. Meraung kesayuan di dalam jiwa Haura saat melihat jenazah tersebut sudah tidak bernyawa lagi.

Lateeq Hayn. Sekejap sahaja Allah meminjamkannya kepada mereka. Lateeq sudah kembali ke Maha Pencipta selepas lima hari koma di dalam ICU. Sepanjang hari itu juga, Haura menghilangkan diri jauh dari kota. Dia amat merindui anaknya namun apakan daya hatinya cukup sakit dengan layanan yang diberikan Lutfi.

Lutfi langsung tidak mempedulikan Haura sedangkan Lutfi tahu Haura tidak pulang ke rumah dan melenyapkan diri entah ke mana. Lutfi langsung tidak membalas mesej Haura sedangkan Haura tidak henti-henti menanyakan kondisi Lateeq sepanjang Lateeq di hospital.

Haura hanya mampu berdoa untuk anaknya sehinggalah dia mendapat berita bahawa Lateeq sudah tiada lagi. Kelam-kabut Haura bergerak ke Kota Jempol iaitu kampung Lutfi di sebelah ibunya bagi melihat arwah anaknya untuk kali terakhir. Keluarga Haura sudah pun tiba lebih awal berbanding dirinya.

'Ya Allah, kenapa Lateeq tinggalkan mommy lebih awal? Mommy minta maaf sebab tak ada di sisi Lateeq sbelum ni. Mommy reda dengan kepergian Lateeq. Tenanglah sayang' Lama Haura mengucup dahi anaknya dan mengusap umbun kepala Lateeq. Tangisannya juga hampir jatuh di situ.

Datin Lydia menarik Haura agar Haura tidak meratap di hadapan jenazah. Lagipun pihak pengurusan pengebumian mahu segerakan urusan. Haura menyandar kepala di bahu Datin Lydia. Deras air matanya mengalir tidak sanggup memendam lagi. Datin Lydia mengusap bahu Haura dan memberinya semangat.

Lutfi pula langsung tidak menatap wajah Haura. Malah bermasam muka saja apabila Haura hadir. Dia lagi terkilan kerana Haura menghilang begitu saja. Entahlah dengan mereka itu. Saling tersinggung sesama sendiri namun tidak pernah meluah dan hanya memendam.

ᥫ᭡

SELESAI talkin dibaca. Kini Lateeq sudah berada di rumah abadinya. Dari Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali. Haura meratap hiba. Tanah di hadapannya masih merah dihiasi bunga segar. Dia bagai tidak sanggup bangun meninggalkan pusara arwah anaknya sedangkan semua orang sudah pun pulang membawa haluan masing-masing.

"Haura, jum kita balik. Nanti kita datang lagi" Datin Lydia memujuknya.

Haura angguk dan akur. Longlai langkahnya di bawah terik panas mahu keluar dari kawasan perkuburan itu.

LUTFI HAURAWhere stories live. Discover now