ERTI lelah dan penat itu tidak pernah melewati diri Lutfi yang setia mengharapkan Haura pulang ke pangkuannya semula. Itulah apa yang dilakukan Lutfi semenjak tiba ke Kota Langkawi. Setiap detik dia mencari jejak Haura di situ sehingga lupa untuk mengurus dirinya sendiri. Hampir setiap penyambut tetamu hotel, pekerja kedai cenderamata mahupun restoran, tour guide yang mengusung pelancong-pelacong akan menjadi tempat Lutfi menyoalkan figura Haura. Mana tahu sekiranya mereka ada ternampak Haura di sekitar.
Lutfi meneguk air kosong untuk membasahkan tekak dan memberinya tenaga setelah jauh berhempas ke sana dan sini di bawah terik mentari bagi mencari jejak Haura. Halkumnya yang laju bergerak menelan minuman terhenti tatkala Lutfi sekilas lalu terpandang sisi wajah dari tepi seseorang yang mirip Haura itu masuk ke sebuah kedai coklat. Lutfi membuka langkahnya dengan laju bagi mendapati perempuan yang dikatakan Haura di kedai itu.
"Haura?" Lutfi menyeru penuh pengharapan.
Perempuan yang membelakangi Lutfi sambil memilih coklat itu menoleh ke arahnya berserta kerlingan atas dan bawah serupa Lutfi itu kurang siuman.
Walau Lutfi masih kelihatan kemas kerana berkemeja di tubuh namun tetap terlihat Lutfi itu serabut. Butang kemeja pun tidak habis dikancing. Kemeja pun melekap di tubuh dek kerana peluh. Rambut pun sudah jatuh ke dahi.
"Maaf. Saya silap orang" Lutfi senyum dengan rasa bersalah. Dia jadi malu alah kerana tersilap orang. Bingkas Lutfi menapak keluar dari kedai itu dengan rasa hampa yang menghimpit hatinya.
Sudah berulang kali kejadian seperti ini berlaku. Dia acap kali terlihat Haura namun apabila dipanggil, orang itu bukanlah Haura. Dia terlalu merindui Haura sehingga sentiasa melihat bayang Haura. Kebetulan ada seorang pasangan suami isteri melintasinya. Lutfi mengambil kesempatan untuk menyoal tentang Haura.
"Eh cik, maaf ganggu. Tumpang tanya ada nampak perempuan macam dalam gambar ni?" Lutfi menunjuk foto Haura di dalam telefonnya.
"Tak ada" Mereka menggeleng kepala dan segera beredar.
Lutfi senyum berterima kasih kepada mereka. Keluhan kecil dilepaskan oleh Lutfi. Foto Haura di telefonnya itu ditatap lama. Berkaca tangisan di matanya. Dia merindui Haura. Agaknya Haura masih di sini? Bagaimana keadaan Haura? Semua pertanyaan sering bermain di benak fikirannya.
'Saya rindu awak, sayang' Omel hati Lutfi.
Lutfi yang masih tidak mengalah dengan pencariannya itu meneruskan langkah di kaki lima bangunan-bangunan kedai itu. Mata Lutfi sekali lagi tertancap akan figura Haura di sebalik jalan di kanan sana. Lutfi bergegas mahu menyeberangi jalan ke sana.
YOU ARE READING
LUTFI HAURA
Romance❝𝒕𝒉𝒆𝒓𝒆'𝒔 𝒂 𝒘𝒆𝒊𝒓𝒅 𝒑𝒍𝒆𝒂𝒔𝒖𝒓𝒆 𝒊𝒏 𝒍𝒐𝒗𝒊𝒏𝒈 𝒔𝒐𝒎𝒆𝒐𝒏𝒆 𝒘𝒉𝒐 𝒅𝒐𝒆𝒔𝒏'𝒕 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒚𝒐𝒖❞ 📌 Complete || New Version 📌 known as The Stoical Love Tampak gayanya seperti bermain namun tulus hatinya benar menginginkan insan...