𝟎𝟓𝟕 | 𝐉𝐔𝐉𝐔𝐑 (𝐍𝐕) ✓

3.2K 107 11
                                    

HAURA masuk ke dalam bilik tidur dahulu berbanding Lutfi pada malam itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HAURA masuk ke dalam bilik tidur dahulu berbanding Lutfi pada malam itu. Manakala Lateeq pula tidur di dalam bilik Dato Uzair dan Datin Lydia. Sebaik saja Lutfi menjengah ke dalam bilik, dia terpandang akan tubuh Haura yang berselubung di dalam selimut. Dia teringat kembali akan pertengkaran mereka pada petang tadi sehingga membuatkan Haura banyak berdiam diri walau dia sudah meminta maaf tadi. Keluhan kesalnya terhembus.

Lutfi mengemaskan selimut yang membaluti tubuh Haura. Dia juga sempat menghadiahkan kucupan kasihnya di dahi Haura. Dia sedar sikapnya bagaimana melayani Haura selama ini. Amat berbeza berbanding perlakuan yang pernah diberikan dahulu. Lutfi berganjak untuk ke tempat tidur sebelah namun tangannya disambar.

"Lutfi" Haura mencelik mata. Dia memanggil Lutfi yang baru setapak melangkah.

Lutfi terkesima. Dia sudah gugup. Adakah Haura sedar apa yang dilakukannya tadi? Namun dia selambakan diri seolah tiada apa yang berlaku.

"Awak cium saya?" Haura mencari kejujuran. Dia sedar apa yang dilakukan Lutfi tadi. Kerana dia hanya tidur-tidur ayam. Tidak diulit mimpi sepenuhnya.

"Tak. Saya cuma betulkan selimut awak tadi" Lutfi menafi walau wajahnya tidak meyakinkan. Kakinya juga mendesak untuk beredar secepat mungkin.

"Tipu! Saya tak rasa saya bermimpi atau berkhayal tadi. Awak memang cium saya" Haura dengan teguh berkata.

Sebaknya mengancam diri kerana Lutfi tidak mahu mengakui. Dia juga sakit hati kerana Lutfi sengaja bersikap dingin. Ini bukan Lutfi Ukail yang pernah ada bersamanya dahulu.

"Perasaan awak mungkin?" Lutfi mencipta alasan lagi. Haura menggeleng kepala tidak mempercayai. Deraian air matanya jatuh mengalir.

"Kenapa awak perlu tipu Lutfi? Jatuh ke ego awak untuk akui? Sampai bila awak nak biar ego awak menguasai?" Haura sudah tersedu-sedan dalam bertanya.

Lutfi masih bereaksi kosong. Bahkan dia sanggup membiarkan Haura begitu dan melarikan diri keluar dari bilik seakan takut untuk jujur. Haura bangun dari katil mengejar Lutfi.

"Awak sayang saya?" Haura memberi pertanyaan mendadak setelah cuba menelan segala tangisan tadi. Dia cuba kuatkan diri untuk mendapat jawaban.

Lutfi menyepi. Hanya memberi pandangan kosong kepada Haura yang menanti balasannya. Dia jadi tidak tentu arah. Apa yang perlu diresponsnya? Lebih baik berdiam diri jikalau dia akan melukai Haura.

"Awak tak nak jawab? Tak apa, saya faham. Jadi kenapa awak kahwin dengan saya? Kenapa awak masih simpan saya kalau awak tak sayang saya?" Haura mengeluh hampa.

LUTFI HAURAWhere stories live. Discover now