𝟎𝟒𝟒 | 𝐊𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 (𝐍𝐕) ✓

2.8K 104 11
                                    

Imbas Kembali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Imbas Kembali

Tiga tahun yang lalu. Ketika itu Haura baru melangkaui usia 20 tahun. Dia baru saja memulakan pembelajaran di tahap Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Akauntan setelah tamat Asasi Akauntan. Dia menjalani kehidupan yang baru di sebuah universiti terkemuka. Namun personaliti dan perlakuannya tetap sama semenjak dahulu. Tiada satu pun yang berubah.

Angkuh. Ego. Degil. Demand. Memberontak. Sarkastik. Narsistik. Itulah Haura Adelia sepanjang hidupnya untuk 20 tahun. Dia tidak pernah menginsafi diri. Dia tidak pernah membelek kekurangan diri. Dia tidak pernah menyedari sikapnya yang telah melukai Lutfi dan anaknya. Dia tidak pernah menjenguk mereka lagi sebaik saja mahkamah mengutuskan perceraian di antara Lutfi dan Haura. Hanya kedua ahli keluarga mereka sahaja yang masih menjaga hubungan kekeluargaan mereka dengan baik.

Namun tanpa diduga dan disangka, sekelip mata semua itu berubah secara mendadak. Bagai ombak memukul badai. Perlahan-lahan rasa menyesal mula merobek hati. Perlahan-lahan rasa keinsafan menyerap diri. Kepergian insan yang paling bermakna iaitu Tuan Arshad Ar-Riyadh memberi impak kepada Haura. Sukar dan perit untuk dia menelan perkara tersebut. Terasa kehilangan yang paling besar dalam hidupnya. Penat dia meraung. Letih dia merintih. Sehingga kering air mata untuk digugurkan lagi.

Haura hilang wali utamanya. Haura hilang tempat bergantungnya. Haura hilang tempat manjanya. Haura hilang insan yang selalu membelanya. Haura hilang insan yang selalu memenuhi kehendaknya tanpa kira waktu. Pada siapa dia perlu mendapatkan sokongan? Ketika itu, Puan Haslina hanya buat tidak endah saja terhadapnya. Abang-abangnya pula sibuk dengan kehidupan masing-masing. Tidak dapat menumpukan perhatian terhadapnya.

Tatkala itu dia menyedari bahawa dia amat memerlukan seseorang. Seseorang yang tidak mengeluh tentangnya. Seseorang yang tidak penat melayaninya. Seseorang yang setia menemaninya. Tepat sekali keputusan Tuan Arshad dahulu yang menginginkan Haura untuk dinikahi Lutfi. Kerana tentu Lutfi tahu untuk mengendali emosi dan keadaan Haura saat itu. Kini dia faham hikmah yang dimaksudkan Tuan Arshad itu.

Dia memerlukan Lutfi Ukail ketika Tuan Arshad pergi.

Namun semuanya berpunca khilafnya sendiri. Dia sedar bahawa dia yang menyingkir Lutfi tanpa memandang apa yang bakal terjadi pada masa hadapan. Dia sedar bahawa dia yang membuang Lutfi dalam hidupnya sendiri tanpa belas kasihan. Dia sedar bahawa dia tidak pernah menghargai Lutfi sedangkan Lutfi ikhlas untuk bersamanya. Sesal dahulu tiada pendapatan. Sesal kemudian tiada guna. Benar kata orang, bila dah hilang, baru kita sedar. Bila dah terluka, baru kita faham. Bila dah terbit rasa rindu, baru kita tahu yang dia amat bermakna untuk kita. Jangan pernah terlambat untuk menghargai kehadiran seseorang.

Dia menyesal. Dia silap. Dia khilaf. Akan suatu hari nanti di kala dia bersedia, dia akan kembali menuntut peluang kedua dengan menjadi suri hati Lutfi Ukail sekali lagi dan untuk selamanya. Itulah hasratnya. Dia juga ingin menebus silapnya kerana meninggalkan anaknya tanpa rasa ihsan seorang ibu.

LUTFI HAURAWhere stories live. Discover now