IBARAT cacing kepanasan Haura di dalam selimut. Puas bantal ditekup menutup kedua-dua telinganya bagi menghilangkan bunyian bising yang menggangu lenanya itu. Namun suara tangisan Lateeq tetap kuat bergema di gegendang telinganya. Entah apalah yang dimahukan oleh bayi kecil itu. Tidak reti duduk senyap ke? Haura pula hanya tahu berdecit dan merungut di dalam selimut. Memang tidaklah dia mahu bangun dan memujuk Lateeq itu.
"Lutfi! Lutfi!" Lantang Haura menjerit namun Lutfi masih tidak memunculkan diri. Entah ke mana Lutfi menghilang.
"Mana dia ni pergi?! Menyusahkan betul lah!" Haura melenting geram. Pekak agaknya Lutfi itu. Anak melalak kuat pun tidak dengar. Apatah lagi dirinya yang memanggil.
Rasa amarah Haura makin membuncah di hati. Kesabarannya sudah senipis kulit bawang. Dia hilang sabar. Tubuh lekas meninggalkan katil empuknya bagi bergerak ke katil bayi di hujung katilnya. Pertama kali wajah Lateeq ditatapnya dengan dekat.
"Kau nak apa eh budak?! Terpekik-pekik! Bising lah! Orang nak tidur pun susah!" Selar Haura seolah-olah Lateeq yang berusia tidak sampai sebulan itu mengerti.
"Aku cakap diam lah budak!" Haura menengking tatkala Lateeq semakin kuat melalak.
Bantal guling di katil bayi itu digapai Haura seraya menekup wajah Lateeq bagi mendiamkannya. Sayup dan perlahan tangisan suara Lateeq itu setelah lemas dengan bantal yang ditekan Haura ke wajahnya yang sudah kebiruan.
"Haura Adelia!" Lutfi menjerkahnya. Kebetulan Lutfi menjengah masuk ke dalam bilik dan menyedari perbuatan kejam Haura itu.
Haura melepaskan bantal guling tersebut dari tangannya. Tubuh berpaling ke arah Lutfi kemudian tergeming di posisinya. Pucat wajahnya kerana terkejut dengan kehadiran Lutfi. Ditambah pula melihat Lutfi yang seakan disinggahi emosi amarah itu.
"Apa awak cuba buat Haura? Awak nak bunuh anak saya ke?" Lutfi mengemukakan pertanyaannya dengan serius.
Wajah Lutfi agak memijar kerana menahan amarah di hati. Begitu benci Haura terhadap zuriatnya sehingga sanggup membunuh? Lutfi lekas mendukung Lateeq ke pangkuannya. Tangisan Lateeq sudah redup kedengaran setelah dipujuk. Mujur Lateeq masih bernafas.
"Dia tak tahu apa-apa Haura. Tergamak awak buat macam tu. Mana perginya ihsan awak sebagai seorang ibu?" Penuh melankolik pertanyaan Lutfi itu. Dia kesal dengan ulah Haura tadi.
"Ibu? Aku tak pernah akui dia anak aku pun lah!" Haura berang dengan pertanyaan Lutfi yang mencela emosinya.
"Benci betul awak pada anak saya kan? Apa salah dia?" Lutfi menyoal lagi. Masih sama intonasi dan emosinya. Sayu kelihatan.
"Memang! Aku benci dia! Kau fikir aku nak sangat ke mengandung dan bersalinkan dia?! Menyesal aku bersalinkan dia!" Haura berterus-terang. Pandangan yang diberikan juga penuh keji sebagaimana dangan ungkapan yang disampaikan.
Lutfi tersentak. Setiap butiran yang dilepaskan itu menghadam ke atamnya. Dada sudah diserangi rasa sebak. Tidak tergambar betapa hancur dan berkecai jiwa saat mendengarnya.
YOU ARE READING
LUTFI HAURA
Romantizm❝𝒕𝒉𝒆𝒓𝒆'𝒔 𝒂 𝒘𝒆𝒊𝒓𝒅 𝒑𝒍𝒆𝒂𝒔𝒖𝒓𝒆 𝒊𝒏 𝒍𝒐𝒗𝒊𝒏𝒈 𝒔𝒐𝒎𝒆𝒐𝒏𝒆 𝒘𝒉𝒐 𝒅𝒐𝒆𝒔𝒏'𝒕 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒚𝒐𝒖❞ 📌 Complete || New Version 📌 known as The Stoical Love Tampak gayanya seperti bermain namun tulus hatinya benar menginginkan insan...