𝟎𝟒𝟗 | 𝐌𝐀𝐑𝐀𝐇 (𝐍𝐕) ✓

2.9K 111 16
                                    

LANGKAH seiringan Haura bersama Noah itu melintasi bilik mesyuarat aras keempat untuk keluar rehat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

LANGKAH seiringan Haura bersama Noah itu melintasi bilik mesyuarat aras keempat untuk keluar rehat. Mesyuarat yang diadakan di dalam bilik mesyuarat itu pula baru sahaja selesai. Namun Lutfi sebagai ketua mesyuarat itu masih berucap sebagai penutup bersama ketua setiap unit bahagian kewangan. Dato Uzair turut ada di situ.

Lutfi yang perasan akan Haura bersama Noah melintasi mereka itu jadi tidak berkenan kerana Haura kerap bermesra dengan Noah. Ini bukan pertama kali dia melihat Noah dan Haura bersama. Sudah berkali-kali semenjak Haura baru mula bekerja hingga hampir masuk dua minggu Haura bekerja di sini. Entah kenapa hatinya sakit. Diksinya tidak teratur lagi kerana hilang fokus.

'Tak habis-habis nak berkepit Haura dengan Noah tu. Dah tak tahu halal haram?' Monolog hati Lutfi dengan menyampah.

Dato Uzair yang turut perasan hal itu berdeham segera bagi mengingati Lutfi agak profesional. Banyak mata-mata menyaksikan. Tidak fasal-fasal timbul gosip pula. Lutfi perlu fokus!

ᥫ᭡

JUJUR Haura mengatakan bahawa dia selesa bersama Noah itu. Namun untuk menganggapnya melebihi seorang kawan itu tidak. Bagi Noah pula, Noah mempunyai perasaan terhadap Haura. Noah selalu mengambil berat tentang Haura. Bahkan sesetengah pekerja di bahagian kewangan juga perasan hal itu dan gemar mengusik mereka berdua.

Haura pulang ke pejabat semula setelah usai makan di luar bersama Noah dan rakan-rakan sekerja mereka yang lain. Langkah Haura bersama Noah yang seiring itu terbejat akibat wajah Lutfi yang tegang itu merenung mereka.

Haura terkesima. Lutfi seakan memarahi mereka. Namun mereka bukannya ada buat salah pun. Mereka pulang ke pejabat sebelum pukul 2.30 iaitu jam selewat-lewatnya pulang untuk pekerja yang keluar.

"Yang lain boleh ke meja kerja masing-masing. Haura dan Noah masuk bilik saya" Tegas Lutfi memberi arahan. Wajahnya juga serius.

Haura sudah gerun. Ini pertama kali dia dipanggil ke bilik Lutfi seolah dia sudah membuat kesalahan. Lutfi juga tidak pernah bertegas sebegitu dengannya. Namun Haura menuruti saja arahan Lutfi. Dia bersama Noah menjejaki ke dalam bilik Lutfi. Mereka berdua dipersilakan duduk di kerusi tetamu menghadap Lutfi.

"Saya tak nak bercakap banyak atau berkias. Saya berterus terang yang saya tak suka awak berdua bermesra di pejabat ni. Awak berdua datang ke sini nak berkerja ke nak bercinta?" Lutfi memberi pertanyaan yang menyentakkan diri Haura. Apa masalah Lutfi itu? Mahu menuduhnya sesuka hati.

"Tuan, kami tak bercinta pun. Kami hanya berkawan baik" Noah tenang menjawab membela mereka berdua. Lutfi senyum sinis kerana tidak mempercayai alasan tersebut.

"Berkawan? Habis 24 jam berkepit itu apa? Depan mata saya sendiri pun masih nak berkepit. Jalan berdua. Gelak berdua. Semua pekerja pun nampak dan gosip tentang ni. Saya takkan tuduh kalau orang lain tak cakap pasal ni" Pedas juga balasan Lutfi itu sehingga berasap sudah telinga Haura. Namun Haura cuba menanamkan kesabarannya yang termampu.

LUTFI HAURAWhere stories live. Discover now