𝟎𝟓𝟏 | 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐒𝐀𝐍 (𝐍𝐕) ✓

3.2K 104 19
                                    

MINYAK panas cap kapak itu disapu oleh Haura di pelipisnya kerana sakit kepala yang dialaminya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MINYAK panas cap kapak itu disapu oleh Haura di pelipisnya kerana sakit kepala yang dialaminya. Bukan sahaja dia mengalami sakit kepala. Bahkan dia sedang berasa tidak sedap badan akibat tubuhnya yang sedang melarat panas. Bagaimanalah dia mahu meneruskan kerja sehingga lewat petang? Haura berniat mahu kerja separuh hari dan pulang ke rumah segera memandangkan sekarang tiba waktu rehat pejabat. Namun dia mestilah meminta izin Lutfi dahulu.

Mengingatkan kembali konfliknya bersama Lutfi membuatkan dia enggan bersua muka dengan Lutfi lagi. Tambahan lagi untuk dia menerjah masuk ke bilik kerja Lutfi itu membuatkan dia berfikir hanya akan mengganggu Lutfi. Ya lah, sekarang kan waktu rehat. Mestilah Lutfi terkejar-kejar untuk keluar rehat mengambil Lateeq pulang dari tadika. Kemungkinan juga Lutfi mahu keluar makan bersama Wardah itu. Mana lah tahu kan?

Haura tetap berdiri dan melangkah teguh untuk turut berpusu-pusu bersama pekerja lain ke bawah. Dia tidak mahu ke kafeteria untuk menjamah kerana seleranya hilang. Sebaliknya Haura berniat untuk ke bilik istirahat yang disediakan oleh syarikat untuk para pekerja sekiranya jatuh sakit.

Namun pergerakannya terbejat akibat bertembung dengan Lutfi sejurus Lutfi memanggil Haura seketika untuk berbual di dalam bilik kerja Lutfi itu. Haura hanya akur dengan Lutfi yang memberi arahan walaupun di saat ini Haura sudah tidak bermaya lagi mahu melayani sesiapa. Pintu bilik dibiar terbuka. Hanya mereka yang tinggal di aras keempat itu.

Lutfi teragak-agak mahu memulakan diksinya. Dia kaku mahu menyusun ayat. Haura pula hanya bungkam dan memberi pandangan yang kosong sahaja. Dia sakit hati dengan Lutfi. Lutfi itu sudah ada Wardah tapi mengapa perlu peduli bila dia mesra dengan Noah dan Doktor Luthraz?

"Saya minta maaf Haura sebab tuduh awak bukan-bukan dan tegur awak dengan cara yang salah sebelum ni" Ungkap Lutfi secara tiba-tiba. Raut wajahnya juga menunjukkan rasa bersalah.

"Tak apa lah Tuan Lutfi. Saya dah maafkan dan lupakan" Haura membalas senada. Tiada reaksi terpancar. Masih kosong dan biasa.

Haura sedikit hairan dan kaget yang mencerna di hatinya. Kenapa pula Lutfi tiba-tiba bersikap baik dengannya? Siap mahu meminta maaf pula. Dasar kena rasuk lagi sekali!

"Erm kalau tak ada apa lagi, saya keluar dulu" Haura mengundur diri untuk pamit. Lutfi sekadar mengangguk dan memerhatikan Haura yang sudah bangun itu.

Langkah Haura agak longlai ketika itu. Pandangannya sedikit demi sedikit mula kabur. Haura memegang kepalanya yang makin kuat berdenyut rasa sakitnya. Lutfi segera bangun dan mendekati Haura setelah perasan perkara tersebut.

"Awak okay?" Lutfi panik. Tubuh Haura tidak dapat diimbang lagi. Haura jatuh mahu merebah namun sempat disambut Lutfi.

"Eh Haura─" Lutfi memegang bahu Haura bagi menahan Haura dari jatuh ke lantai. Haura tidak bergerak lagi. Matanya terpejam.

Makin panik Lutfi itu. Dia hilang punca. Akibat tidak mampu memikirkan apa-apa lagi segera Lutfi mencempung tubuh Haura untuk dibawa ke sofa di dalam ruang biliknya itu bagi mengejut Haura.

LUTFI HAURAWhere stories live. Discover now