𝟎𝟕𝟎 | 𝐋𝐔𝐓𝐇𝐈𝐘𝐀 (𝐍𝐕) ✓

2.6K 51 0
                                    

TIADA siapa menyangka dan menduga bahawa perhubungan Luth dan Fatiya yang acap kali suka menjengkelkan diri masing-masing itu membawa ke jinjang pelaminan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TIADA siapa menyangka dan menduga bahawa perhubungan Luth dan Fatiya yang acap kali suka menjengkelkan diri masing-masing itu membawa ke jinjang pelaminan. Lutfi dan Haura pun tidak tahu sejak bila sepupu mereka itu mula berkenalan secara lebih dekat. Tahu-tahu saja Fatiya menerima pinangan keluarga Luth dan terus mereka menetapkan keputusan untuk menamatkan zaman bujang mereka. Majlis persandingan mereka diadakan di Kota Jempol. Keluarga Fatiya sudah pulang ke tempat asal mereka kerana bapa Fatiya sudah pencen dari kerjanya.

Luth dan Fatiya tidak kelihatan kekok bersama walau terkadangnya perhubungan mereka itu seakan sahabat. Almaklumlah bermula dengan permusuhan. Susah mahu beromantik seperti Lutfi dan Haura. Tengoklah Lutfi dan Haura itu di mana dan bila pun sentiasa berkepit. Luth dan Fatiya segera menghampiri sepupu mereka itu di meja makan tetamu. Sakan Lutfi dan Haura itu saling suap-menyuap. Tidak memberi peluang langsung kepada pengantin baru!

"Amboi, dua orang ni! Dah jadi pengantin lama buatlah cara pengantin lama" Luth mencelah sambil menutar bola matanya penuh menyampah.

"Itulah sakan suap-menyuap. Tak berkepit dan tak bermanja tak sah kan korang ni?" Fatiya menyambung mengutuk mereka pula. Lutfi dan Haura terkekek ketawa.

"Biarlah. Kitaorang memang natural romantik. Tak boleh nak buat apa lagi. Korang cemburu lah tu sebab tak romantik macam kitaorang" Haura membalas. Mulutnya boleh tahan juga menyembur sindiran dalam sendanya. Lutfi saja yang kelihatan relaks di situ.

"Mak boyot ni kalau buka mulut, memang kalah lah kita" Luth mengejek Haura sambil memandang Fatiya kerana mereka reda dengan mulut Haura itu. Automatik kalah!

"Tak sangka kan korang gaduh-gaduh dulu kahwin juga akhirnya" Haura melepaskan tawanya terhadap Luth dan Fatiya. Dia tahulah mereka berdua itu selalu mengutuk sesama sendiri dahulu.

Haura juga tahu peristiwa di malam antara dirinya dan Lutfi itu merupakan angkara Fatiya. Itu pun Luth yang memberitahu setelah Haura berhijrah. Namun Haura tidak memarahi atau menyimpan dendam pun terhadap Fatiya. Haura percaya ada ada hikmahnya dengan apa yang berlaku. Jika Haura tidak disentuh dan tidak mengandung, mungkin dia tidak boleh bertemu Lutfi lagi kan? Mungkin Lutfi tidak menikahinya buat kali kedua?

"Kau pun apa kurangnya Haura? Bukan main membenci Lutfi dulu sampai kata 'Luth! Aku tak nak hidup dengan Lutfi! Bawa aku lari Luth!'. Tapi sekarang bukan main bersayang-sayang. Tak boleh berpisah seminit pun" Luth membalas penuh drama dengan mengenang momen lama Haura itu. Haura sudah mendengus geram. Manakala Lutfi hanya tersenyum.

"Hubby! Tengoklah Luth ni. Saja nak sakitkan hati sayang. Geram betul nak cangkul mulut dia tu!" Haura mengadu dengan manja kepada Lutfi.

"Dah lah korang. Jangan usik isteri aku ni lagi" Lutfi melayan saja pengaduan Haura hingga memarahi Luth dan Fatiya itu walau tidaklah tegas dan dingin nadanya. Haura mengukir senyuman kerana Lutfi membelanya.

"Suami, suami, nak tahu tak yang Lutfi ni terlalu sayangkan Haura? Dia selalu jaga hati dan perasaan Haura. Dia selalu akan bela Haura. Memang tak ada siapa pun boleh usik sikit isteri dia tu" Fatiya menjuih bibir bosannya ketika mengutuk Lutfi.

LUTFI HAURAWhere stories live. Discover now