KORNEA mata Lutfi tidak senang
memberi konsestrasi di meja makan yang sedang dikemasnya tatkala Haura menapak keluar dari bilik seakan menuju ke pintu rumah namun langkah Haura yang melintasi ruang tamu dahulu membuatkan Lutfi teragak-agak berfikir.Haura mahu beristirehat di ruang tamu atau sedang merancang untuk melarikan diri? Manalah tahu kan? Haura itu selalu dalam emosi pasang surut. Sudah lima bulan mereka berkahwin, dia tahulah Haura itu macam mana. Bila-bila saja membuat tindakan tanpa disedari. Sudahlah tidak pernah-pernah pula Haura mahu keluar dari biliknya kalau bukan tujuannya untuk makan atau minum.
"Awak nak ke mana tu Haura?" Lutfi menegur.
"Duduk kat ruang tamu ni lah. Bosan asyik terperap dalam bilik" Haura menghempap diri ke sofa sambil menghadap televisyen.
"Ingatkan nak ke mana" Lutfi turut ke sofa untuk duduk di situ usai mengemas meja makan.
"Kau ingat aku nak lari rumah dalam keadaan macam ni? Rambut serabai? Muka tak bersiap? Tak ada siapa nak kutip nanti!" Haura menjeling Lutfi sambil tangan sedang mengawal alat kawalan televisyen untuk mengalih siaran.
"Saya cuma risaukan awak ja" Lutfi tersengih.
"Kau ni overprotective tahu tak? Sikit-sikit takut aku lari rumah. Sikit-sikit takut aku cederakan diri. Macam aku ni orang mental pula kau buat!" Haura melemparkan tatapan tajamnya kendatipun ada hakikinya buah bicaranya sendiri.
Heshteg, Haura memang macam ada masalah mental kan? HAHAHA.
"Saya tahu awak rimas dengan cara saya ni. Saya cuma tak nak hilang awak Haura. Saya tak nak tengok awak cedera lagi" Terang Lutfi lembut. Haura tidak membalas. Hanya membuat wajah dek selambanya.
"Erm saya ada benda nak cakap dengan awak" Lutfi meneruskan interaksi di antara mereka. Haura sekadar menjongket kening sebagai tanda sahut.
"Fatiya─" Terjeda kata Lutfi apabila Haura memintas terlebih dahulu.
"Kenapa dengan dia tu? Dia ajak kau berskandal ke?" Haura masih dengan alis kanannya yang terjongket.
"Eh bukanlah. Ibu bapa dia merangkap pak ngah dan mak ngah saya ke umrah. Jadi tinggal dia dan adik dia ja di rumah. Abang dia pula kerja. Kadang waktu malam tak ada di rumah. Kawasan perumahan diaorang tu pula sunyi. Baru-baru ni pun ada kes rompakan. Jadi dia nak tumpang rumah kita untuk beberapa hari" Beritahu Lutfi yang juga meminta kebenaran Haura.
"Tumpang rumah kita? Kenapa dia tak pergi tumpang rumah papa dan mama kau? Rumah papa dan mama lagi besar dari rumah kita. Banyak bilik lebih. Takkan lah dia tak berani pula nak minta tumpang? Papa dan mama bukan sesiapa pun. Ahli keluarga dia juga. Entah-entah sebab mama tak suka dia kan? Padan lah perangai buruk sangat. Nak menyusahkan suami aku pula" Haura membebel di hujung katanya.
"Entah lah. Dia segan agaknya" Lutfi membuat andaian.
"Segan? Habis dengan sepupu lelaki dia yang dah beristeri tak segan pula dia minta nak tumpang? Tak adanya! Aku tak benarkan dia tumpang rumah kita! Perbincangan ditutup. Jangan banyak tanya lagi!" Haura menjegil matanya bagi memberhentikan Lutfi untuk menyambung lebih lanjut.
YOU ARE READING
LUTFI HAURA
Romansa❝𝒕𝒉𝒆𝒓𝒆'𝒔 𝒂 𝒘𝒆𝒊𝒓𝒅 𝒑𝒍𝒆𝒂𝒔𝒖𝒓𝒆 𝒊𝒏 𝒍𝒐𝒗𝒊𝒏𝒈 𝒔𝒐𝒎𝒆𝒐𝒏𝒆 𝒘𝒉𝒐 𝒅𝒐𝒆𝒔𝒏'𝒕 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒚𝒐𝒖❞ 📌 Complete || New Version 📌 known as The Stoical Love Tampak gayanya seperti bermain namun tulus hatinya benar menginginkan insan...