𝟎𝟓𝟓 | 𝐀𝐃𝐈𝐊 (𝐍𝐕) ✓

2.9K 112 14
                                    

HAURA membantu Lateeq menyarungkan beg sekolahnya di bahu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HAURA membantu Lateeq menyarungkan beg sekolahnya di bahu. Lateeq pula sudah tergesa-gesa memakai stokin di kaki sebelum memakai kasut sekolahnya. Dia segak berpakaian tadika di tubuh. Rambut juga kemas dirapi oleh Haura. Lutfi menanti Lateeq di tepi. Lutfi akan mengambil dan menghantar Lateeq ke tadika seperti rutin Lutfi sebelum ini. Cuma kadang kala Datin Lydia yang akan melakukannya.

"Nanti mommy tunggu Lateeq balik tau!" Pesan Lateeq usai menyalami tangan Haura.

"Ya lah Lateeq. Mommy bukannya nak pergi mana-mana pun" Haura tergelak kecil sambil mencium dahi anaknya.

Takut sangat Lateeq dengan kehilangan Haura itu. Kan bagus sekiranya bapa Lateeq pun begitu. Hmm.

"Awak makan tengah hari kat rumah tak Lutfi?" Haura mengalih pandangan kepada Lutfi.

"Saya kan hantar Lateeq balik rumah lepas ambil dia dari tadika. Alang-alang tu saya makan di rumah lah" Jawab Lutfi. Tiada senyuman yang tertayang. Mujur saja wajah tampannya itu mengatasi.

"Awak nak saya masak apa?" Haura sudah berniat untuk menjadi isteri yang baik dan taat untuk suami. Walau dia tidak reti memasak tetapi dia akan mencuba.

"Apa-apa ja Haura. Asalkan tak menyusahkan awak nak masak" Lutfi senyum sedikit. Haura mencebik sejenak. Mahu senyum pun kedekut!

"Awak jaga diri kat rumah. Jangan buka pintu dan pagar rumah kalau orang sebarangan datang. Apa-apa awak call saya. Kalau awak bosan duduk sorang, awak pergilah rumah mummy atau mama. Tapi sebelum pergi, awak kena bagitahu saya dulu" Lutfi menyua tangan untuk Haura menyambut.

"Saya rasa saya tak keluar ke mana. Saya duduk rumah ja. Barang dapur pun awak dah beli semua" Haura melepaskan tangan Lutfi usai disalaminya.

Lutfi bergerak masuk ke dalam kereta. Lateeq terlebih dahulu sudah mengambil tempat di dalam kereta. Haura hanya melambai mereka yang sudah meninggalkan kawasan rumah itu.

ᥫ᭡

WAKTU tengah hari tiba, Lutfi pulang bersama Lateeq selepas mengambil Lateeq dari tadika. Lutfi akan menjamu selera tengah hari dan menunaikan solat Zohor di rumah. Kemudian barulah Lutfi pulang semula ke pejabat.

Haura menyediakan makanan ala kadar. Ini pertama kali dia memasak untuk Lutfi. Walau dia tahu dia tidak pandai memasak dan entahlah apa rasanya namun dia tetap mencuba. Haura menghidangkan tomyam ayam dengan telur goreng.

"Mommy nak tahu tak kawan Lateeq kan dia baru dapat adik" Lateeq bernada teruja ketika menceritakan kepada Haura. Itu memang sifatnya. Sentiasa riang menyapa sesiapa. Teruja apabila bercerita.

"Baby girl ke baby boy?" Haura menyahutnya dengan memberi pertanyaan. Haura hanya melayan setiap cerita Lateeq itu.

"Baby girl. Adik dia comel. Kawan Lateeq yang lain pun ada adik. Lateeq nak adik juga boleh tak? Lateeq nak baby girl. Lateeq suka kalau ada adik. Lateeq boleh tolong jaga" Lateeq meminta sewenangnya. Wajahnya benar senang hati.

Haura terkelu. Dia memandang wajah Lutfi yang menunduk ke pinggan nasi dan hanya menikmati jamahannya seolah tidak mendengari perbualan mereka. Sedangkan Lutfi turut terkedu dengan permintaan anaknya sendiri.

Ingat mudah ke mahu memberi adik kepada Lateeq itu? Sudahlah mahu adik perempuan. Lagipun hubungan suami isteri mereka bukan seperti hubungan suami isteri yang lain. Tidur sekatil pun tidak. Bagaimana pula mahu memberi adik kepada Lateeq?

"Ha daddy! Lateeq nak adik tau! Daddy dan mommy kena bagi baby girl pada Lateeq" Lateeq meminta lagi namun menuju ke arah Lutfi yang hanya menyepikan diri.

"Lateeq kalau makan mana boleh bercakap. Nanti tercekik macam mana? Kan daddy dah pesan" Lutfi bersuara meingati Lateeq tanpa mengendahkan tutur riang Lateeq tadi.

"Sorry daddy" Lateeq mengendur suara dengan hampa. Dia meneruskan jamahannya tanpa bersuara lagi.

ᥫ᭡

HAURA menadah matanya dengan leka ke arah televisyen. Dia hanya seorang diri di ruang tamu. Lateeq sudah tidur. Awal pula dia tidur malam ini. Lutfi pula? Tentulah di dalam biliknya. Susah benar untuk mereka ada masa bersama. Jikalau ada pun, sewaktu di meja makan dan solat berjemaah saja. Bagi Haura, ini umpama balasan kerana Haura yang pernah membuat Lutfi seperti tunggul di dalam rumah dahulu. Tidak bersua muka dan tidak menyapa Lutfi.

Deringan notifikasi ringkas di telefon Lutfi menarik perhatian Haura. Haura menjenguk ke skrin telefon Lutfi yang menyala di atas meja. Terpamer 4 mesej What'sApp yang masuk dari Wardah. Panggilan masuk daripada Wardah yang tidak dijawab juga turut terpapar di skrin. Haura jadi tidak senang duduk. Dia teringin untuk membuka skrin telefon Lutfi itu.

Hati sudah bercampur rasa saat itu. Berkecamuk kecewa. Rasa berang juga mencecah. Berani Wardah memesej suaminya di waktu malam? Mulalah ini perangai lamanya mahu menguasai! Kenapa Wardah perlu memesej Lutfi? Siap menelefon lagi? Rasanya urusan kerja sudah melebihi waktu!

Kebetulan Lutfi keluar dari arah bilik. Dia tercari-cari telefon miliknya. Haura tergamam tatkala Lutfi memunculkan diri. Sedangkan Haura sedang memegang telefon Lutfi dan cuba membukanya bagi mencungkil mesej yang dihantar Wardah itu.

"Awak buat apa dengan telefon saya?" Terjongket kening Lutfi dengan tidak puas hati. Takkanlah Haura mencuri telefonnya? Haura mahu buat apa? Spot check?

"Saya tanya ni Haura Adelia. Awak buat apa dengan telefon saya? Awak cuba spot check telefon saya?" Lutfi merenung Haura seraya telefonnya dirampas segera dari tangan Haura.

Haura masih membungkam. Dia menekur pandangan ke lantai dengan takut. Dia tahu Lutfi sedang marah dengannya.

"Lain kali jangan pegang barang saya tanpa izin. Saya tak suka" Lutfi membuat amaran seraya mengalih tubuh untuk bergerak ke dalam bilik kembali.

Haura tersentak. Terasa begitu diherdik oleh Lutfi. Haura dengan rasa sebal bangun dari sofa membelakangi Lutfi.

"Awak marah saya sebab telefon? Ada rahsia apa yang awak sedang sembunyikan dari saya sebenarnya?" Haura lantang bersuara bersama tubir mata yang menahan air mata dari berjujuran.

Haura mengagak Lutfi menyembunyikan sesuatu yang berkaitan Wardah. Kalau tidak, takkanlah Lutfi bersikap demikian apabila dia membelek telefon Lutfi itu? Sedangkan dahulu sedikit pun Lutfi tidak pernah peduli jikalau dia mahu bermain telefon milik Lutfi itu.

"Haura─" Lutfi serba salah. Tidak sempat dia menahan Haura untuk memberi keterangan namun Haura sudah menjejaki ke dalam biliknya terlebih dahulu.

Haura mengunci pintu bilik. Tubuhnya jatuh tersandar di pintu bilik bersama deraian air mata di pipinya. Adakah dia sudah menghalang kebahagiaan Lutfi bersama Wardah? Sanggup Lutfi memarahinya asbab dia memegang telefon Lutfi. Paling memilukan tatkala Lutfi menyebut bahawa Lutfi tidak suka barang miliknya disentuh Haura. Seolah dia bukan siapa-siapa dan tiada hak langsung. Sungguh dia tidak kuat untuk melalui hidup begini.

 Sungguh dia tidak kuat untuk melalui hidup begini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

2nd version : 10 Dis 2023

LUTFI HAURAWhere stories live. Discover now