𝟎𝟎𝟏 | 𝐃𝐈𝐍𝐍𝐄𝐑 (𝐍𝐕) ✓

10.1K 210 13
                                    

╔═════════ஓ๑♡๑ஓ═════════╗

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

╔═════════ஓ๑♡๑ஓ═════════╗

"Dan Rabbmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya"
- Surah al-Isra' : 23

╚═════════ஓ๑♡๑ஓ═════════╝

HAURA menghentak langkahnya penuh sebal semasa menaiki tangga. Terkumat-kamit segala tohmahan dan makian meniti dari bibir. Riak wajah ketat dan dingin terpamer. Menandakan dia sedang protes! Turut membuak-buak rasa tidak puas hati terhadap ibunya iaitu Puan Haslina. Berulang kali dia sudah memberi alasan untuk menolak ajakan Puan Haslina yang mengajaknya atau seakan mendesaknya bagi mengekori ibu bapanya ke majlis makan malam awal tahun Syarikat Alastair Berhad.

Bapa Haura iaitu Tuan Arshad Ar-Riyadh merupakan Lembaga Pengarah di Syarikat Alastair Berhad. Syarikat itu merupakan syarikat milik kerajaan negeri yang memfokuskan dalam pelbagai perindustrian. Makanya, makan malam ini akan diadakan secara besar-besaran. Wakil kerabat diraja, pihak pelbagai kementerian dan jabatan, pihak dari syarikat yang melabur saham serta syarikat yang ditubuhkan dan dimajukan di bawah syarikat ini turut akan menghadiri. Tentunya yang berpangkat Dato, Datin, Tan Sri, Puan Sri dan lain-lain.

Itulah asbabnya Haura enggan untuk mengekori ibu bapanya. Dia bukannya suka untuk bersosial, beramah mesra dan menguntumkan senyuman. Dia lebih gemar membuat muka sombong, membosankan dan mencemuh terhadap semua orang. Tambahan bagi Haura, amatlah membuang masa jika dia mengekori. Lebih baik di hujung minggu ini, dia melayan Netflix atau menghabiskan sisa tidurnya yang terbejat di minggu harian persekolahan sebelum ini.

Namun apakan daya, Puan Haslina sudah memberi arahan yang berakhir dengan keterpaksaan untuk Haura mengakuri. Membuang air liurnya saja untuk melawan dan berperang mulut dengan ibunya itu. Puan Haslina tetap bersikap tegas dan garang dengan Haura. Mahu merungut berlebihan pun takut tidak fasal-fasal mendapat tamparan percuma di pipi nanti.

"Dari dulu sampai sekarang, mummy tu kalau tak paksa dan tak kacau hidup aku ni tak sah betul! Haih bila lah aku nak 18 tahun ni? Nak keluar dari rumah! Asyik-asyik kena atur ja hidup aku!" Haura membebel sambil membelek pakaian di dalam almari. Urgh! Rasa tertekan!

Sejenak Haura mencemuh pula kerana penat mencari pakaian yang satu pun tidak menarik di pandangannya bagi memakai di malam ini. Lagipun dia rasa enggan untuk berhias dan bersolek. Terlintas di fikiran Haura untuk menjadikannya sebagai alasan bagi menjayakan diri agar tidak mengekori ibu bapanya.

"Haura Adelia!" Suara nyaring Puan Haslina dari luar bilik menjelma. Ketukan bilik turut didengari bagai mahu diroboh.

Haura mengeluh panjang. Langkah diatur bagi menguak pintu bilik. Mahu melihat apa pula yang dimahukan ibunya itu.

LUTFI HAURAWhere stories live. Discover now