𝟎𝟓𝟓 | 𝐉𝐔𝐌𝐏𝐀 (𝐍𝐕) ✓

2.1K 73 5
                                    

HAURA mengacau minuman di gelas hadapannya itu dengan penyedut minuman

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HAURA mengacau minuman di gelas hadapannya itu dengan penyedut minuman. Dia hanya meneguk sekali untuk membasahkan tekak. Selebihnya menjadi tidak selera. Dia menanti kedatangan seseorang di sebuah kafe itu. Dia yang menjemput seseorang itu untung datang bertemu dengannya. Seorang wanita berpakaian sederhana dan selari dengan syariah itu berdiri di hadapan Haura bersama senyuman. Haura bangun dari kerusi untuk berjabat tangan sebelum menyuruhnya untuk duduk sekali.

"Dah lama ke tunggu saya?" Wanita itu menyoal setelah berlabuh punggung. Haura menggeleng.

"Ada apa sebenarnya Haura nak berbual dengan Wardah ni?" Wardah memberanikan diri untuk bertanya.

Haura membuat keputusan untuk bertemu Wardah setelah kejadian tiga hari lepas itu acap kali bermain di fikirannya. Dia perlu bertemu. Dia mahukan kebenaran. Haura mengambil nombor telefon Wardah melalui kak Fida di pejabat Lutfi itu kerana Wardah pernah berurusan dengannya.

"Haura nak tahu apa hubungan Wardah dan Lutfi sebelum ni" Haura tidak berkias lagi. Lebih baik dia berterus-terang agar tidak membuang masa.

"Lutfi tak pernah bagitahu?" Wardah seakan tersenyum sinis. Haura lagak biasa. Menayang riak wajah dinginnya.

"Mestilah tak kan? Kalau tidak, tak ada lah Haura nak ajak berjumpa dan bertanya. Wardah dan Lutfi tak ada hubungan istimewa pun. Kitaorang cuma berkawan rapat. Bapa kitaorang pun berkawan. Jadi kitaorang selalu berjumpa dan rapat" Wardah dengan senang hati memberitahu.

Malah reaksinya seolah seronok pula mengwar-warkan kepada semua bahawa dia dan Lutfi memang saling rapat antara satu sama lain.

"Wardah ada perasaan kepada Lutfi?" Haura mengcungkil lagi tanpa teragak-agak.

"Wardah rasa Wardah tak perlu jawab soal peribadi Wardah" Berubah riak wajah Wardah menjadi tidak puas hati. Dia tidak berkenan dengan Haura yang seakan menyibuk itu.

"Perlu. Ini melibatkan suami Haura" Haura serius berkata. Dia tidak mahu dan tidak akan biar wanita lain meletakkan harapan atau mempunyai perasaan terhadap suaminya!

"Kalau ada pun kenapa? Haura nak jadi madu Wardah?" Wardah mengugat Haura dengan pertanyaan yang menimbulkan rasa sebal Haura.

"Wardah cakap bagi sedar diri sikit eh!" Haura sudah berang. Tiada adab betul perempuan itu! Selamba saja menyebut tentang madu!

"Siapa yang tak sedar diri? Wardah ke Haura? Haura tu hanya pekerja dan baru berkenalan dengan Lutfi. Tapi boleh berkahwin dengan Lutfi. Sedangkan Wardah dah lama rapat dengan Lutfi. Kitaorang juga hampir nak bincang tentang hubungan kitaorang supaya lebih serius dan tiba-tiba Lutfi menjauh dengan Wardah sebab hadirnya Haura!" Wardah tidak puas hati. Walaupun Wardah tidak pernah berniat menyerang Haura sebelum ini namun dia memendam.

"Haura tak lari dari istilah seorang perampas!" Tajam Wardah menyindirnya. Lekas tubuhnya bangun untuk pulang. Dia malas mahu menghiraukan Haura yang seolah tidak matang itu. Haura sakit hati mendengarnya.

LUTFI HAURAWhere stories live. Discover now