╔═════════ஓ๑♡๑ஓ═════════╗
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan agar kamu mengingat (kebesaran Allah)"
- Surah Az Dzariyat : 49╚═════════ஓ๑♡๑ஓ═════════╝
HARI yang menjadi kegembiraan setiap pasangan untuk diikat dengan sebuah pernikahan menjadi hari malang untuk Haura. Disebabkan rasa tercabarnya tempoh hari, kini dia bakal menjadi seorang isteri kepada lelaki yang dibencinya. Sudahlah ketika mereka masih di usia muda. Haura melihat kanan dan kirinya yang diapit oleh Puan Haslina dan Datin Lydia. Manakala di belakangnya ialah Ulyana bersama kakak iparnya. Turut hadir dua orang wanita berusia sebagai tetamu. Mereka itu merupakan rakan Datin Lydia dan Puan Haslina. Isteri-isteri kepada rakan Dato Uzair dan Tuan Arshad juga.
Lutfi pula sudah berjabat tangan dengan Tuan Arshad sebagai persediaan untuk melafazkan ijab dan kabul. Dato Uzair serta dua orang rakan Tuan Arshad menjadi saksi pernikahan. Kedua-dua abang Haura turut ada bersama mereka itu. Mereka bernikah hanya ala kadar. Tiada pelaminan. Tiada majlis. Tiada ramai tetamu. Hanya ahli keluarga terdekat yang ada. Sudah seakan kahwin lari. Haura sempat melirik ke hantaran yang disediakan Datin Lydia. Walaupun mereka menikah 'segera' namun masih ada hantaran.
Sebentuk cincin emas. Satu set Secret Victoria yang dilengkapi showel gel, perfume dan lotion. Senaskah Al-Quran yang muka kulitnya diperbuat dari batu permata. Bak kata Datin Lydia, dia ikhlas mahu memberi dan tidak mahu balasan hantaran daripada Puan Haslina.
"Saya terima nikahnya Haura Adelia binti Arshad Ar-Riyadh dengan mas kahwinnya sebentuk cicin emas" Sekali lafaz itu disahkan oleh saksi. Lutfi dan Haura kini sudah bergelar sebagai suami isteri.
Tangan diangkat terlebih dahulu memanjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa. Raut wajah Haura hanya bermuram durja. Tak lagak gembira seperti orang baru berkahwin. Adakah ini dimaksudkan jangan terlalu membenci? Nanti timbul rasa cinta tapi dia langsung tidak mempunyai sebarang perasaan tersebut. Cumanya dia sudah terperangkap dalam tanggungjawab Lutfi Ukail.
Benarkah dia sudah bergelar seorang isteri? Benarkah dia perlu menjalani kehidupan sebagai seorang isteri selepas ini? Dalam masa yang sama, hatinya telah menanam sejuta kebencian dan dendam kepada suaminya sendiri.
Lutfi mara menghadap Haura untuk pembatalan air sembahyang. Dia terpesona. Dia terpana. Dia terpegun. Melihat kecantikkan isterinya sendiri. Walau hari-hari sebelum ini pernah mengagumi kecantikkan Haura namun untuk kali ini ketara rasanya. Mungkin kerana hubungan yang terjalin. Halal. Mendapat reda di sisi Ilahi.
"Assalamualaikum zaujah" Sapaan pertama Lutfi selepas bergelar suami kepada Haura. Senyuman manis turut menguntum di bibir.
Haura pula hanya selamba dan kosong memandang Lutfi. Tiada perasaan. Bibir turut mencebik bosan. Tangan kanannya pantas menyua untuk Lutfi menyarungkan cincin. Dia tidak mahu melengahkan masa di situ.
YOU ARE READING
LUTFI HAURA
Romantizm❝𝒕𝒉𝒆𝒓𝒆'𝒔 𝒂 𝒘𝒆𝒊𝒓𝒅 𝒑𝒍𝒆𝒂𝒔𝒖𝒓𝒆 𝒊𝒏 𝒍𝒐𝒗𝒊𝒏𝒈 𝒔𝒐𝒎𝒆𝒐𝒏𝒆 𝒘𝒉𝒐 𝒅𝒐𝒆𝒔𝒏'𝒕 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒚𝒐𝒖❞ 📌 Complete || New Version 📌 known as The Stoical Love Tampak gayanya seperti bermain namun tulus hatinya benar menginginkan insan...