𝟎𝟔𝟕 | 𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀 (𝐍𝐕) ✓

2K 54 1
                                    

PINTU pejabat diketuk menandakan seseorang meminta izin untuk masuk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PINTU pejabat diketuk menandakan seseorang meminta izin untuk masuk. Lutfi mengalih konsestrasinya dari skrin komputer dan dokumen fail itu. Mungkin ada pekerja yang mahu berjumpa dengannya. Lutfi masih memangku jawatan Pengarah Kewangan Syarikat (CFO) di Celesta Holding.

"Masuk" Arah Lutfi menanti gerangan yang bakal menjejaki kaki ke dalam. Kak Nita memunculkan dirinya. Dia merupakan setiausaha Lutfi di pejabat itu.

"Selamat pagi tuan Lutfi" Kak Nita menyapa hormat sambil membawa sejambak bunga di tangan.

Pintu bilik pejabat itu dibiar terbuka kerana arahan Lutfi kepada setiap pekerja perempuan. Tidak kisahlah walau mereka itu sudah berkahwin atau tua sekali pun. Lutfi tetap menjaga batasnya agar tidak menimbulkan fitnah.

"Selamat pagi kak Nita. Ada apa?" Lutfi menunduk pandangannya kembali ke kerjanya.

"Ada kiriman bunga untuk tuan ni" Kak Nita tersengih sambil berdiri terpacak di hadapan Lutfi.

Selagi tidak diberi arahan duduk, selagi itulah kak Nita tidak akan duduk sesuka hati walau dia sudah lama bekerja di situ. Lagipun dia bukan mahu berbincang apa pun dengan Lutfi. Dia sekadar mahu memberi kiriman sejambak bunga tersebut.

"Bunga? Siapa yang kirim?" Lutfi menjongket kening dengan hairan.

Mata Lutfi menyoroti sejambak bunga yang dibalut kemas dengan wrapping paper berwarna hitam dan emas itu. Bunga ros bewarna merah. Lebih kurang 10 kuntum di dalamnya. Esklusif sekali bila dipandang. Hatinya tidak terfikir langsung gerangan mana yang mengirim.

"Kak Nita tak tahulah tuan. Receptionist kat lobi yang bagi tadi. Katanya ada suprise planner datang dan kirimkan bunga ni" Kak Nita menerangkan.

"Kalau bukan isteri atau ahli keluarga terdekat saya yang kirim, saya tak nak terima. Kak Nita ambil lah bunga tu" Balas Lutfi seraya meneruskan kerjanya di meja. Dia tidak mahu menerima bunga itu sesuka hati tanpa mengetahui siapa yang mengirim.

Buatnya perempuan entah dari mana yang mengirim, habislah dia kalau Haura mengetahui. Tidak fasal-fasal Haura membawa diri merajuk ke Gunung Himalaya. Dia sentiasa menjaga hati dan perasaan Haura. Dan dia tidak sanggup jika Haura menghilangkan diri lagi. Cukuplah hampir sebulan Haura menghilang di Kota Langkawi. Itu pun sudah memilukannya.

Kak Nita sudah terasa janggal apabila Lutfi seakan tidak sudi menerima bunga itu. Takkanlah dia pula yang mahu mengambil bunga itu?

"Tapi dekat bunga ni ada kad. Mana tahu ada nama pengirim. Tuan ambil lah dulu bunga ni dan baca kadnya" Kak Nita membelek kad yang terselit di kelompak bunga itu.

LUTFI HAURAWhere stories live. Discover now