𝟎𝟏𝟏 | 𝐀𝐌𝐀𝐑𝐀𝐍 (𝐍𝐕) ✓

1.9K 105 24
                                    

╔═════════ஓ๑♡๑ஓ═════════╗"Barangsiapa meminta-minta kepada orang lain dengan tujuan untuk memperbanyak kekayaannya, sesungguhnya ia telah meminta bara api

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

╔═════════ஓ๑♡๑ஓ═════════╗
"Barangsiapa meminta-minta kepada orang lain dengan tujuan untuk memperbanyak kekayaannya, sesungguhnya ia telah meminta bara api. Terserah kepadanya, apakah ia akan mengumpulkan sedikit atau memperbanyaknya"
- HR. Muslim
╚═════════ஓ๑♡๑ஓ═════════╝

Tuk. Tuk. Tuk. Ketukan bilik yang terdengar samar-samar itu menyentakkan persambungan mereka tentang buku lukisan tersebut. Haura menguak pintu bilik. Figura yang rendah separa dadanya itu diperhatikan.

"Err kak Haura, turun makan. Mama dah siap masak" Ulyana memberitahu dengan matanya gerun untuk menatap Haura.

Ulyana sedar bahawa kakak iparnya itu masih tidak berkenan dengannya sejak kali pertama bertembung. Haura tidak merespons. Langkahnya terus menonong untuk ke bawah dahulu. Lantaklah Lutfi dan Ulyana itu bila mahu turun pun.

"Wah! Banyaknya mama masak! Mama masak semua ni ke? Sorang?" Bersinar mata Haura melihat pelbagai juadah yang dihidangkan di atas meja makan.

Nasi putih dijamu dengan udang masak lada hitam dan ikan tiga rasa. Memang terliur habis. Kalau ikutkan habitnya di rumah keluarganya, memang Haura makan tak ingat orang belakang.

"Ya lah Haura. Itu lambat sikit. Khas untuk menantu mama ni" Datin Lydia teruja benar mahu melayan menantunya itu. Sebolehnya seakan puteri raja dilayaninya.

Haura mengangguk. Senyuman terlakar sekadar topeng kepada niat halusnya itu. Dia hanya berpura-pura mesra. Penuh lakonan. Demi permintaan untuk mendapatkan rumah dan kereta. Selepas dah dapat nanti, tak ada maknanya dia mahu bermesra begini lagi. Percayalah. Haura Adelia bukan baik mana pun!

"Papa dah balik ke? Lutfi cakap tadi papa pergi jumpa clients dan akan balik bila nak lunch"

"Papa dah ada kat atas tu. Tukar pakaian. Ya lah balik tadi kan panas dan berpeluh"

Haura membuat mulut O panjangnya. Dia mengambil tempat di kerusi meja makan terlebih dahulu sambil menanti mereka yang lain.

Tidak lama kemudian, Dato Uzair, Lutfi baik pun Ulyana sudah berada di meja makan bagi menikmati hidangan bersama. Rasa dengki melingkari hati Haura tatkala Lutfi turut mencedokkan nasi dan lauk untuk Ulyana. Cedok untuk dia sudah lah! Ini sekali buat Ulyana itu kenapa?! Meradang panas hatinya!

Bagi Haura, Ulyana memang mengada! Minta itu dan ini. Tunggulah kau nanti Lutfia Ulyana! Sudah tersemat niat jahatnya. Dia akan pastikan Ulyana takkan berani lagi merapati Lutfi. Kisah apa dia adik-beradik ke tak! Haura menyenggol lengan Lutfi agar Lutfi membuka mulut segera tentang perancangan mereka.

"Kejap lagi lah. Kan semua nak makan ni" Lutfi membisik sambil memberi alasan. Haura membalas dengan tenungan tajamnya. Dia tidak kira! Lutfi sudah berjanji. Lutfi perlu memberitahu juga!

LUTFI HAURAWhere stories live. Discover now