𝟎𝟑𝟔 | 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 (𝐍𝐕) ✓

2.1K 82 10
                                    

TIDAK sekata jantung Lutfi berdegup selepas menerima panggilan daripada seseorang yang menyatakan Haura jatuh sakit dan sedang dirawat di hospital

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TIDAK sekata jantung Lutfi berdegup selepas menerima panggilan daripada seseorang yang menyatakan Haura jatuh sakit dan sedang dirawat di hospital. Seseorang itu juga mengenalkan dirinya sebagai Luthraz. Luthraz jujur mengatakan bahawa Haura berjumpa dengannya di restauran.

Semasa Lutfi menjawab panggilan tersebut, dia berada di rumah keluarganya. Ironinya, Dato Uzair dan Datin Lydia turut mengekorinya ke hospital. Mereka tidak mengesyaki apa-apa permasalahan yang berlaku di antara Lutfi dan Haura. Lutfi juga terpaksa menipu ibu bapanya bahawa Haura berada di rumah rakannya dan jatuh sakit di sana.

Lutfi juga memaklumkan kepada Luth sehubungan dengan berita tersebut. Luth turut hadir bersama mereka. Tidak senang benak hati Lutfi bergelora sejak di rumah sehingga tiba ke hospital tentang Haura. Tidak henti juga rasa gusarnya yang menyinggah. Entah kenapa dia bagai akan mendapat berita yang akan menggelamkan segalanya.

Mereka memasuki wad yang didiami Haura. Lutfi tercari-cari jejak Luthraz yang menghantar Haura ke hospital itu namun tiada. Mungkin Luthraz sudah pulang terlebih dahulu. Tinggal Haura sahaja di situ. Haura pula walau mata sedang mencelik namun lesu saja dipandang. Datin Lydia melulu ke arah Haura. Dikucup dahi Haura penuh kasih. Kebetulan seorang doktor wanita menapak ke situ bersama laporan di tangannya. Tersingkap senyuman dahulu sebelum membuahkan sebarang bicara.

"Semua ni ahli keluarga pesakit ya?" Doktor wanita itu menyoal. Diangguk dan dijawab semua.

"Untuk pengetahuan semua, semasa pesakit ke sini, pesakit dalam keadaan tidak sedarkan diri. Metabolisme pesakit terlalu lemah sehingga jatuh pengsan. Mental pesakit juga terlalu tertekan. Mujurlah kawan pesakit ni bawa ke hospital segera. Kawan pesakit dah tahu laporan ni tadi. Sekarang saya nak terangkan kepada ahli keluarga pesakit pula" Beritahu doktor itu tersenyum sebelum menerangkan selanjutnya. Terkejut juga mereka mendengar laporan tersebut. Haura jatuh pengsan akibat tertekan?

Luthraz yang menyuruh doktor itu mengulaskan kondisi Haura kepada ahli keluarga Haura sebaik saja mereka bertandang. Luthraz juga sudah mengetahui akhirnya tentang status Haura yang sudah menjadi seorang isteri.

"Selepas pesakit buat ujian air kencing tadi, pesakit disahkan mengandung" Ungkap doktor itu membuatkan kondisi menjadi bercelaru kerana perasaan empat orang yang berbeza.

Dato Uzair dan Datin Lydia hanya tersenyum dan mengucapkan kata syukur. Lutfi pula tersentak. Tergamam. Sepatutnya berita itu menjadi satu kegembiraan. Namun tiada sebarang perasaan langsung yang sesuai digambarkan. Dia sedar bahawa Haura tidak akan sesekali suka dengan kandungannya.

Inikah yang menjadi apriorinya tadi? Hubungan mereka seakan makin tenggelam. Bagai tidak ada solusi lagi untuk memperbaiki lagi. Semakin membencilah Haura terhadapnya. Luth pula bingung mendengar. Tidak tahu apa lagi nasib Lutfi yang perlu dilalui. Haura pula sedang bermuram durja. Tajam panahan matanya menikam Lutfi dengan geram. Mahu saja dia terjun katil dan mencekik Lutfi itu.

LUTFI HAURAWhere stories live. Discover now