𝟎𝟕𝟒 | 𝐇𝐎𝐍𝐄𝐘𝐌𝐎𝐎𝐍 (𝐍𝐕) ✓

2.4K 54 1
                                    

MASA itu bergerak pantas tanpa disedari

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


MASA itu bergerak pantas tanpa disedari. Tiga tahun sudah berlalu. Laeeqa Herissa sudah membesar dengan penuh kasih sayang dan perhatian. Herissa banyak dimanjakan oleh Lutfi. Herissa kini sudah boleh bercakap walau ada pelatnya. Wajah Herissa banyak menuruni iras Lutfi. Sudah tentu! Princess daddy kan? Herissa kadang kala dihantar pengasuh apabila Lutfi dan Haura bekerja. Kadang kala juga Datin Lydia yang ambil menjaganya. Hanya hujung minggu, Lutfi dan Haura sempat meluangkan masa bersama.

Lutfi sudah memangku jawatan Pengarah Eksekutif Syarikat (CEO) yang diturunkan takhta daripada Dato Uzair kepadanya sejak setahun yang lalu. Lutfi sudah berusia 27 tahun kini. Memang wajar dia mendapat takhta itu setelah mendalami dan terlatih dengan hal syarikat. Dato Uzair pula merupakan Pengerusi Utama. Masih berkuasa namun tidak mengurus sepenuhnya. Haura pula masih meneruskan kerjayanya sebagai akauntan yang berjaya di firma akauntan.

Kalau mahu tahu, 3 bulan sebelum Haura bersalin, Lutfi menyuruh Haura bercuti tanpa gaji bagi menjaga diri dan kandungan di rumah saja. Selepas Haura bersalin, hampir setahun juga Haura tidak bekerja kerana masih bercuti tanpa gaji seperti permintaan Lutfi. Mujur saja Lutfi membenarkannya bekerja semula. Lutfi juga menghadiahkan kereta BMW 135i untuk Haura agar mempermudahkan Haura pergi dan pulang kerja. Itu juga menjadi hadiah daripada Lutfi kerana melahirkan anak mereka.

Haura duduk melunjur di sofa. Tangan mencapai alat kawalan televisyen bagi mengubah siaran. Herissa dengan terkedek-kedeknya menghampiri Haura bersama sengihan. Haura menjongket kening memandangnya. Sengihan Herissa itu bagai ada sesuatu. Entah-entah Herissa sudah sepahkan rumah? Atau menconteng dinding?

"Tadaa!" Herissa menunjuk lukisannya di kertas putih. Herissa melukis tiga orang lidi walau kehilatan orang lidi itu agak senget. Haura menghela nafas. Herissa mahu menujuk lukisan rupanya.

"Ini siapa?" Haura melayan saja sambil menunjuk orang lidi pertama itu. Rambut orang lidi itu sudahlah seperti maggi! Tangan pula cacat. Sebelah panjang. Sebelah pendek. Namun apakan daya? Itukan lukisan budak 3 tahun.

"Ini mommy" Herissa sengih tidak bersalah. Haura tercengang. Yang buruk itu dirinya? Nak marah tapi kena sabar.

"Ini pula?" Haura menyoal lagi dua orang lidi yang saling berpegangan tangan itu. Haura syak itu tentu Lutfi yang memimpin Herissa.

"Ini daddy dan Heris" Herissa menjawab dengan riang. Elok pula lukisan orang lidi yang dikatakan Lutfi dan Herissa itu. Tiada cela. Siap berpegangan tangan lagi.

"Kenapa bukan mommy yang daddy pegang tangan?" Haura tidak puas hati.

"Sebab daddy sayang Heris" Herissa menayang giginya yang belum habis tumbuh itu. Haura menjegil bola matanya.

"Cantik kan Heris lukis?" Herissa menyoal.

"Tak langsung!" Haura selamba menjawab. Herissa membuat wajah muram. Kebetulan Lutfi keluar dari dapur bersama potongan buah-buahan yang disaluti yogurt. Haura yang meminta mahu makan.

LUTFI HAURAWhere stories live. Discover now