꧁ ⚘ 𝐀𝐅𝐎𝐑𝐈𝐒𝐌𝐄 ⚘꧂ (𝐒𝐇𝐄)

2.1K 32 0
                                    

❝Saat jiwaku terurai ku terbayang yang selalu ada ialah cintamu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❝Saat jiwaku terurai ku terbayang yang selalu ada ialah cintamu. Barulah kini aku sedari begitu banyak kasih yang kau beri dan aku mengerti kesungguhan erti kasih yang kau ciptakan. Aku cinta kepadamu dari balik kalbuku berbisik. Aku rindu belaianmu seakan hasrat ini merintih mahukanmu. Ku yakini segalanya bahawa engkau memang tercipta untukku

❝Harus ku akui sukar mencari penggantimu yang menyayangiku seperti kau lakukan. Takkan pernah ada lagi yang seperti dirimu. Yang sanggup mengerti aku. Tak mungkin mudah untuk ku lupa masa-masa yang indah sewaktu kita bersama. Akankah ia terulang lagi ? Namun ku yakin takkan mungkin terjadi kerana kau telah bersamanya

Memang salahku terlalu dingin denganmu. Terlalu mengabaikanmu. Maafkan ku yang membuat mu terlalu lama menunggu hingga akhirnya kau pergi tinggalkan aku. Perlahan engkau pun menjauh dari diriku dan melupakan semua yang telah terjadi. Jika harus meninggalkan diriku untuknya sunggu ku tak rela kau dengannya

❝Seandainya aku mampu mengundurkan waktu , ingin sekali ku kembalikan waktu itu di mana kau masih ada di sisi aku. Sekiranya benar cinta dan rindu masih setia , izinkanlah ku kembali menghiasi hidupmu. Hanya Tuhan yang mengerti penyesalan diriku kerana telah menghancurkan impianmu untuk bersamaku. Akan ku pulang kepada kepangkuanmu

❝Kau belahan jiwaku yang menerangi gelapku. Kau penglipur laraku disaat ku terjatuh. Kau tak pernah mengeluh disaat ku terburuk. Ku tak akan pernah menyesal hidup denganmu kerana kau memang terlahir untukku. Terima kasih kau telah mencintaiku. Terima kasih kau telah menyayangiku. Tetap disini temani aku sepanjang hidupku. Percayalah ku turut akan setia menemanimu hingga akhir hidupmu❞

❝Kini telah dicintai seseorang yang ku pun mencintai. Takkan siakan dia. Belum tentu ada yang seperti dia. Takkan duakan dia. Belum tentu esok kan masih ada. Kesempatan tak datang kedua kalinya. Hargai dan jaga hatinya. Kerana hal hebat telah ku rasakan apabila bersamamu❞

; dipetik dari lagu dan telah
diubah suai mengikut citarasa sendiri.

LUTFI HAURAWhere stories live. Discover now