𝟎𝟎𝟒 | 𝐑𝐀𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 (𝐍𝐕) ✓

2.5K 104 8
                                    

╔═════════ஓ๑♡๑ஓ═════════╗

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

╔═════════ஓ๑♡๑ஓ═════════╗

"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk."
- Surah Al-Isra : 32

╚═════════ஓ๑♡๑ஓ═════════╝

GAGANG pintu ditarik. Haura memanjangkan kepalanya untuk menjenguk ke persekitaran ruang tamu di tingkat kedua itu sebelum turun ke bawah mencari kudapan. Mata Haura tertangkap pula akan Lutfi sekeluarga yang berada di ruangan solat bagi mendirikan solat maghrib. Ini sudah masuk hari ketiga Haura berada di rumah mereka.

Jadi Haura sedia maklum mereka sekeluarga itu acap kali berjemaah terutamanya waktu maghrib dan isyak. Hanya Haura yang tidak pernah mengikuti dengan alasan mahu mendirikan solat sendirian. Sudah terlambat untuk Haura masuk kembali tubuhnya ke dalam bilik apabila Dato Uzair dan Datin Lydia menyedari bayangnya itu.

"Haura nak jemaah sekali?" Dato Uzair memberi pertanyaan sekali gus mempelawanya.

"Eh tak apalah. Haura boleh solat sendiri dalam bilik" Haura menjawab dengan janggal.

Padahal tiada langsung niat mahu menunaikan solat dalam dirinya itu. Jujur solat fardhu Haura masih terumbang ambing. Kadang solat. Kadang tidak. Kadang sengaja melengahkan waktu solat.

"Kalau Haura nak solat sekali, kitaorang tunggu. Haura pergilah ambil wudhuk dan telekung" Datin Lydia berkata seakan mendesak Haura untuk mengikuti mereka berjemaah. Haura mengeluh perlahan sebelum tersenyum.

'Orang tua ni mesti nak paksa aku!' Omel hati Haura geram.

"Ya lah, Haura pergi ambil wudhuk dulu" Haura akur lalu menapak kembali ke dalam bilik untuk berwudhuk.

Beberapa detik berlalu, Haura kembali bersama telekung yang sudah menyarung di tubuh untuk mengikuti mereka berjemaah. Dato Uzair dan Datin Lydia tersenyum seakan senang hati melihatnya berjemaah bersama. Lutfi pula walau matanya sudah melarikan pandangan dari memandang Haura namun hati tidak dapat menipu bahawa dia terpesona melihat Haura. Nampak manis dan sopan.

Lutfi menjadi imam solat jemaah mereka. Ini tidak menjadi asing untuk Haura kerana Lutfi juga merupakan imam tetap dalam kalangan pelajar di sekolah. Suara Lutfi cukup lunak mengalunkan kalam Allah. Namun Haura tetap menyampah akan Lutfi itu! Selepas solat maghrib, mereka membaca surah Al-Mulk sebagai surah lazim mereka sekeluarga sambil menanti waktu isyak tiba.

Datin Lydia memberitahu Haura bahawa surah itu menjadi kewajipan mereka untuk membaca dan menghafal. Kadang kala mereka akan bergilir hari dengan membaca dan menghafal surah Al-Kahfi, Ar-Rahman dan Al-Waqiah. Tidak dinafikan keempat-empat surat itu penuh kepentingan dan kebaikan kepada setiap hamba. Namun Haura tak suka! Dia mahu bersenang lenang di dalam biliknya. Menyesal betul mengikuti mereka berjemaah.

LUTFI HAURAWhere stories live. Discover now