𝟎𝟔𝟗 | 𝐁𝐈𝐁𝐈𝐑 (𝐍𝐕) ✓

3.1K 71 2
                                    

HAURA menghempap tubuhnya duduk di atas katil bersama raut wajah yang sebal selepas menapak keluar dari tandas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HAURA menghempap tubuhnya duduk di atas katil bersama raut wajah yang sebal selepas menapak keluar dari tandas. Lutfi yang baru pulang dari kerja itu lekas mengambil tempat di samping Haura seraya menanti Haura mengulas kondisi yang dihadapinya itu. Dia tidak mahu membuka mulut terlebih dahulu. Takut mengundang kemarahan Haura yang tidak dapat dijangka itu. Bila-bila saja boleh meletus.

"Hubby tak nak tanya sayang okay ke tak?" Tatapan tajam Haura menoleh ke wajah Lutfi membuatkan Lutfi berdebar memandangnya. Adakah dia yang menjadi penyebab Haura beremosi kini?

"Sayang okay?" Lutfi gagahi untuk menyoal walau terlihat gugup. Wajahnya dihiasi dengan senyuman yang agak meragukan.

"Baru nak tanya?!" Haura menjeling geram.

Dia yang suruh bertanya. Namun dia juga yang memarahi. Dasar Haura Adelia!

"Kalau ada sesuatu yang tak kena, sayang bagitahu lah. Kita selesaikan bersama" Tutur Lutfi lembut.

"Betul hubby nak selesaikan bersama?" Haura memberi pertanyaan dengan lagak seperti mengugut. Lutfi mengangguk takut-takut. Seperti ada sesuatu yang asing saja daripada Haura itu.

Haura menghulurkan sesuatu ke tangan Lutfi sebelum Lutfi dapat mengesan alat ujian kehamilan di tapak tangannya itu. Terpapar satu garis di atas alat ujian kehamilan itu yang menandakan keputusan negatif. Haura tidak mengandung. Lutfi jadi mengerti mengapa Haura agak emosi tadi. Haura itu terlalu berharap. Haura menompang wajahnya penuh kecewa.

"Tak apalah, belum rezeki kita. Sayang janganlah bersedih. Kita boleh usaha lagi" Lutfi tenang memberi nasihat kepada Haura.

Panahan tajam mata Haura kembali menghiris Lutfi lagi. Haura geram! Haura sakit hati! Lutfi itu selalu tenang dengan advisnya! Haura membuat drama melentingnya agar Lutfi termakan. Dia tidak hirau jikalau dia terlihat seperti budak-budak berebut patung Barbie sekali pun. Dia mahu mengandung segera!

"Sayang nak sekarang?" Lutfi temakan dengan drama Haura jua. Dia tersenyum penuh makna.

"Ya lah! Buat penat sayang meronta ja tadi. Hubby ingat sayang nak bila? Tahun depan? Dua tahun depan? Tiga tahun depan? Atau empat lima enam tujuh tahun depan?" Haura membebel. Lutfi mengemam bibirnya menahan tawa dari pecah.

"Tak baik cakap macam tu seolah meminta dilambatkan rezeki anak tu datang. Kata-kata kan satu doa" Lutfi membalas.

"Argh! Nak tahun ni juga!" Haura meronta lagi seperti dibelit dengan ular sawa. Sakan dia berdrama.

Heshteg, queen of drama!

"Betul? Sayang tak menyesal? Kena lama tau" Lutfi menyimpul senyuman nakal. Tangannya menarik tali leher dari kolar kemejanya.

Serta-merta drama Haura tadi sudah sirna. Selivanya ditelan kesat kerana gementar yang tiba-tiba menyinggah. Mata tidak terkedip. Terkaku diam jadinya. Kenapa dia terpegun dengan pandangan Lutfi terhadapnya? Kenapa dia nampak side seductive of Lutfi Ukail? Tambahan dengan suara Lutfi yang menggodanya. Buat dirinya makin tidak keruan.

LUTFI HAURAWhere stories live. Discover now