SELEPAS dua hari ditahan di hospital, Haura pulang ke rumah menjalani hariannya dengan kontra kerana mengetahui kehadiran malaikat kecil di dalam rahimnya. Sejujurnya dia benci untuk menerima hakikat bahawa dia sedang hamil di usia 17 tahun. Dia juga berhasrat untuk menggugurkan kandungan tersebut.
Hubungan antara Lutfi dengan Haura tetap keruh. Tiada cara untuk Lutfi menuntut peluang bagi membaiki hubungan mereka. Tiada gaya juga Haura mahu membuka ruang kemaafan buat Lutfi. Penuh sumpah seranah kebencian dan dendamnya terhadap Lutfi seperti awal perkenalan mereka.
Keluarga Haura pula sudah mengetahui tentang kandungan Haura dari mulut Datin Lydia. Namun tidak ada seorang pun bertanya khabar kepadanya. Haura pun tidak mahu ambil peduli. Dia bersama keluarganya benar-benar memutuskan hubungan silaturahim kekeluargaan mereka.
Luth membawa semangkuk nanas muda ke meja makan. Haura yang leka bermain telefon lekas memanggung kepala menghadap Luth yang memenuhi permintaannya atau lebih tepat hasrat tersembunyinya.
"Lepas ni mak buyong nak mengidam apa pula?" Luth berseloka sambil meletakkan mangkuk yang dibawa dari dapur ke atas meja.
"Kau ni dah kenapa panggil aku mak buyong? Eww! Tak class langsung! Jijik betul aku dengar!" Bergedik ngeri mimik wajah Haura penuh menyampah dengan ungkapan senda Luth itu.
"Eh comel apa? Lagipun panggilan mak buyong tu sesuai untuk orang mengandung" Luth tersengih.
Luth tetap memberanikan diri untuk mengusik Haura dengan kandungan. Sedangkan dia mengetahui bahawa Haura membenci kandungan tersebut.
"Kau tak payah beria sangat lah! Aku tak suka!" Haura berang. Lebih-lebih pula Luth ini! Dia sudahlah tidak suka akan kandungannya sendiri!
Kebetulan Lutfi baru menjengah ke dalam rumah. Entah pulang dari mana. Tidak pasti. Mungkin baru pulang dari futsal bersama rakan-rakannya. Kerana berpakaian sukan. Haura menjeling ke arah Lutfi. Sakit hati! Lutfi boleh bersuka ria. Sedangkan dia stres memikirkan kandungannya tanpa rela itu.
Haura lekas memegang garfu mencucuk sepotong dadu nanas muda di dalam mangkuk untuk menjamahnya. Lutfi yang sedari tadi menyoroti perbuatan Haura itu pantas menghalang sebelum Haura sempat mengunyah. Mangkuk di atas meja ditarik. Begitu juga garfu yang dipegang Haura.
"Kau ni kenapa Lutfi?! Aku nak makan lah!" Haura tidak puas hati. Berkerut keningnya menahan amarah.
"Orang mengandung tak elok makan nanas. Boleh gugurkan kandungan sebab nanas ni tajam" Beritahu Lutfi membuatkan Luth terkejut. Haura berekspresi kosong kerana dia sudah mengetahui.
Nanas muda tidaklah seratus peratus akan menggugurkan kandungan. Cuma lebih kepada akan merisikokan. Ditambah pula jikalau menjamahnya dengan kuantiti yang banyak.
Disebabkan itu Lutfi menghalang. Kerana dia mengingati setiap pesanan Datin Lydia dengan makanan apa yang boleh dan tidak boleh untuk orang mengandung memakannya. Lagipun Lutfi dapat menangkap niat sebenar Haura.
YOU ARE READING
LUTFI HAURA
Romance❝𝒕𝒉𝒆𝒓𝒆'𝒔 𝒂 𝒘𝒆𝒊𝒓𝒅 𝒑𝒍𝒆𝒂𝒔𝒖𝒓𝒆 𝒊𝒏 𝒍𝒐𝒗𝒊𝒏𝒈 𝒔𝒐𝒎𝒆𝒐𝒏𝒆 𝒘𝒉𝒐 𝒅𝒐𝒆𝒔𝒏'𝒕 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒚𝒐𝒖❞ 📌 Complete || New Version 📌 known as The Stoical Love Tampak gayanya seperti bermain namun tulus hatinya benar menginginkan insan...